Bab 19

157 13 5
                                    

Motosikal berjenama BMW K1200S memasuki kawasan perumahan. Motosikal Adrian berhenti tepat di depan pintu pagar rumah Luna. Turun sahaja Luna dari motor, sebuah kereta Ferari terparking elok di hadapan rumahnya menarik perhatian Luna dan Adrian.

"Awak, ni bukan ke kereta Ibu dengan Ayah awak?" Soal Luna dengan dahi berkerut seribu.

"Dia orang buat apa dekat sini?" Soalan berbalas soalan. Dahi Adrian juga berkerut melihat kereta milik Ayahnya tersadai betul-betul di hadapan rumah Luna.

Siap parking betul-betul di depan pagar rumah lagi. Melihatkan nombor plat kereta itu, memang yakin seratus peratus milik Ayah Adrian, Encik Azman.

"Ottoke!" Terhinjut bahu Luna akibat terkejut apabila pintu pagar rumahnya tiba-tiba terbuka.

Adrian tertawa kecil. Alahai Luna sempat lagi kau berdrama korea dekat situ. Ottokelah ottokotlah, macam-macam.

Senyuman Adrian mati apabila melihat wajah kedua-dua ibu bapanya tersembul indah di hadapan mukanya sebaik sahaja pintu pagar terbuka sepenuhnya.

Mummy dan Daddy Luna turut ada di situ.

"Ibu? Ayah? Buat apa dekat sini?" Meluru Adrian mendekati ibu bapanya yang tidak lekang dengan senyuman.

"Saja kami datang melawat mak ayah Luna. Salah ke?" Ujar Encik Azman bersertakan soalan.

"Ta-tak."

Memang tidak salah jika ibu bapa dia mahu melawat Mummy Daddy Luna kerana mereka memang saling kenal antara satu sama lain.

Menurut Adrian, Mummy dan Daddy Luna berkawan rapat dengan ibu dan Ayahnya sejak Luna masih tingkatan 1 dan Adrian tingkatan 2.

Puan Ramona pernah memberitahu Luna bahawa Ibu dan Ayah Adrian banyak menolong mereka semasa mereka mula-mula ingin menceburi bidang bisnes ini.

Sejak itu juga Luna mengenali Adrian.

Pada awalnya hubungan Luna dan Adrian hanya dianggap sebagai kawan rapat. Namun segalanya berubah setelah mereka mengatahui isi hati masing-masing.

Akhirnya tanpa pengetahuan orang tua mereka, sudah 2 tahun lebih hubungan percintaan mereka berlaku.

Dan sekarang...

Adrian tidak kisah jika Ibu dan Ayahnya datang melawat Mummy dan Daddy Luna.

Cuma yang membuatkan dia dan Luna terkejut kerana keadaan mereka sekarang. Luna yang sedang mengandungkan anaknya. Anak itu adalah anak luar nikah. Dan tiba-tiba ibu bapa dia dan ibu bapa Luna sedang berkumpul bersama.

Adakah dia masih lagi boleh beriak tenang setelah semua ini berlaku?

Sesiapa sahaja yang berada di tempatnya pasti akan rasa hal yang sama.

Berdebar. Itu sahaja hati Adrian dan Luna rasakan sekarang.

"Kamu berdua dari mana?" Soal Puan Romona memecahkan kejanggalan.

"Ki-kita orang pergi pasar malam tadi. Gia dengan Sarah pun ikut sekali." Jawab Luna yang sedari tadi berdiam diri.

"Haqiem ikut sekali." Adrian mencelah apabila melihat ibunya tiba-tiba menjengilkan mata ke arahnya.

Tahu sangat apa yang ada difikiran Puan Faezah.

Ibunya itu pasti fikir yang Adrian bawa anak dara orang keluar sesuka hati. Sudahlah tiga orang sekali gus.

Macamlah Adrian tidak tahu sikap ibunya yang suka overthinking.

Tak. Bukan ibunya sahaja begitu. Dia rasa semua perempuan suka overthinking. Dia sudah masak dengan perangai perempuan yang suka overthinking memandangkan Luna juga selalu overthinking.

DARK MOONWhere stories live. Discover now