CASL 9

3K 265 34
                                    

PADA jam menunjukkan angka 5 pagi, Delisha tersedar dari tidurnya. Matanya menoleh ke arah Zyan yang masih lena disebelahnya tatkala merasa satu tangan melingkar pada perutnya.

Air matanya mula mengalir dipipi apabila kejadian semalam berlayar dalam fikirannya. Perasaan geram, sakit dan benci membuak-buak dalam dirinya.

Dia perlahan-lahan mengalihkan tangan lelaki itu dari perutnya agar tidak terjaga lalu dia mengambil dan memakai bajunya yang bertaburan dilantai bersama baju Zyan.

Dengan perasaan yang bercampur baur ingin dia melangkah menuju ke pintu. Tapi belum sempat dia melangkah Zyan terlebih dahulu menarik tangannya jatuh ke katil semula.

"Nak pergi mana hm?" Soal Zyan dengan suaranya yang serak basah. Pipi Delisha dicium lembut.

Matanya memandang tepat ke dalam mata Delisha sebelum dipandang bibir yang merah milik gadis itu. Kepalanya diturunkan menuju ke bibir gadis itu.
Namun tindakannya terhenti apabila melihat air mata yang mengalir dipipi gadis itu.

"Jangan buat saya makin benci dekat awak." Delisha memalingkan wajahnya dengan air matanya mengalir laju dipipinya.

Zyan bangun dari menindih tubuh Delisha sebelum meraup kasar rambutnya kebelakang.

Delisha terus bangun untuk keluar dari bilik itu. Tetapi sekali lagi tangannya ditarik oleh Zyan.

"Delisha, im so sorry." Ujar Zyan kesal.

"Saya nak balik." Delisha merentap kasar tangannya.

"Aku hantar."

"Tak payah saya boleh balik sendiri." Delisha mengesat kasar air matanya tanpa memandang ke arah Zyan.

"Bahaya, jam pagi-pagi macam ni kau nak naik apa? Aku hantar, tunggu jap aku pakai baju." Ujar Zyan lembut. Dia mencapai baju dan seluarnya dilantai lalu dipakai ke tubuhnya.

Delisha menutup mata tidak mahu melihat tubuh lelaki itu.

"Jom." Zyan menarik tangan Delisha keluar dari hotel itu menuju ke tempat parking kereta Ford Mustang Shelby miliknya.

Suasana didalam kereta sunyi, Zyan memandang sekilas Delisha disebelahnya yang sedang memandang ke arah luar jendela

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

Suasana didalam kereta sunyi, Zyan memandang sekilas Delisha disebelahnya yang sedang memandang ke arah luar jendela. Tangannya meraih tangan Delisha lalu dicium lembut.

"Ni baru permulaan sayang, aku takkan lepaskan kau macam tu je Delisha." Zyan yang sedang memandu tersenyum sinis.

Delisha memandang tangannya yang berada didalam genggaman Zyan tanpa reaksi. Matanya dipejam. Fikirannya mula terimbas memori yang telah hilang dalam ingatannya.

Cintai Aku Sekali Lagi Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz