BAB 3

2.3K 231 17
                                    

DELISHA menyapu sedikit krim yang dibeli petang tadi. Wajahnya sudah sedikit membaik dan tanda-tanda merah juga sudah mula hilang.

Deringan telefon menandakan panggilan masuk menghentikan tangannya menyapu krim pada muka.

Dilihat nama pemanggil sekilas sebelum diangkat panggilan tersebut.

"Hello Firash? Macam mana?" Soal Delisha dalam nada teruja.

"Maaf Delisha, syarikat lain pun tak nak ambil awak jadi model diorang disebabkan terlalu banyak komen negatif. Reputasi awak dah jatuh sejak rumor tu tersebar luas dalam internet." Kedengaran keluhan berat dihujung talian.

"Takpe la Firash, mungkin takde rezeki lagi." Delisha tersenyum hambar.

"In sha Allah ada rezeki nanti. Jangan putus asa okay? Erm Delisha, saya tak sangka awak akan berubah macam ni sekali macam bukan diri awak yang sebenar." Ujar Firash.

"Hahaha berubah apa? Saya pun tak tahu saya yang dulu macam mana." Jawab Delisha tergelak kecil mendengar apa yang kata Firash.

Firasha turut ketawa kecil.

"Kalau tak ada apa-apa saya nak tutup dulu."

"Okay, Kalau macam tu takpe lah nanti saya usahakan lagi tanya syarikat lain."

"Terima kasih awak sudi tolong saya.",

"No problem benda kecik je." Jawab Firash.

Setelah memutuskan talian, Delisha membuka aplikasi instagramnya. Dia melihat banyak posting mengenai dirinya.

Puteri Delisha yang merupakan seorang model terkenal telah bercerai dengan Ceo DZ Holding yang dihormati, Tengku Zyan Ashrif.

Tangannya menekan ruangan komen.

Frida Mohd
-Aku dulu fans dia, tak sangka dia tu seorang yang kejam. Kecewa lah gak.

Aku yang tersakiti
-Dasar perempuan tak tahu malu.
#DelishaKejam.

Tidak sanggup untuk tengok komen-komen lain, Delisha terus menutup telefonnya dengan keluhan berat.

"Kejam sangat ke aku dulu?" Soalnya sendiri.

KEESOKAN harinya, pagi-pagi lagi Delisha mendapat panggilan daripada Firash untuk bersiap kerana lelaki itu telah mendapatkan pekerjaan untuk dirinya.

"Betul ke tempat ni Firash?" Delisha memandang bangunan yang tinggi melalui tingkap kereta.

"Ye, awak cuba sehabis baik dulu. Apa- apa jadi nanti, jangan risau saya ada belakang awak." Firash tersenyum ke arah Delisha.

Delisha membalas senyuman Firash. Dia bersyukur kerana masih ada seseorang yang tidak membenci dirinya.

Mereka berdua keluar dari kereta berjalan memasuki bangunan tersebut.

Sedang mereka berbual rancak, tiba-tiba satu suara menegur.

"Well, well, well, kita tengok siapa yang datang dekat sini. Still berani nak tunjuk muka huh? Kau ni memang tak tahu malukan Delisha." Diana memandang sinis ke arah Delisha.

Delisha terdiam.

"Kau ingat ni syarikat bapak kau punya ke perempuan? Tak payah nak menyibuk." Marah Firash.

"Oh? Sekarang dah ada skandal dengan mamat driver yang miskin ni pulak? Memang ni bukan syarikat aku, tapi ni syarikat bekas suami kesayangan Delisha yang tak lama lagi akan jadi suami aku pulak." Diana tersenyum sinis sambil mendekati Delisha.

Cintai Aku Sekali Lagi Where stories live. Discover now