CASL 21

1.4K 155 8
                                    

"Abang terpaksa. Abang sayangkan Vi tapi tu dulu, sekarang bagi abang Vi tak lebih dari seorang adik. Abang harap Vi faham. Abang cintakan isteri abang...terlalu cintakan dia. Lepas Vi tinggalkan abang hanya dia yang dapat pulihkan hati abang... Dan selamanya hanya dia yang bertahta dihati abang." Zyan menolak lembut tubuh dan tangan Vivian dari memeluknya. Dia bangun dari duduknya lalu menghadap Vivian.

Clara Vivian, seorang gadis berasal dari Itali merupakan adik sepupu Zyan dan berumur 23 tahun. Gadis ini pernah menjadi kekasihnya selama dua tahun sebelum dia bertemu dengan Delisha di persisiran pantai untuk menenangkan hatinya. Setelah satu tahun gadis ini  muncul kembali.

"No! Abang dah janji nak kahwin dengan Vi sampai Vi bersedia dulu! Mana janji abang huh?!" Bentak Vivian menarik pipi Zyan memandang ke dalam matanya.

Zyan menepis kasar tangan Vivian yang berada di pipinya.

"Clara Vivian! Kau takde hak nak sentuh aku! Kau tak tahu halal haram ke huh?! Jangan ingat kau tu adik sepupu aku sesenang kau je nak sentuh aku! Kau dah lupa ke kau yang tinggalkan aku dulu? Dulu kau sanggup tinggalkan aku semata-mata nak kadi model international kan? Sekarang kau nak tagih janji dulu pulak? Jangan mimpilah perempuan! Aku dah ada bini yang berjuta lebih baik dari kau. Sekarang kau berambus dari rumah aku sebelum aku heret kau!" Mata helang Zyan menikam ke dalam mata Vivian.

Amarah dalam diri Zyan membuak-buak mengingati perbuatan gadis ini terhadap dirinya dulu.

Dulu dia hanya mempunyai syarikat yang kecil, walaupun keluarganya mempunyai suarikat yang besar di Itali tapi dia nak berdikari dari bawah tanpa bantuan kedua ibu bapanya. Syarikat milik keluarganya di Itali diserahkan sepenuhnya kepada adik lelakinya satu-satunya, Tengku Qarl Haqrel yang berumur satu tahun lebih muda darinya iaitu 24 tahun.

Ayahnya, Tengku Arshad berasal asli dari Itali tetapi memeluk islam setelah berjumpa dan berkahwin dengan ibunya yang berasal dari Malaysia, iaitu Tengku Mariam yang merupakan seorang ahli perniagaan yang terkaya di Malaysia.

Vivian juga merupakan salah seorang model dari syarikatnya. Disebabkan syarikat kecilnya tidak mendapat keuntungan yang banyak, Vivian sanggup memutuskan hubungan mereka dan berhenti berkerja sebagai model dalam syarikatnya semata untuk berkerja di luar negara.

Vivian terserentak dengan perubahan Zyan. Dulu Zyan tak pernah berkasar dengannya, apatah lagi meninggikan suara. Air matanya mula menuruni pipi.

"Tapi Vi.... Vi masih sayangkan abang... Walaupun kita dah putus, Vi tetap ambil berat pasal abang, Vi selalu tanya Mak Long pasal abang. Cinta Vi dekat abang tak pernah berubah. Tolonglah abang ceraikan perempuan tu! Abang kata dia lebih baik dari Vi? Dia dah banyak tipu abang selama abang kahwin dengan dia! Baik ke macam tu? At least Vi bukan perempuan penipu macam dia. Entah-entah dia kahwin dengan abang pun sebab nak harta je!"

"Jaga sikit mulut kau perempuan! Dia tu bini aku!Kalau dia kahwin dengan aku sebab harta pun asal kau ada masalah ke? Sekurangnya dia tak tinggalkan aku sebab nak cari harta lain!" Tanpa memandang wajah Vivian yang lecun dek kerana menangis, Zyan melangkah dan di muka pintu bilik kerjanya.

"Berambus. Aku taknak tengok lagi muka kau. Jangan munculkan diri kau depan aku lagi. Ingat kau hanya adik sepupu aku dan tak lebih dari tu." Sambung Zyan sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

"Zyan! You tak boleh buat i macam ni! Please I sayangkan you!" Laung Vivian melihat figura Zyan yang makin jauh meninggalkannya dalam bilik itu.

Cintai Aku Sekali Lagi Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz