Prolog

4K 236 47
                                    

KEDUA belah kelopak matanya perlahan-lahan dibuka. Dalam keadaan samar-samar dia dapat melihat dua orang lelaki segak berdiri berdekatannya. Tangan naik memegang kepala yang berdenyut-denyut sakit.

"Bos, Cik Delisha dah sedar." Ucap salah seorang lelaki berkaca mata.

"Bangun, aku tak ada masa nak layan drama sakit kau ni. Aku nak kau tandatangan surat cerai hari ni jugak." Kedengaran suara garau dari lelaki satu lagi.

"Saya kat mana ni? Awak berdua ni siapa?" Tanya Delisha yang berusaha untuk bangun dari pembaringannya.

"Tak payah nak berlakon lupa ingatan bagai. Doktor cakap kau hanya alami gegaran otak yang ringgan je. Aku dah buat keputusan, aku akan  tetap ceraikan kau. Alex bagi dia dokumen penceraian." Arah lelaki yang segak berkot hitam. Suara maskulinnya menusuk kedalam gegendang telinga Delisha.

Delisha memandang lama lelaki berkot hitam dihadapannya.

Mempunyai warna anak mata hitam pekat, rambut keperangan, ketinggian lebih kurang 185 cm dan mempunyai wajah cukup kacak yang dapat menarik minat ramai wanita di luar sana.

"Cik Delisha." Lelaki yang bernama Alex merangkap orang kanan Zyan Ashrif menghulurkan dokumen penceraian dan sebatang pen kepada Delisha.

Tanpa membantah, Delisha mengambil huluran daripada Alex. Dia membuka dan meneliti dokumen tersebut dengan wajah yang berkerut menahan sakit dikepala.

'Jadi aku dah kahwin dengan lelaki ni? Nama aku Puteri Delisha 21 tahun? Dan dia pulak Tengku Zyan Ashrif 25 tahun, suami aku? Kenapa aku tak boleh nak ingat apa-apa?' Soal hatinya tertanya-tanya.

"Tandatangan cepat kalau tak nak aku berkasar."

Zyan mempamerkan wajah dingin. Kedua belah tangan disilang ke dada sambil mata memandang tajam ke arah isterinya yang bakal diceraikan tidak lama lagi.

Melihat tiada respon dari Delisha, Zyan bertindak mendekati Delisha lalu dicengkam kuat tangan gadis itu yang sedang memegang pen.

"Ah, sakit! Betul ke Awak ni suami saya? Kalau saya isteri awak, kenapa awak nak bercerai dengan saya?" Delisha cuba menarik tangannya dari genggaman Zyan.

"Huh? Suami? Isteri? Kalau boleh putarkan masa balik, aku harap tak akan pernah cinta dan kahwin dengan perempuan macam kau!" Balas Zyan kasar.

Tok!

Tok!

Ketukan dari luar pintu wad menyentakkan keadaan tegang antara kedua suami isteri tersebut.

"Masuk." Arah Zyan. Cengkaman di tangan Delisha dilepaskan.

"Boss." Seorang lelaki yang berwajah tampan dan memiliki anak mata berwarna coklat melangkah masuki ke dalam wad.

Belum sempat lelaki itu menutupi pintu wad, terdapat ramai wartawan yang berpusu-pusu di hadapan pintu wad mencuba untuk masuk ke dalam.

Lelaki itu segera menutupi pintu wad.

"Bos, wartawan makin ramai kat luar, kita dah tak cukup tangan untuk halang." Kata lelaki itu kepada Zyan. Matanya sempat dikerling sekilas memandang Delisha yang berada di atas katil pesakit.

"Tambahkan orang untuk jaga dekat luar. Macam mana sampai boleh masuk dalam?"

Zyan menghembuskan nafas kasarnya. Belum sempat masalah di sini selesai, ditambah pulak dengan masalah luar.

"Maaf bos. Nanti saya akan tambahkan orang kita untuk jaga dekat luar." Balas lelaki tadi bernama Firash Adham.

Dia merupakan pemandu peribadi merangkap bodyguard Delisha sejak awal perkahwinan kedua pasangan itu.

Firash segera keluar dari wad setelah melihat anggukan kecil dari majikannya.

