CASL 32

1.6K 174 70
                                    

ZYAN mengorak langkah masuk ke dalam satu bilik gelap yang berada di ruangan bawah tanah.

Bibirnya melorek senyuman sinis melihat tubuh Johan yang lesu diikat pada kerusi besi.

Mata Johan membulat apabila melihat tubuh Zyan berjalan mendekatinya dengan wajah yang menggerunkan.

Sudahlah badannya teramat sakit dipukul teruk oleh dua orang lelaki tadi.

"Mm!! Mmmm!!" Mulutnya yang disumbat dengan kasut Qarl dan diikat dengan tali cuba berbicara.

"Tak dengarlah baby, cuba baby ulang. Ni bukan baby tapi ba—" Ejek Qarl yang sudah lama berada di dalam bilik itu.

"Yang kau pergi sumbat mulut dia dengan kasut busuk kau tu asal?" Zyan menarik kasar telinga Qarl.

"Aduh duh! Sakitlah! Dah mulut dia tu tak reti duduk diam macam bontot ayam kau tahu tak! Dari tadi memekak je." Qarl menarik kasar kepalanya dari abang taguna itu.

"Tak tahu." Balas Zyan.

"Kau memang abang tak guna." Qarl menjeling Zyan tajam.

"Bila korang nak habis gaduh? Telinga aku yang mendengar ni lagi sakit dari tubuh aku yang kena ikat." Celah Johan yang hanya menjadi pemerhati dari tadi.

"Aik mana pergi kasut aku tu?! Kau telan ke?! Kau tahu tak tu kasut mahal?!!" Jerit Qarl kuat. Bergema suaranya dalam bilik itu.

"Bingit bodoh! Aku yang cabut kasut tu dari mulut dia. Nah ambik." Alex mencampak kasut ke arah Qarl.

Qarl merenggus kasar.

Kasutnya yang jatuh ke lantai itu diambil dengan menggunakan hujung dua jari lalu dicampak ke dalam tong sampah.

"Air liur anjink, jijik aku."

"Haa bagus lepas ni balik dengan kaki ayam." Puji Alex.

Qarl tersenyum ke arah Alex.

"Jangan harap aku akan kasi."

"Saiz kaki kau sama dengan kaki aku kan? Bagus nanti aku tambah gaji kau bulan ni."

Alex hanya memutarkan kedua bebola matanya.

"Dah puas hidup cari nahas dengan bini aku?" Soal Zyan tenang mendekati Johan. Tangan memberi isyarat kepada Qarl.

"Serious lah kau nak bunuh dia?!" Tanya Qarl terkejut dengan perubahan Zyan yang tidak pernah membunuh walaupun mempunyai kelebihan berlawan dan menggunakan peralatan senjata api kerana telah dilatih oleh ayah mereka dari kecil lagi.

Pistol berwarna silver yang berada di belakang seluarnya diambil lalu diberi kepada abangnya.

"You are messing with the wrong person." Wajah Johan diangkat dengan pistol di tangannya.

"Ak..Aku tak sengaja." Balas Johan tergagap-gagap.

"Oh, tak sengaja." Zyan mengangguk perlahan.

BANG!

Satu tembakan dilepaskan tepat mengena peha kanan Johan.

"Argh!" Terjerit lelaki itu menahan sakit di pehanya.

"Aku pun tak sengaja tertembak kau." Zyan tersenyum sinis.

Qarl dan Alex tergamam melihat tindakan Zyan. Tak pernah mereka melihat lelaki itu bertindak kejam seperti ini.

"Aku paling pantang orang sentuh hak aku."

BUK!

Pipi Johan ditumbuk kuat sehingga terteleng kepalanya. Darah mula mengalir dari bibir yang pecah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 02, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cintai Aku Sekali Lagi Where stories live. Discover now