CASL 30

1K 144 20
                                    

ZYAN terjaga dari tidurnya. Telefon bimbitnya yang berada di atas meja bersebelahan katil pesakit dicapai. Jam menunjukkan pukul 9.05 pagi.

Dia tertidur disamping isterinya selepas menunaikan solat subuh tadi.

Telefon bimbit diletakkan semula di atas meja tersebut. Tubuh kecil Delisha yang masih belum sedarkan diri disebelahnya dipeluk.

"Sayang abang tak bangun lagi? Please wake up sayang, abang rindu" Ubun-ubun Delisha dikucup lama.

"Rindu sangat." Sayu suaranya meluahkan rasa yang terbuku dihati.

Tok!

Tok!

Ketukan dari luar pintu wad membuatkan Zyan perlahan-lahan melepaskan pelukan.
Dia bangun dari pembaringan lalu duduk di sisi katil.

"Masuk."

"Assalamualaikum." Ujar Nek Mah yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

"Waalaikummusalam, duduklah nek."

Nek mah mengangguk seraya duduk di kerusi bersebelahan katil.

"Macam mana dengan keadaan isteri kamu?" Tanya Nek Mah.

"Belum sedar lagi nek." Jawab Zyan dengan senyuman kelak.

"In sha Allah dia sedar nanti. Cucu nenek seorang yang kuat. Nenek tahu tu. Sama-sama kita berdoa." Pujuk Nek Mah.

"In sha Allah."

"Tak nak pelawa aku duduk sekali ke?" Sampuk Qarl yang baru masuk ke dalam wad itu bersama Alex di belakangnya.

"Aku takde mood nak layan perangai bodo kau pagi-pagi ni." Ujar Zyan dingin.

"Eleh, kalau aku takde dalam citer ni comfirm readers taknak baca. Disebabkan jejaka Malaya plus Itali ni lah ada yang nak baca." Balas Qarl tersenyum lebar membanggakan diri.

"Nak muntah hijau aku dengar." Ujar Alex.

"Kau diam. Aku potong gaji kau nanti." Qarl menjeling Alex sekilas.

"Sejak bila kau bayar gaji dia? Minyak kereta pun aku bayar, ada hati nak bayar gaji pekerja aku." Celah Zyan.

"Well, aku cuma berjimat cermat. Mana tahu tahun depan aku pulak yang nak kahwin, at least dah ada duit simpanan."

"Ada ke awek yang nak dekat kau? Rupa hodoh plus bodoh, dah lah kedekut nak mampos!" Balas Alex tersenyum lebar.

"Sejak bila kau pandai menganjing macam abang aku ni? Nak mati ke ha?" Qarl mengangkat keningnya.

"Qarl." Tegur Nek Mah.

"Astaghfirullahalazim. Entah kau ni Alex." Ujar Qarl kepada Alex.

"Aik aku pulak kena?" Soal Alex.

Nek Mah hanya menggelengkan kepalanya.

Walaupun dia hanya pernah bertemu sebanyak dua kali dengan Qarl dan Alex tapi dah macam kenal setahun. Dah lali dengan perangai mereka berdua. Mulut memang tak boleh diam kalau dah mula bergaduh. Akhir-akhir Alex jugak yang mengalah.

"Bos, pasal lelaki..."

"Not now." Potong Zyan tegas.

"Ab..abang."

Suara itu.

Semua berpaling ke arah Delisha yang sudah membuka matanya melihat ke arah mereka.

Tangan Delisha bergerak menyentuh tangan suaminya yang berada di atas katil.

"Sayang? Alhamdulillah. Akhirnya sedar jugak isteri abang." Zyan mencium lama dahi Delisha.

Delisha tersenyum manis.

"Saya rindukan abang." Ujarnya perlahan.

"I miss you too dear. I miss you so bad." Zyan mengusap lembut pipi isterinya yang sedang terbaring.

"Dah lah weh hormat sikit orang singlet dekat sini." Sampuk Qarl.

"Jeles cakap." Balas Zyan.

"Huh? Takde masa aku nak jeles." Ujar Qarl memeluk tubuhnya.

"Qarl? Alex? Sejak bila korang berdua ada dekat sini?" Soal Delisha.

Ternaik kening Zyan mendengar soalan Delisha.

"Sayang ingat Qarl? Wait a minute, sayang dah ingat?" Tanya Zyan.

Delisha tersenyum seraya mengangguk kecil.

Semua di situ tergamam.

7 HARI kemudian...

Delisha sudah dibenarkan pulang ke rumah. Hari ini merupakan hari terakhir mereka bereempat berada di Pahang.

Zyan terpaksa balik semula ke Kuala Lumpur  kerana banyak kerja yang dah tergendala di officenya disebabkan Alex merupakan orang kanannya turut berada di sini.

"Nek terima kasih sebab dah layan kami dengan baik sepanjang ada dekat sini. Saya minta maaf kalau ada menyusahkan nenek sepanjang kami berada kat sini."  Zyan menyalami tangan Nek Mah.

"Sama-sama kasih. Takde menyusahkan pun Zyan, kamu semua cucu nenek. Nenek sayangkan kamu semua. Tolong jaga Lisha dengan baik Zyan. Nenek percayakan kamu." Ujar Nek Mah tersenyum dengan wajah tuanya.

"In sha Allah nek. Saya akan jaga bidadari saya hingga akhir nafas saya." Balas Zyan.

Air mata Nek Mah mengalir dipipinya tatkala mendengar jawapan cari cucu menantunya.

"Nenek, Lisha minta maaf kalau ada terkasar atau terguriskan hati nenek sepanjang Lisha dekat sini. Terima kasih sebab nenek dah jaga Lisha dari kecik. Hanya nenek dan ibu je yang dapat terima Lisha dalam keluarga ni. Terima kasih sangat nenek. Lisha sayangkan nenek sangat-sangat." Delisha menyalami tangan Nek Mah sebelum dicium kedua pipi neneknya. Air matanya mengalir laju dipipinya.

Tubuh Nek Mah dipeluk lama.

"Jaga diri dekat sana. Jangan lupa jaga kandungan kamu tu baik-baik, cicit pertama nenek tu. Yang paling penting sekali taat hormat suami kamu." Pesan Nek Mah seraya melepaskan pelukan.

Delisha mengangguk sambil mengesat air matanya.

Tubuh suaminya didekati lalu lengan lelaki itu dipaut.

Qarl dan Alex turut menyalami tangan Nek Mah.

"Nenek jangan rindukan wajah kacak saya ye nek. Saya tahu dalam banyak-banyak orang, sayalah yang nenek akan paling rindu sekali." Ujar Qarl tersenyum lebar.

"Perasan." Kata Delisha dan Alex serentak.

Zyan hanya menggelengkan kepalanya.

"Dah jom. Kami pergi dulu ya nek." Ujar Zyan  Sempat tanggannya diselitkan sejumlah duit ke celah tangan Nek Mah.

Nek Mah tersenyum dan mengangguk perlahan. "Terima kasih."

Zyan turut tersenyum nipis.

"Tunggu dulu!" Laung suatu suara.

Semua mata berpaling ke arah pemilik suara itu yang sedang berjalan mendekati mereka bersama anaknya dibelakang.

"Aku nak laki kau tanggungjawab dengan apa yang dia cuba buat dekat anak aku." Seloroh Puan Fatimah.

Cintai Aku Sekali Lagi Where stories live. Discover now