BAB 14

2.3K 112 53
                                    


| THE BAD BOY'S WIFE |

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| THE BAD BOY'S WIFE |

| Harris X Sara |

" Ti amo, Tengku Sara Irdina."

Sara menutup suis Seterika setelah selesai menggosok baju sekolah miliknya dan Harris. Baju sekolah mereka berdua, disangkut ke dalam almari.

Esok dia dan Harris sudah mula bersekolah. Bibirnya melorek senyuman kecil. Tak sabarnya esok!

Dia menguap kecil, Matanya sudah pedih menahan kantuk. Laju kakinya diatur menuju ke arah pintu bilik tidur mereka berdua.

" Assalammualaikum." Salam diberi sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam bilik.

Matanya disapa figura si suami yang sedang duduk bersila di atas katil. Telefonnya dipegang secara melintang dengan dua tangan. Harris yang masih fokus bermain game, tidak sedar kehadiran Sara.

" Qil, kat atas pokok!" Jerit Harris tiba-tiba. Sara mengurut dadanya perlahan, Terkejut. Mana tidaknya Suaminya tiba-tiba sahaja menjerit.

" Slow sikit suara tu, Dah malam." Tegur Sara. Dia melabuhkan duduk di birai katil. Matanya melilau memandang sekeliling bilik.

" Sorry." Harris menganjak ke tepi, meninggalkan beberapa ruang untuk Sara.

" Ada nampak telefon aku tak?" Sara memandang Harris yang masih leka bermain game. Seingat dia, Harris orang terakhir yang memegang telefonnya.

Wajah Harris tiba-tiba berubah, tangannya yang ligat menekan scrin telefon berhenti seketika, sebelum dia berlagak biasa. " Entah."

" Harris..." Nada Sara sudah berubah. Kecil sahaja matanya memandang wajah tenang Harris.

" Aku tak tahu."

" Weh! Bagi lah telefon aku. Tadi ada banyak Notification Istgram masuk. Aku nak tengok!"

" Esok-esoklah, Dah malam tidur." Sebelah tangannya menepuk bahu Sara. Mendodoikan Isterinya tidur.

" Kau-" belum sempat Sara menghabiskan ayat, Harris terlebih dahulu mencelah.

" Tidur!"

" Hmm... Jangan tidur lambat sangat, esok nak sekolah." Ujar Sara sebelum matanya ditutup rapat. Esok-esok saja lah dia meembuka telefonnya. Setelah beberapa minit, dengkuran halus mula kedengaran. Harris mengerling wajah Isterinya yang sudah lena dibuai mimpi.

The Bad Boy's Wife | OGWhere stories live. Discover now