CASL 14

2.1K 219 2
                                    

"KENAPA suka sangat buat aku risau? Makin hari makin hyper kau ni. Aku kurung jugak dalam bilik 24 jam baru tahu." Omel Zyan yang sedang mendukung Delisha.

"Err tak sengaja la. Terlupa hehehe, jangan marah." Delisha dalam dukungan Zyan tersengih.

"Ooo lupa, okay. This is your punishment. Keep it in your mind dear."

BUSHH!!

Zyan yang mendukung Delisha melompat ke dalam kolam renang.

Mereka berdua tenggelam ke dalam dasar kolam yang dalam.

Zyan terus membawa tubuh Delisha yang merangkul kemas lehernya ke permukaan air.

"Uhuk, uhuk." Delisha terbatuk kuat.

"Tulah degil lagi." Ujar Zyan tersenyum nipis.

"Uhuk, uhuk, uhuk."

Wajah Zyan yang tersenyum bertukar apabila melihat Delisha terbatuk kuat dengan muka yang merah.

"Hey, hey kau okay tak ni?" Zyan menepuk perlahan belakang tubuh Delisha.

"Tak..takleh nafas." Tergagap-gagap Delisha menjawab. Tangannya memegang kuat bahu Zyan dan sebelah lagi merangkul leher lelaki itu.

Perlahan-lahan tubuh Delisha mula memberat dan mata mula tertutup.

Wajah Zyan terus berubah pucat tak berdarah.

Dia bergegas berenang membawa tubuh Delisha ke tepi kolam.

"Sayang, Please wake up." Zyan menepuk-nepuk perlahan pipi Delisha.

Melihat tiada respon dari gadis itu, Zyan meraup kasar rambutnya yang basah terjuntai didahi.

Dia mendekatkan bibirnya ke bibir Delisha untuk melakukan CPR.

Pfft!

Belum sempat bibirnya menyentuh bibir Delisha, gadis itu terlebih dahulu menyembur air kemukanya.

"HAHAHA! Padan muka! Tulah nak kenakan orang sangat! Bluerkk!" Delisha menjelirkan lidah sebelum bangun dari berbaring dan memecut laju naik ke tingkat atas.

Zyan terkebil-kebil di tepi kolam mengetap kuat bibirnya.

Dia turut bangun mengejar Delisha ke tingkat atas.

"PUTERI DELISHA!"

     "AWAK, saya mana ada baju lah dekat rumah ni." Laung Delisha yang berada dalam bilik air.

Zyan yang sudah selesai mandi dan lengkap berpakaian sedang bermain telefon di atas katil menoleh ke arah pintu bilik air sekilas.

Dia bangun menuju ke almari sebelum mengambil satu hoddienya dan satu seluar pendek milik Delisha.

"Awak!" Laung Delisha lagi.

Zyan berjalan menghampiri pintu bilik air itu.

"Dahtu, kau tak payah pakai baju lah senang." Jawab Zyan dari luar pintu.

"Mana boleh macam tu! Baju saya habis basah tadi pun sebab awak jugak!" Marah Delisha.

Zyan menahan ketawa.

"Bukak pintu cepat" Arah Zyan.

"Tak nak! Awak jangan mengada eh, saya keluar kejap lagi siap awak!" Jerit Delisha.

"Bukak jelah. Aku nak bagi baju ni." Arah Zyan lagi.

"Awak jangan main-main, saya sejuk ni dah lah malam." Ujar Delisha.

"Ye aku tak main-main lah. Bukak cepat."

Delisha terus membuka pintu bilik air dan menghulurkan tangannya.

Zyan menarik perlahan tangan Delisha lalu dicium lembut.

"Zyan! Bagilah betul-betul!" Laung Delisha.

Zyan ketawa kecil sebelum menghulurkan baju kepada gadis itu.

Setelah beberapa minit, Delisha membuka pintu bilik air dengan muka masam mencuka.

"Apa pandang-pandang ada hutang?" Dijeling Zyan yang tersenyum memandangnya.

"Pandang sebab ada bidadari syurga abang, bukan sebab ada hutang." Ujar Zyan lembut.

"Besarnya hoddie ni. Hoddie awak eh? Lagi satu mana awak dapat seluar ni? Dah lah pendek, takde seluar lain ke?" Tanya Delisha dengan mukanya merona merah.

"Tu seluar sayang lah. Dulu kau suka sangat pakai seluar pendek-pendek ni sebab nak goda aku. Nasib baik iman aku kuat daripada hasutan." Balas Zyan selamba.

Melopong mulut Delisha mendengar balasan Zyan.

"Iman kuat ye?" Delisha mengemam kuat bibirnya. Lengan hoddienya yang panjang disisikan ke atas. Dia berjalan menghampiri Zyan.

"Sayang nak buat apa ni? Tak malu ke nodai suami sendiri?" Zyan menahan ketawa melihat muka marah Delisha.

Delisha menghembus nafasnya perlahan.

"Dah lewat ni, jomlah balik nanti lambat pulak sampai rumah. Makin layan, makin melarat awak ni." Ujar Delisha mengalah.

"Yelah jom balik." Zyan meraih tangan Delisha keluar dari rumah agam itu.

       ZYAN yang sedang memandu menoleh sekilas ke arah Delisha yang tertidur disebelahnya. Tangan naik memegang peha si isteri yang hanya berseluar pendek.

Jelas Delisha kesejukan kerana peha gadis itu sejuk.

Zyan menaikkan suhu pemanas sebelum mengambil jaket hitamnya  yang disangkut pada belakang seat pemandu kereta menutupi peha Delisha.

Tangan Delisha diraih sebelum dikucup lembut.

"Terima kasih sayang sudi hadir dalam hidup abang lagi." Zyan tersenyum nipis.

Setelah sampai di rumah mereka, Zyan mengangkat tubuh kecil Delisha masuk ke rumah menuju ke bilik tidur mereka.

Tubuh Delisha yang diulit mimpi diletak perlahan di  atas kati sebelum membaringkan tubuhnya di sebelah gadis itu.

"Jangan tinggalkan abang lagi." Dia mengelus lembut pipi Delisha sebelum turun ke perut isterinya yang mula membesar.

Selang beberapa minit Zyan juga turut terlena disebelah isterinya.

Cintai Aku Sekali Lagi Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz