Bab 1

647 28 7
                                    

Cameron Highlands.

Adrian setia menunggu kedatangan kekasih hatinya di depan pintu pagar masuk sekolah. Dia menyandarkan tubuhnya pada tiang di tepi pagar itu. Hari ini dia keluar kelas sedikit awal dari Luna. Jam di tangan ditilik sesaat.

3 minit berlalu.

Tidak pernah jemu dia menunggu kekasih hatinya itu. Walaupun cuaca kelihatan sedikit panas namun masih ada rasa-rasa angin sejuk menerpa.

Cuaca Cameron Highlands yang sudah tentu sejuk itu menyebabkan para pelajar di sini dibenarkan memakai jaket sejuk sepanjang berada di sekolah.

"Esok cuti sekolah. So, apa kata kalau kita keluar nak tak?" Cadang Sarah semangat.

"Seriously? Omaigod! Dah lama kita tak outing sama-sama kan? Im so excited!" Gia setuju dengan penuh keterujaan. Sudah lama mereka tidak keluar bersama.

So tomorrow is girls time!

"Luna kau boleh join tak?"

"Of course boleh."

"Manalah tahu dah ada plan lain dengan buah hati tu."

"Buah hati?"

"Tu...awal-awal dah tunggu tercegat dekat situ." Sarah memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah tempat Adrian berdiri.

Adrian masih tidak perasan kewujudan mereka disitu.

"Aaaa nasib baik kau cakap. Aku hampir lupa aku janji nak keluar dengan dia hari ini. Jadi, esok kita boleh keluar tanpa gangguan!" Luna bersorak riang disambut oleh rakan-rakannya yang lain.

Bukan mereka tidak tahu. Luna adalah yang paling susah untuk diajak keluar bersama memandangkan Luna perlu menjaga hati boyfriend nya itu. Sama seperti Adrian.

Sebab itu orang cakap single is better right? Nak buat apa saja bebas.

"Okaylah. Aku pergi dulu tau. Kesian boyfriend aku tunggu lama-lama tengah panas macam ni."

"Panas apanya. Sejuk kemain macam ni." Ujar Gia menunjukkan gaya dia sedang kesejukan.

"Boyfriend aku. Suka hati akulah." Luna tertawa kecil diikuti Sarah dan Gia.

"Okaylah Luna. Bye! See you tomorrow."

"Bye!"

Mereka membalas lambaian masing-masing.

Luna berlari kecil ke arah Adrian. Hampir sahaja jaraknya dengan Adrian, dia berjalan perlahan dan berundur sedikit ke belakang. Niat ingin mengejutkan lelaki itu.

Tembok yang tingginya separa lutut Luna panjat ke atas. Kini dia lebih tinggi sedikit dari Adrian.

"Baa!"

Terhinjut bahu Adrian akibat terkejut. Badannya dipalingkan ke belakang.

"Sayang...apa ni. Nasib baik saya tak ada sakit jantung tau." Ujar Adrian lembut. Berhati-hati dalam berkata. Luna seorang mudah terasa. Sangat mudah. Hanya Adrian yang faham itu.

"Hehe. Sebab saya tahu awak tak ada sakit jantung lah saya buat macam tu." Tersengih kecil Luna menjawab.

Adrian menghulurkan kedua belah tangannya pada Luna. Luna menyambut tangan Adrian dengan penuh berhati-hati. Terloncat kecil Luna menuruni tembok yang dipijaknya itu.

"Awak marah saya ke?" Soal Luna manja. Bibirnya sudah muncung sedepa ke depan.

"No sayang...mana ada marah. Mana boleh saya marah cinta hati saya ni." Ujar Adrian sambil menekup pipi gebu Luna dengan kedua belah tangannya.

DARK MOONWhere stories live. Discover now