BAB 07

2.3K 123 36
                                    

| THE BAD BOY'S WIFE |

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| THE BAD BOY'S WIFE |

| Harris X Sara |

" Ti amo, Tengku Sara Irdina."

" Assalamualaikum." salam diberi sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.

Sara terpaku di muka pintu. Dia teragak-agak mahu melangkah bila melihat kesemua ahli keluarganya berkumpul di ruang tamu.

Mereka semua memandang kearahnya belum apa-apa, dia sudah terasa janggal. Aku ada buat salah ke? Hati Sara mula bertanya.

" Sampai bila Sara nak berdiri dekat situ? " tegur Syafiq.

Sara terkejut dengan teguran Alongnya. Perlahan-lahan dia melabuhkan duduk disebelah Syafiq. Wajah Tengku Azhar dan Tengku Hasni dipandang silih berganti.

" Apa yang nak dibincangkan sangat ni? " Soal Sara.

Wajah Alongnya dikerling. Syafiq mengangkat bahu tanda dia tidak tahu. Dia pun hairan kenapa Papa mereka menyuruh dia pulang awal. Ada hal yang mahu dibincang kan katanya.

Sara dan Syafiq mendiamkan diri, menanti apa yang Tengku Azhar mahu katakan.

Tengku Azhar mengambil masa sebentar, Dia menarik nafas dalam-dalam. Wajah anaknya direnung lama sebelum memulakan bicara.

" Sebernanya arwah atuk pernah janji dengan Kawan Baik dia untuk satukan anak atau cucu mereka bila sudah meningkat umur tujuh belas tahun,"

Tengku Azhar mengeluh perlahan sebelum menyambung ayatnya. " Sepatutnya Papa yang kena kahwin dengan anak kawan baik Atuk tapi tak jadi sebab kawan baik Atuk dapat anak lelaki jadi perjanjian ini beralih kepada cucu mereka iaitu anak Papa."

Tengku Azhar berhenti seketika. Tengku Hasni memegang lengan suaminya memberikan kekuatan. Dia tahu, suaminya tidak setuju dengan perjanjian ini tapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa sebab perjanjian ini ada dalam Wasiat.

Janji perlu ditepati.

Sara dan Syafiq berpandangan sesama sendiri. Muka Syafik sudah berubah. Gila! Tak kan aku pulak yang nak kena kahwin!?

Berlainan pada Sara dia gembira bila dapat tahu tidak lama lagi dia akan dapat kakak ipar. Tapi sangkaanya meleset apabila Tengku Azhar menyambung semula.

" Sara kena Kahwin dengan cucu kawan baik Atuk."

Sara tergamam manakala Syafiq menarik nafas lega. Huh, Alhamdulillah bukan aku yang kena kahwin.

Bagai terduduk di atas kerusi elektrik, Sara segera bangun. " I'm too young to get Married! "

Syafiq menarik semula tanggan adiknya, memberi arahan dengan pandangan mata. DUDUK! Tanpa berlengah masa Sara mengikut apa yang disuruh Alongnya.

The Bad Boy's Wife | OGWhere stories live. Discover now