BAB 22

1.8K 92 31
                                    


| THE BAD BOY'S WIFE |

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

| THE BAD BOY'S WIFE |

| Harris X Sara |

" Ti amo, Tengku Sara Irdina."

Farra memejamkan mata. Udara segar dihirup perlahan. Dia menggigit bibir, cuba menahan air mata yang mahu mengalir ke pipi bersih miliknya.

Tanpa sedar air mata yang ditahan akhirnya mengalir jatuh ke pipi. Mata Farra masih terpejam rapat. Udara malam yang menerpa(?) ke wajahnya sedikit sebanyak membantu dirinya tika ini.

Bukan niatnya mahu berkata sebegitu pada Tengku Azzam dan Tengku Farzana. Tapi dia tidak mampu memendamnya lagi.

Perlahan-lahan Farra membuka mata. Nafas ditarik sedalamnya, cuba mengawal rasa sebak di dada.

" Kuat betul jodoh kita kan?" Teguran dari tepi membuatkan Farra tersedar dari lamunan. Air mata yang mengalir pantas dikesat.

Lelaki itu tersenyum nipis memandang kelakuan gadis itu. Dia melabuhkan duduk di tepi Farra.

Dia mahu menemani gadis itu. Entah kenapa hatinya sakit melihat air mata yang mengalir di pipi bersih milik Farra. Siapa sangka, dia boleh berjumpa semula dengan gadis itu.

" Such a crybaby..." Gumam lelaki itu perlahan. Kepala digeleng, bibirnya mengukir senyum.

" I'm sorry? " Berkerut pelipis Farra memandang jejaka disebelahnya. Macam kenal.

Kalau dari jauh mesti orang ingat lelaki itu pencuri. Hoodie hitam elok tersarung di badan, cap hitam di kepala. Wajah lelaki itu langsung tak kelihatan.

" Yes? "

Nafas dihela sebelum Farra menggeleng kepala. " Nothing..."

" Ingat saya tak? " Soal Lelaki itu secara tiba-tiba.

Farra kerut kening. " Huh? "

Lelaki itu tertawa kecil. Topi dikepala ditarik ke bawah sedikit. Tidak mahu gadis itu melihat wajahnya. " Kalau ada jodoh kita jumpa lagi."

Berkerut pelipis Farra memandang lelaki disebelahnya. Ayat ni... Ouh Dia sudah ingat lelaki itu!!

Tawa kecil terletus di bibir. Wajah berkerut gadis itu menarik perhatiannya. Comel. " Cepat betul awak lupa saya."

Diam.

Masing-masing diam melayan perasaan. Mahu bertanya tentang masalah gadis itu, dia tidak mahu dicop sebagai penyibuk. Jadi lebih baik dia mendiamkan diri.

The Bad Boy's Wife | OGWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu