BAB 19

1.9K 114 14
                                    


| THE BAD BOY'S WIFE |

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

| THE BAD BOY'S WIFE |

| Harris X Sara |

" Ti amo, Tengku Sara Irdina."


" Apa pandang-pandang? Aku cungkil biji mata kau tu kejap lagi, baru tahu." Tajam mata Yana memandang wajah Iqbal di sebelah.

Pagi tadi, Puan Layana memberitahu Daddy nya, Tengku Darwish tentang kedatangan Iqbal dan Tengku Intan semalam.

Panas pula hatinya bila teringatkan kata-kata Puan Layana di meja makan sewaktu mereka sekeluarga bersarapan pagi. Handsome anak intan tu, boleh lah jadi calon menantu Mummy.

Mahu tak panas hatinya tika itu. Tengku Darwish pula bukan main setuju dengan kata-kata Puan Layana. Bukan Handsome mana pun mamat ni. Haih, aku kena bawa mummy pergi check mata lah.

" Suka hati aku lah. Mata aku ke mata kau? " Termati lamunan Yana. Wajah iqbal yang sedang memeluk tubuh memandang ke arahnya, dipandang tajam.

" By the way... Aku tak sangka yang Mummy kita rupanya kawan baik, kan Liyana Darwisha?" Sambung Iqbal lagi. Bibinya mengukir senyum sinis. Tangannya menongkat dagu memandang gadis itu. 

Yana menjeling tajam apabila namanya meniti di bibir jejaka itu.
Sebab kan panggilan itulah, ramai pelajar ingat mereka kekasih.

Ye lah, Iqbal mana layan perempuan di Sekolah ni. tapi bila dengan Yana, 24 jam dia mahu Menganggu gadis itu. Oi Cik Liyana Darwisha! Weh Liyana Darwisha! Kan Liyana Darwisha?! Erghh!!!

" Tengah termenung tentang masa depan kita ke, hmm Liyana Darwisha? " tawa kecil terletus di bibir Iqbal. Meja Yana ditepuk kuat, mematikan lamunan  gadis itu.

" Mummy!! " butang mata Yana. Dadanya diurut perlahan. Terkejut gila. Lantas wajah Iqbal yang sedang tertawa kecil dipandangnya tajam.

" Kau ni memang #$@?#$)!!"

Sara memandang Iqbal dan Yana pelik. Dia yang sedang membaca buku terganggu dengan tepukan meja Iqbal dan makian yana.

Berkerut pelipisnya memandang mereka berdua. Pandangan pelajar-pelajar di dalam kelas 5B itu tidak di hiraukan oleh mereka.

Harris yang sedang lena di belakang terkejut dengan tepukan meja yang kuat dari Iqbal. Terus segar mata kelabu itu. Tahu lah sekarang ni tiada cikgu, tapi jangan lah main tepuk-tepuk meja setan!!

The Bad Boy's Wife | OGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang