BAB 18

2K 107 11
                                    


| THE BAD BOY'S WIFE |

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| THE BAD BOY'S WIFE |

| Harris X Sara |

" Ti amo, Tengku Sara Irdina."


Seminggu kemudian

Sudah seminggu berlalu, Pertandingan menyanyi yang diadakan telah tamat. Kumpulan Unix dan 4pg telah terpilih menjadi wakil untuk bertanding dengan Sekolah-sekolah yang lain.

Selama seminggu juga Harris dan Sara jarang meluangkan masa bersama. Harris terlalu sibuk dengan latihan bersama Ahli Unix, Sara juga bergitu.

Kadang-kadang mereka berdua akan tidur berasingan kerana Harris perlu berlatih pada waktu malam. Boleh kira guna jari berapa hari mereka tidur dalam bilik yang sama.

Berjumpa pun dalam kelas, Waktu balik dan makan malam. Busy mengalahkan CEO. Tipulah kalau mereka tidak merindukan satu sama lain, tapi apa yang mampu mereka lakukan?

" Hshshs aku tak sangka, kita boleh jadi wakil!!" Ujar Yana teruja. Masih tidak percaya dengan pengumuman Puan Nadia sebentar tadi.

Alhamdulillah hasil titik peluh yang mereka hadapi dapat membuahkan hasil. Sara tersenyum gembira. Dia pun seakan tidak percaya.

" Ye tho!! Aku lagi lah tak percaya!" Mia dan Yana sudah terlompat gembira. Penat mereka mencari lagu yang sesuai untuk dinyanyi kan dan tak sangka lagu yang mereka pilih berjaya membuatkan mereka menjadi wakil sekolah.

" Okay, Calm down girls... Aku tahu korang teruja, tapi janganlah terlompat-lompat macam monyet." Farra menggeleng perlahan. Haih kawan siapa ni?

Mereka bertiga ketawa mendengar ayat yang terkeluar dari bibir Farra.

" So, kita ada seminggu je untuk berlatih, hmm kita berlatih esok eh? " Yana, Mia dan Farra mengangguk kepala. Setuju dengan cadangan Sara.

" Eh! kau jangan buat-buat lupa, Tadi Cikgu kata kita kena berlatih dengan kumpulan Suami kau." Kening Sara berkerut apabila mendengar kata-kata yang terkeluar dari bibir Mia. Ada ke? Kenapa dia tak dengar?

" Haih. Ada Sara, ada." Seperti dapat mengagak apa yang difikirkan oleh gadis itu. Yana menggeleng perlahan.

Sara tersengih menampak kan giginya yang tersusun rapi. Kepala digarunya perlahan " Oh, hehehe nanti lah aku bincang dengan Harris."

The Bad Boy's Wife | OGWhere stories live. Discover now