Delisha hanya memandang kosong keadaan yang berlaku sekarang. Dia keliru.

"Delisha tandatangan cepat! Aku dah tak nak ada apa-apa lagi hubungan dengan kau. Perkahwinan ni adalah kesalahan terbesar dalam hidup aku!" Suara Zyan naik oktaf menengking Delisha melihat gadis itu masih belum menandatangani surat penceraian mereka.

Delisha terkejut mendengar tengkingan dari lelaki itu. Tangannya terketar-ketar ingin menandatangani surat penceraian.

"Cik Delisha tandatangan cepat sebelum bos marah. Cik pun tahu macam mana bos bila dia marah." Bisik Alex ke telinga Delisha.

"Aku tahu, mesti kau risau aku akan tarik balik kad kredit kau kan? Jangan risau, aku akan bagi kau dua juta. Rumah perkahwinan kita dulu akan jadi milik kau dan Firash pun akan tetap jadi pemandu peribadi kau selepas kita bercerai." Ujar Zyan sinis.

Pintu wad dikuak sekali lagi dari luar. Seorang perempuan yang seksi berambut hitam berjalan memasuki ruang wad tersebut.

"Sayang lambat lagi ke? Dah lama I tunggu you dekat luar tau, dah lah ramai orang." Perempuan itu menghampiri Zyan lalu merangkul lengan sasa lelaki itu.

"Tak lama lagi aku akan kahwin dengan Diana. So, kau payah nak buat lupa ingatan bagai because your tricks will not change my decision anymore. Cukuplah aku tertipu dengan perangai sundal kau dulu." Ujar Zyan merangkul  kemas pinggang Diana Maisara.

Diana tersenyum manis mendengar kata-kata dari Zyan.

Delisha memejam rapat kedua belah matanya melihat kedua pasangan dihadapannya saling berpelukan mesra. Hatinya terasa sakit.

"Kalau dah siap sign kau bagi je surat tu pada Alex." Zyan menarik tangan Diana untuk keluar dari wad tersebut.

Belum sempat kaki Zyan melangkah jauh, Delisha bersuara.

"Kejap! Kalau itu yang awak nak, saya akan tandatangan. Walaupun saya tak tahu apa yang berlaku antara kita sampai awak benci saya macam ni. Saya harap awak maafkan  dan halalkan segala makan minum saya selama saya jadi isteri awak." Tanpa memandang wajah Zyan, Delisha menandatangani surat penceraian.

"Ambil." Arah Zyan kepada Alex.

Zyan menggenggam kuat penumbuk menahan rasa marah membuak-buak dalam dirinya. Langkah yang terhenti tadi diteruskan beriringan dengan Diana keluar dari wad tanpa memandang sedikit pun wajah bekas isterinya.

Diana tersenyum sinis melihat apa yang berlaku didepan matanya.

'Dari dulu aku dah cakap Delisha, apa pun yang terjadi Zyan tetap akan jadi milik aku.'

Setelah pintu wad ditutup, Zyan menolak kasar tubuh Diana darinya.

"Tugas kau dah selesai, nanti Alex akan settlekan bayaran". Ujarnya sebelum meninggalkan Diana.

Dia terkedu. Dia mengetap kuat bibirnya kasar apabila Zyan sudah jauh pergi meninggalkan dirinya di situ.

"Huh? Walaupun dah nak bercerai dengan betina tu you still tolak i macam tu je Zyan? Lambat atau cepat, I akan pastikan you jadi milik i." Diana tersenyum sinis.

"Boss? Macam tak happy je? You want this divorce right? Why do you look upset right now?" Tanya Alex memandang ke arah Zyan yang duduk di tempat belakang melalui cermin hadapan kereta.

"Dia setuju untuk bercerai macam tu je. Huh, Stupid girl." Keluh Zyan memandang ke arah surat penceraian di tangannya.

"Mungkin sebab boss selalu layan cik Delisha dengan baik selama dia jadi isteri boss, sebab tu dia turut je apa yang boss nak." Balas Alex.

"Tak kesahlah yang penting kami dah bercerai." Zyan melempar kasar surat penceraian itu di tempat duduk sebelahnya sebelum matanya memandang ke arah luar tingkap.

Cintai Aku Sekali Lagi Where stories live. Discover now