BAB 4

2.3K 226 8
                                    

FIRASH mengetuk pintu pejabat Zyan.

Setelah mendapat arah masuk dari majikannya. Dia terus melangkah masuk ke dalam ruangan pejabat. Zyan yang sedang membelek dokumen kerja didekati.

"Ada apa kau nak jumpa aku?" Tanya Zyan mengangkat wajahnya memandang Firash sekilas sebelum menyambung semula menandatangan dokumen.

"Err-saya nak mintak tolong dengan bos supaya terima semula Cik Delisha kerja kat sini. Dia dah cuba mintak kerja dekat semua tempat tapi semua syarikat tolak dia." Firash memulakan bicara seakan memujuk.

Zyan menutup kasar dokumen kerja. Matanya memandang tajam ke arah Firash.

Laci meja kerjanya dibuka sebelum tangannya mengambik dan mengeluarkan satu sampul surat besar lalu diletakkan di atas meja.

"Kau tengok ni." Arah Zyan dalam nada dingin.

Tanpa membantah, Firash mencapai sampul surat itu lalu dibuka.

Wajahnya berubah pucat lesi apabila melihat isi didalam surat tersebut yang mengandungi gambar- gambar Delisha bersama beberapa orang lelaki dalam keadaan mesra dan tindakan kejam gadis itu terhadap pekerja-pekerja Zyan dahulu.

"Ma..Macam mana bos boleh dapat semua ni?" Tanya Firash tergagap.

"Nampaknya kau dah lama tahu." Zyan tersenyum sinis.

"Ni semua dulu bos, sekarang dia dah berubah sejak kemalangan tu. Lagipun dia tak pernah sekalipun curang selama dia bergelar isteri bos. Percayalah." Bela Firash.

Zyan merampas gambar-gambar yang berada di tangan Firash lalu dicampak kasar ke lantai.

"Kau ingat aku bodoh?! Kalau aku tahu dia perempuan yang kejam dan kotor macam ni aku takkan pernah..." Dia mengenggam kuat tangannya membentuk penumbuk, kerongkongnya bagai tersekat untuk meneruskan kata-kata.

"Aku pernah cintakan dia sepenuh hati aku, tapi apa yang aku dapat? Dia campak hati aku dan biarkan aku jadi mainan cinta palsu dia. Kau tak faham apa yang aku rasa Firash."Sambung Zyan lagi.

"Tapi bos..."

"Dah, keluar. Aku taknak dengar lagi pasal benda ni." Halau Zyan.

Firash mengeluh berat. Dia segera keluar dari pejabat majikannya.

Zyan menguak kasar rambut perangnya sebelum tangannya diseluk ke dalam kocek seluar mengeluarkan iphone dan mendail nombor seseorang.

Kaki panjangnya melangkah ke arah jendela pejabat. Matanya memandang bangunan-bangunan di sekeliling syarikat.

"Hello, Tuan Zyan?" Kedengaran suara seorang lelaki dihujung talian apabila pangillan dijawab.

"Faris, aku nak kau ambik sorang perempuan ni jadi model bawah syarikat kau sempena pelancaran kerjasama syarikat kita."

"Boleh Tuan Zyan, tak ada masalah." Balas Faris.

"Thank you." Zyan terus memutuskan talian.

DELISHA menyelamkan kakinya ke dalam kolam.

Fikirannya tak lepas daripada memikirkan lelaki bernama Zyan Ashrif. Sungguh dia ingin tahu apa yang terjadi antara mereka berdua.

Tangannya mengscroll chat lama bersama Zyan di dalam aplikasi Whatsapp.

Hubby❤️
Sayang pukul berapa nak balik? Abang rindu.

Cintai Aku Sekali Lagi Where stories live. Discover now