BAB 12

2.5K 124 38
                                    


| THE BAD BOY'S WIFE |

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| THE BAD BOY'S WIFE |

| Harris X Sara |

" Ti amo, Tengku Sara Irdina."


Sudah hampir setengah jam perjalanan. Lagu yang terpasang di radio langsung tak menarik minatnya. Sara membuang pandang ke luar tingkap. Fikirannya kini serabut memikirkan sesuatu, Dia akan bahagia ke?

Sudahnya, kepala disandarkan ke kerusi. Harris yang masih leka memandu di pandangnya sekilas. Tanpa sedar dia mengeluh perlahan.

Harris mengerling sekilas bila terdengar bunyi keluhan Sara. " Is something bothering you? "

Sara menoleh, Pelipisnya berkerut sedikit. " Huh? "

Dalam diam Harris mencuri pandang ke arah Sara di sebelah. " You kept sighing, so..."

Lama Sara berdiam diri sebelum dia menggeleng perlahan. " Nothing."

" Hmm..." break ditekan apabila lampu merah mula menyala. Kepala disandarnya ke kerusi, Matanya tunak merenung wajah Sara.

Wajah Isterinya ditenung lama. Mata hazel milik Isterinya berkilat sedikit, tambah lagi bila Kulit putih mulus itu disimbah terik matahari yang menembusi tingkap kereta miliknya. Cantik! Memang tidak boleh dinafikan bahawa Sara mempunyai raut wajah yang mampu memikat kaum adam yang memandang.

Waktu Tengku Hassan memberitahu bahawa dia akan berkahwin dengan cucu kawan baik Atuknya, sedaya upaya Harris cuba mencari jalan untuk membatalkan perjanjian itu. Tapi bila dia dapat tahu bahawa gadis yang akan dinikahnya ialah Sara, tiba-tiba dia setuju. Pelik bukan?

Sara di sebelahnya ditatap. Dia berasa tenang bila bersama dengan gadis ini. Dia akan cuba untuk memupuk rasa kasih dan sayangnya untuk gadis ini. Isterinya, Tengku Sara Irdina.

Pin!

Bunyi hon kereta dari arah belakang menyentakkan mereka berdua.

" Dah lampu hijau lah! " lengan Harris di goncangkan sedikit. Matanya jatuh ke arah budak kecil yang sedang berada di sebelah kereta mereka. Budak itu sedang memandang ke arahnya sambil menggeleng perlahan. Ya Allah, buat malu je.

Harris berdeham perlahan. Macam manalah dia boleh leka merenung wajah Sara. Dia mula memberi tumpuan kepada pemanduannya.

|...|...|...|...|...|

Pintu pagar Automatik banglo tiga tingkat itu terbuka sebaik saja kereta milik Harris tiba. Berpusing laju tayar keretanya masuk ke halaman rumah. Keretanya diberhentikan di dalam garaj.

Harris mengurut Pangkal tengkuknya. Mulutnya yang menguap keletihan ditutup. Kepala disandar ke kerusi sebelum matanya dipejamkan sebentar. Penatnya.

Sara terjaga dari lenanya apabila terasa kereta sudah tidak bergerak. Matanya digosok beberapa kali. Harris disebelahnya dipandang sebelum dia keluar dari kereta. Tubuhnya menggeliat ke kiri kanan.

The Bad Boy's Wife | OGWhere stories live. Discover now