BAB 06

2.4K 118 16
                                    

| THE BAD BOY'S WIFE |

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

| THE BAD BOY'S WIFE |

| Harris X Sara |

" Ti amo, Tengku Sara Irdina."

[ Tengku Sara Irdina ]

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

[ Tengku Sara Irdina ]


" Selamat Datang. " sapa seorang pekerja lelaki itu sebaik sahaja Sara masuk ke Sebuah Restoran.

Senyuman nipis diukir Sara sebelum matanya melilau mencari kelibat rakannya. Sara mengeluh kecil, Haih nampak sangat dorang tak datang lagi.

Kakinya diatur menuju meja kosong yang berada ditepi tingkap kaca. Sekilas dia memandang sekeliling Restoran sambil melabuhkan punggung ke kerusi.

Jam di pergelangan tanggannya dikerling buat kesekian kalinya. Inilah namanya janji melayu. Kata pukul tiga, dah nak pukul tiga setengah pun belum nampak bayangnya. Tapi aku pun lambat jugak, Sepuluh minit je.

Kau pun dua kali lima je.

Iphone dipoket dikeluarkan sebelum tanggannya ralit mencari nombor telefon Yana. Belum sempat nombor Yana ditekan...

" Haaa! " Sergah seseorang dari belakang. Seseorang?

Dek kerana terkejut. Iphone ditangan dicampak ke meja. Sara segera berpaling. Siapa yang kurang ajar sangat ni!

Yana dan Mia tidak berhenti ketawa apabila melihat muka terkejut Sara. Kerusi dihadapan gadis itu menjadi tempat mereka berdua melabuhkan punggung.

" Diamlah! " marahnya. Sara menjulingkan matanya keatas. " Dah lah lambat lepastu bukan nak mintak maaf tapi gelak macam orang gila pulak."

" Sorry - sorry! Tadi kitaorang ada hal tu lambat sikit. " Mia mengaguk kepala mengiakan apa yang dikatakan oleh Yana.

Sara mengaguk kecil. Menu diatas meja diambil sebelum helaian demi helaian diselak olehnya.

Sedar pelayan itu tersenyum memandangnya, Sara tersenyum juga.

" Korang nak minum apa?. " Kepala didongak sedikit memandang wajah Yana dan Mia.

The Bad Boy's Wife | OGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang