Bab 6

266 22 1
                                    

Hari demi hari mereka menjalani kehidupan seperti biasa. Makin lama cerita tentang Adrian dan Luna tidur sebilik itu semakin dilupakan oleh warga sekolah mereka.

Benda viral seperti itu selalunya sekejap sahaja. Namun, itu bukanlah bermakna kisah cinta mereka sudah berakhir. Mereka masih dan tetap akan menjadi topik perbualan hangat di sekolah.

Luna juga dapat menghembus nafas lega. Rakan-rakan sekelasnya itu selagi tidak dapat jawapan selagi itu lah mereka memaksa Luna untuk menceritakan apa yang sebenarnya terjadi di antara Luna dan Adrian. Naik jenuh Luna dengan soalan yang sama setiap hari.

Hampir saja mahu menangis dia menghadap rakan-rakan sekelasnya. Bukan sahaja rakan sekelas malah ada juga dalam kalangan pelajar dari kelas lain datang berjumpa dengan Luna. Semata-mata ingin mengorek rahsia Luna dan Adrian. Terutamanya budak-budak junior yang tergila-gilakan Adrian.

Couple paling hangat di sekolah siapa saja yang tidak mahu ambil tahu.

Selepas peristiwa itu sudah reda dam dilupai ramai, Adrian mengambil keputusan untuk memastikan Luna tidak mengulangi kesilapannya lagi. Tidak salah jika dia ingin mengongkong sedikit hidup Luna kan? Demi kebaikan Luna dan juga dia. Lebih tepat lagi demi kebaikan hubungan mereka.

Jadi Adrian tekad untuk...

"Dengan ini..." Adrian mula membaca ikrar yang sudah penat lelah dia tulis untuk Luna.

Ya, dia telah membuat ikrar perjanjian untuk Luna supaya gadis itu tidak mengulangi kesilapannya lagi. Cukuplah hanya sekali terasa perit. Jangan ditambah lagi.

"Dengan ini..." Luna mengikuti setiap sebutan Adrian.

"Awak Nur Luna binti Yusuf berikrar..."

"Saya Nur Luna binti Yusuf berikrar..." Panggilan awak ditukar menjadi saya. Menunjukkan diri dia sendiri yang sedang berikrar sekarang.

"bahawa awak tidak akan mengupload apa-apa gambar..."

"bahawa saya tidak akan mengupload apa-apa gambar..."

"kecuali setelah mendapat keizinan..."

"kecuali setelah mendapat keizinan..."

"boyfriend awak iaitu..."

"boyfriend saya iaitu..."

Jeda. Adrian mengangkat sebelah keningnya. Tanda menyoal 'siapa?'. Luna hanya memandang Adrian lama. Masih blur.

Adrian mengeluh perlahan.

"Siapa boyfriend awak?" Soal Adrian. Sabar sajalah dapat girlfriend macam ni.

"Siapa boyfriend saya?" Luna menyoal kembali. Sengaja ingin menguji kesabaran lelaki itu.

Adrian tersenyum senget. Oh. Main-main eh?

"Entahlah agaknya saya ni boyfriend bibik Sulia rasanya. Kan bibik kan?" Soal Adrian kepada bibik Sulia yang sedang sibuk mengemas ruang tamu.

Sekarang mereka berdua berada di ruang tamu rumah Adrian. Itulah rutin mereka setiap hari selepas pulang dari sekolah. Luna akan mengikuti Adrian ke rumah atau mereka berdua akan pergi bersiar-siar di kota Cameron Highlands tersebut.

"Tuan Adrian bisa aja sik mahu jadi pacarnya bibik." Ujar Bibik Sulia malu-malu. Mukanya ditutup dengan bulu ayam di tangan. Gedik juga bibik Sulia ni.

"Boleh je kalau bibik nak. Saya memang single sekarang." Tambah Adrian lagi. Luna di tepinya dijeling sekilas sebelum Adrian berura-ura mahu bangun dari duduknya mendekati Bibik Sulia.

"Ish janganlah! Okay fine. Boyfriend saya iaitu Muhammad Adrian bin Azman." Ujar Luna cepat-cepat dia menahan Adrian. Ayat yang tergantung tadi disambungnya kembali.

DARK MOONWhere stories live. Discover now