CASL 24

1.3K 153 6
                                    

"ASSALAMUALAIKUM." Ucap Zyan.

"Waalaikumussalam, Ya Allah cucu-cucu aku dah sampai." Puan Zaiemah atau dikenali Nek Mah bergegas menuruni tangga rumah kayunya.

Zyan mendekati Nek Mah. Tangan tua wanita itu diraih dan disalam.

"Sihat nek?"

"Alhamdulillah sihat macam yang kamu tengoklah. Ni Delisha cucu kesayangan nenek tak mai sini skali ka?" Tanya Nek Mah yang hanya melihat Zyan sahaja yang ada.

Zyan mengerutkan dahi.

Zyan memalingkan kepala ke arah kereta lalu kembali semula memandang muka Nek Mah dengan wajah yang serba salah.

"Tadi dia dah keluar nek. Haih budak tu sempat pulak masuk balik dalam kereta. Jap Zyan heret dia."

Zyan melangkah ke arah kereta sebelum pintu kereta dibuka.

Wajah Delisha yang tersenggih dipandang dengan gelengan.

"Sayang takutlah abang." Belum sempat suaminya bersuara, Delisha terlebih dulu bersuara.

"Nak takut apa sayang? Nenek rindu sangat dekat sayang, tak baik buat nenek tertunggu." Zyan menarik tangan Delisha untuk keluar dari kereta.

Delisha dengan janggal mengikuti langkah Zyan mendekati Nek Mah.

Wajah Nek Mah ditenung lama dengan wajah yang berkerut.

Nek Mah tersenyum melihat gelagat Delisha. Tubuh kecil cucunya diraih ke dalam pelukan.

"Tak payah nak buat muka macam tu Lisha. Nenek tahu semua yang berlaku, suami kamu dah ceritakan semuanya dekat nenek termasuk kamu lupa ingatan. Rindu betul nenek dekat kamu" Ujar Nek Mah sebak.

Dari kecil dia menjaga dan merawat Delisha sejak kematian ibu gadis itu yang bernama Alice. Sungguh dia geram dengan tindakan anaknya iaitu Abdullah atau nama pangilan Dolah yang meninggalkan anak dan isteri di Malaysia dan menetap di Itali.

Delisha turut merasa sebak. Tangannya naik membalas pelukan Nek Mah. Kedua pipi tua nenek itu dicium.

"Saya minta maaf nek saya tak ingat apa-apa."

"Takpe Nenek faham dengan keadaan kamu cu. Meh naik." Ajak Nek Mah menarik tangan Delisha menaiki tangga rumah kayunya.

Zyan tersenyum nipis. Kedua bagasi yang berada di dalam kereta diangkar masuk ke dalam rumah.

        "NENEK ingatkan kamu berdua sampai petang nanti. Nenek tak masak apa-apa lagi. Ni pun nenek baru nak pergi kebun" Ujar Nek Mah yang sedang mengasah sabit.

"Kebun?" Soal Delisha teruja.

"Ha'a kebun sayur dan buah. Awat nak ikut ka?" Soal Nek Mah balik.

"Nak! Nak! Lisha nak semua buah yang ada dekat kebun nenek tu boleh?"

"Boleh sangat. Nanti ajak Zyan pergi kebun belakang rumah tu. Nenek nak cerut rumput bagi lembu makan dulu." Balas Nek Mak tersenyum melihat wajah teruja cucunya.

"Okay nek hehehe. Lisha nak tengok abang Zyan jap, tak tahu pergi letak beg dalam bilik ke atau buat beg."

"Penatlah tu drive jauh. Pergilah." Balas Nek Mah dengan wajah tersenyum. Gembira hatinya melihat cucunya bahagia.

Delisha membalas senyuman Nek Mah sebelum bangun menaiki tangga menuju ke bilik tidur bujangnya dahulu.

Pintu bilik dibuka, matanya menangkap tubuh suaminya yang tidak berbaju hanya memakai seluar paras lutut terbaring di atas katil.

"Lah tidur rupanya. Patut tak turun-turun pun." Omel Delisha.

Punggungnya dihenyakkan ke tilam di sisi Zyan.

"Abang bangun... Ada ke patut baru sampai terus tidur." Lengan bogel Zyan dicubit beberapa kali.

"Hm bagilah abang tidur kejap, penat tau drive jauh tadi. Sayang takpelah dah terbongkang dalam kereta tadi." Jawab Zyan menarik lengan Delisha berbaring disebelah tanpa membuka kedua belah matanya.

"Eii abang berpeluh! Ala sayang baru nak ajak pergi kebun belakang rumah. Abang dah lupa eh abang janji nak kasi sayang makan buah banyak-banyak bila sampai kampung. Sampai hati abang mungkir janji." Delisha mencebikkan mulutnya.

Zyan terus membuka matanya.

"Panas lah sayang sebab tu abang bukak baju. Mana ada abang mungkir janji lah sayang. Dah jom. Sayang nak makan buah apa? Semua abang kasi asalkan buah hati abang ni happy." Zyan bingkas bangkit dari tidurnya. Baju lengan pendek hitamnya di birai katil diambil lalu disarung ke tubuhnya. Kepala Delisha digosok sebelum menarik tangan gadis itu keluar ke belakang rumah.

Penat dan lenguh pada badannya ditahan. Lagipun Delisha mengidam, sebagai suami yang memahami dan bertanggungjawab dia sepatutnya memenuhi kehendak isterinya yang mengandung. Nasib sayang bini.

Setelah sampai dikebun, mata Delisha membulat melihat pelbagai jenis pokok buah yang berada di kebun itu.

"Wah banyaknya buah! Abang tunggu apa lagi pergi panjat semua pokok tu! Terutama sekali pokok rambutan tu! Pisang tu! Cempedak tu! Manggis tu! Salak tu! Eh salak hehehe."

Zyan menggelengkan kepala.

"Pandai isteri abang. Sape ajar semua pokok tu kena panjat kalau nak ambik buah?" Tanya Zyan menarik hidung kecil Delisha.

"Diri sendiri." Jawab Delisha bangga.

"Nasib baik sayang kalau tak dah lama ikat dekat batang pokok pisang sana." Zyan mengambil satu galah panjang yang tersandar pada pokok rambutan.

"Eleh berani ke? Takut orang tu je rindu kita nanti."

"Tau takpe , abang setiap minit, saat, mini saat rindu sayang tau. Sayang pergi ambil bakul dekat pangkir sana." Arah Zyan.

Tanpa membantah Delisha ingin melangkah tetapi terlebih dahulu dihalang oleh Zyan.

"Eh takpe takpe, biar abang pergi ambil. Sayang duduk je tengok suami sayang yang kuat ni ambik buah okay?" Zyan mengangkatkan lengannya menunjukkan dia seorang lelaki perkasa.

Delisha tergelak suka. Encemnya! Haih nasib lah dapat suami hensem dapat cuci mata tiap masa.

Zyan mengait dan mengambil pelbagai buah-buahan untuk isterinya yang tercinta.

Senyuman dan gelak ketawa Delisha sangat berharga baginya. Dia berharap agar masa terhenti supaya dapat merasakan kebahagian ini untuk masa jangka masa yang lebih lama.

Cintai Aku Sekali Lagi Where stories live. Discover now