Bab 5

325 23 1
                                    

"Sayang!"

Terhinjut bahu Luna yang baru hendak masuk ke dalam kawasan sekolah itu. Baru dia ingin melangkah masuk tiba-tiba ada tangan yang menghala panjang di depan mukanya sambil memegang sekotak coklat. Siapa lagi kalau bukan Adrian.

"Adrian! Untuk saya ke?" Soal Luna pura-pura tidak tahu dengan wajah terujanya. Jelas lagi nyata untuk dia mahu ditanya lagi. Takkan untuk scandal Adrian pula. Ops. Minta jauh.

"Ye untuk Luna. Ambillah." Adrian menghulurkan kotak coklat itu. Luna menyambut dengan gembira. Tubuh Adrian dipeluknya sayang. Adrian pula mengusap lembut rambut Luna.

Coklat yang diberikan Adrian kelihatan sangat esklusif dengan coklat berbentuk hati itu tersusun elok di dalam kotaknya dan didepan kotak itu jelas tertulis strawbery berserta gambar strawbery. Favourite Luna. Sengaja Adrian belikan coklat itu untuk mengurangkan kerisauan kekasih hatinya itu.

Semalam ketika mereka video call, Luna ada memberitahu dia bahawa gadis itu takut untuk datang ke sekolah hari ini. Dia takut jika ada yang mengecam dirinya di sekolah disebabkan gambar yang di postnya di instagram itu.

Menangis-nangis Luna mengadu kepada Adrian semalam. Terlalu banyak komen-komen buruk dari budak sekolahnya. Tapi ada juga yang membela Luna. Ingin sahaja Adrian pergi ke rumah Luna semalam mahu menenangkan gadis itu. Namun ditahannya takut dikata apa pula oleh orang tua Luna dan orang tuanya sendiri.

Tapi gambar itu Luna masih belum delete. Adrian juga malas membahas tentang gambar itu lagi. Tidak mahu menganggu mood Luna kesayangannya itu.

"Suka?" Soal Adrian.

"Suka. Terima kasih awak. Saaaaayang awak banyak-banyak. Muah!" Luna membalas dengan senyuman lebar. Perkataan 'muah' itu dibuat sekali dengan gaya ingin mencium Adrian.

Adrian tertawa kecil

"Muah!" Tiru Adrian sama dengan apa yang dibuat Luna.

Mereka tertawa bersama.

"Kamu berdua! Buat apa dekat situ!?" Laung seorang cikgu yang berada di hadapan pagar sekolah itu. Tidak jauh dari mereka.

Baru Adrian dan Luna sedar mereka masih berada di hadapan pintu pagar masuk sekolah. Ada segelintir pelajar yang memandang mereka pelik. Mana tidak peliknya duduk ber'muah' bagai depan pintu pagar.

Mohon jangan ditiru aksi mereka berdua ni. Makin menjadi-jadi.

"Jom. Saya hantar awak masuk kelas." Ujar Adrian menarik tangan Luna.

Adrian dan Luna lalu di depan guru yang menengking mereka tadi sambil tangan Luna masih digenggam erat oleh Adrian. Adrian menunduk hormat pada cikgu itu. Luna pula hanya ikut sahaja kelakuan boyfriend nya itu.

"Assalamualaikum cikgu. Masuk kelas dulu cikgu." Ujar Adrian sopan dengan senyuman lebar.

Luna hanya menundukkan sedikit badannya. Senyumnya disimpan. Mahu tergelak dia melihat Adrian.

Cikgu itu sudah memandang geram pada Adrian dan Luna. Amboi amboi berpegangan tangan bagai.

Lepas sahaja Adrian dan Luna melintasi cikgu tadi lantas terhambur tawa Adrian dan Luna.

DARK MOONWhere stories live. Discover now