CASL 17

1.6K 171 3
                                    

"KENAPA kau nak berhenti?" Soal Zyan dengan wajah yang serius melihat surat yang diberi oleh Firash.

"Saya nak sambung perniagaan keluarga saya. Lagipun Cik Delisha dah berhenti kerja dan jarang keluar rumah, jadi saya rasa dia tak perlukan driver lagi." Balas Firash.

"Tapi kau dah lama kerja dengan aku. Macam mana kalau kau kerja dalam company ni?" Zyan meletakkan surat di atas meja kerja.

"Takpe, tak payah lah bos. Lagipun ayah saya dah tak larat nak uruskan perniagaan dekat Johor tu." Tolak Firash.

"Kalau kau dah cakap macam tu, aku pun tak boleh nak cakap apa dah. Call aku nanti kalau kau ubah fikiran." Zyan tersenyum nipis menghulurkan tangan.

Dia hormat keputusan Firash walaupun berat hati nak melepaskan pekerja yang dah banyak berjasa kepadanya.

"Thank you boss." Balas Firash turut tersenyum sebelum  menyambut huluran tangan Zyan.

"Kalau Delisha tahu ni mesti dia taknak kau pergi." Ujar Zyan perlahan.

"Takpe she will be fine, bos kan ada. Take care of Delisha. Dia perlukan bos sekarang. I wish you both happy life."  Ujar Firash bangun dari duduk dan membetulkan sedikit kemejanya.

"Aku tahu. Tapi aku buntu apa yang aku kena buat kalau dia ingat balik apa yang dah berlaku. She not really love me before. Terlalu banyak perkara yang dia sorok dari aku. Sampai dia alami tekanan yang melampau pun aku tak tahu, sedangkan hari-hari aku tengok dia macam okay." Keluh Zyan memicitkan pelepisnya.

Dia takut kalau Delisha ingat balik apa yang dah berlaku, adakah gadis itu akan meninggalkan dirinya lagi?

"Jangan risau bos. Trust me she was really love you before and now. I can see how she treat you well as her husband."  Balas Firash menenangkan hati Zyan.

Jujur dia boleh nampak kesedihan Delisha selepas Zyan melafaskan cerai kepada gadis itu. Sejak kejadian malam itu, Delisha lebih banyak bersendiri dan menyepi. Garang gadis itu juga turut berkurang. Dia pernah nampak gadis itu menangis ketika berada di dalam kereta seat belakang melalui pantulan cermin hadapan kereta.

"I hope so."

"Kalau takde apa saya keluar dulu." Ujar Firash.

Zyan mengangguk sedikit kepalanya.

Melihat Firash keluar dari pejabatnya, Zyan mengeluh berat.

Dia membuka laci meja kerja lalu mengambil gambar perkahwinannya dengan Delisha. Tangan naik mengusap gambar wajah Delisha.

"Abang takut untuk kehilangan sayang lagi." Ujar Zyan perlahan tersenyum nipis.

        ZYAN yang baru balik dari kerja melonggarkan tali leher melangkah masuk ke dalam rumah.

Mata Zyan melilau mencari kelibat Delisha.

Tanpa berfikir panjang, kakinya melangkah naik ke bilik tidur tingkat atas.

Setelah  menjejak lantai bilik, mata Zyan menangkap tubuh Delisha yang sedang terlena di katil dengan tv yang terbuka. Dikerling jam di dinding sekilas menandakan pukul 6.45 petang. Sengaja dia balik awal kerana ingin mengajak Delisha makan diluar malam ni.

Cintai Aku Sekali Lagi Where stories live. Discover now