BAB 29

1.8K 104 53
                                    


| THE BAD BOY'S WIFE |

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| THE BAD BOY'S WIFE |

| Harris X Sara |

" Ti Amo, Tengku Sara Irdina."


Badan di sandarkan di kereta mewah miliknya. Mata harris memandang pintu utama Straw Highschool itu. Dia menghela nafas berat apabila bayangan isterinya masih tidak kelihatan.

Jam di tangan di kerling sekilas. Sudah menginjak ke pukul satu petang. Mana sara ni? Tak nak balik ke?

Tidak menunggu lama, Iphone di poket seluar di ambil sebelum Harris mendail nombor telefon Iqbal.

" Hello--"

Tit... Tit... Tit...

Berkerut pelipis Harris apabila Iqbal menutup panggilannya. Nafas di hela perlahan.

" Apahal kau--."

Tit... Tit... Tit...

Buat kali kedua, panggilannya di tutup oleh si Iqbal. Harris memejam mata sesaat, cuba mengumpul kesabaran yang kian menipis.

Nombor Iqbal di dail buat kali ketiga. Rambutnya yang jatuh ke dahi di kuak ke belakang. Kulit putih harris sudah kemerahan menahan marah.

" Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan, sila hubungi nombor ini di lain hari. Sekian, terima kas--"

" Kau ingat aku ni bodoh sangat ke sampai tak boleh nak bezakan suara jantan kau tu? "

Jeda.

Iqbal tertawa hambar. Penat-penat aku buat suara kepit tapi kantoi juga. " Hehe... Ops! dah kantoi."

Laju sahaja tangan Iqbal mahu mematikan panggilan, tetapi perbuatannya terhenti apabila suara dingin Harris berserta ugutan mula kedengaran di corong telefon.

" Kalau kau berani end call ni, aku bagitau Yana aib kau." Dingin.

" Apa ni? Taknak, taknak!! "

Harris guling mata keatas mendengar rengekan mintak kaki si Iqbal. Sesekali dia mengerling pintu utama sekolah itu, menanti ketibaan Sara dengan penuh sabar.

" Aku takde masa nak layan perangai kau ni. Aku nak tanya--"

" Kalau macam tu tak payah lah call aku."

Terpejam anak mata kelabu itu apabila mendengar suara Iqbal di corong telefon. Sunguh harris penat nak layan perangai rakannya yang seorang ini. " Kau boleh diam tak? "

" hehe... Sorry-sorry. Hah, sambung."

" Sara dekat mana? "

Iqbal kerut dahi mendengar pertanyaan harris. " Lah... Tu kan bini kau, bukan bini aku. Mana lah aku tahu. Cuba lah call dia."

The Bad Boy's Wife | OGWhere stories live. Discover now