Bab 14

206 20 6
                                    

"Adrian." Sayu suara Luna memanggil menyedarkan Adrian ke dunia nyata. Sekarang mereka hanya duduk berdiam diri di atas katil. Luna duduk menekur lantai manakala Adrian bersandar pada tiang katil.

Fikiran mereka kosong.

Kosong seperti kertas putih tanpa dakwat.

Cuma yang membezakan ialah kertas putih itu masih boleh memberikan manfaat untuk orang lain tetapi fikiran mereka saat ini mahu berfikir untuk diri sendiri sahaja sudah tidak berguna. Serabut. Terlalu serabut untuk difikirkan.

"Hm?" Sahut Adrian lemah. Adrian memejam mata sesaat sebelum kelopak matanya kembali terbuka dan memandang ke arah Luna.

"Apa kita nak buat sekarang?"

"Test pek tak selalunya betul kan?" Soalan berbalas soalan. Adrian duduk menghadap Luna.

"Maybe 99%"

"Tapi masih ada satu peratus peluang untuk membuktikan Luna tak mengandung." Tutur Adrian hanya sekadar menyedapkan hati. Walhal dia sekarang seperti orang kehilangan arah.

"Awak menyesal?" Duga Luna. Anak matanya tidak lari dari menatap wajah teman lelakinya. Cuba mencari apa yang lelaki itu sedang fikirkan.

"No! It's not what i mean Luna. Cuma dalam keadaan sekarang kita tak boleh nak buat apa-apa. Saya masih sekolah dan Luna juga masih sekolah. Apa je yang kita mampu buat?"

"Jadi awak nak biar saya tanggung semua ni seorang diri?"

"Luna. Saya pernah cakap dekat awak yang saya tak akan tinggalkan awak walau apa pun yang terjadi. Jadi tolong jangan cakap macam tu. Apa yang berlaku adalah silap dari kita berdua. Jadi kita sama-sama tanggung."

"Tapi macam mana!?" Tengking Luna tiba-tiba. Nafasnya tercungap-cungap. Tangannya serta-merta naik memegang perut.

Dia tertekan.

Dalam keadaan begini dan bertambah pula dia sedang mengandung membuatkan emosinya tidak stabil. Adrian memandang Luna dengan pandangan yang tidak percaya. Tidak menyangka bahawa gadis itu akan menengkingnya begitu.

"Sorry..." Pinta Luna sayu. Dia betul-betul tidak sengaja. Emosinya benar-benar tidak dapat dikawal sekarang.

"Jangan macam ni Luna. Saya tahu awak tertekan tapi awak jangan fikirkan diri awak saja. Saya pun tertekan. Dalam keadaan sekarang, kita tak boleh nak fikirkan pasal ni lagi. Nanti kesihatan awak juga yang terjejas. Saya tak nak awak sakit Luna." Lembut suara Adrian memujuk. Nafas berat dihela. Sungguh ini memenatkan dia.

"Apa kata kalau..."

Dahi Adrian berkerut seribu. Menanti ayat yang bakal keluar dari bibir merah merekah Luna.

"...kita gugurkan kandungan ni?" Tutur Luna dengan penuh harapan.

Itu sahaja harapan yang mereka ada sekarang. Gugurkan kandungan itu dan mereka akan kembali hidup seperti biasa. Melupakan apa yang pernah terjadi diantara mereka. Melupakan bahawa pernah ada janin yang duduk menumpang di dalam rahim Luna.

Bukankah itu lebih mudah?

Ya. Dia pasti semuanya akan jadi lebih mudah jika kandungannya itu digugurkan.

Adrian memandang Luna tidak berkelip. Tidak menyangka perkataan itu keluar dari bibir Luna. Dia sendiri tidak terfikir akan hal itu.

Gugurkan?

Semudah itukah rancangan mereka akan berjaya? Yakin bahawa mereka boleh hidup kembali normal seperti dulu? Berlagak seperti bayi itu tidak pernah wujud di dalam rahim Luna.

DARK MOONWhere stories live. Discover now