Bab 9

239 20 2
                                    

"Good morning anak mummy. Dah bangun? Meh sarapan dulu. Mummy ada buatkan kek favourite Luna. Mesti Luna suka." Tutur Puan Ramona menyambut anaknya dengan gembira.

"Pagi-pagi makan kek?" Soal Luna hairan.

"Iyalah. Hari ni kan birthday Luna. Happy birthday sayang." Ujar Puan Ramona. Tepi kepala Luna dicium sayang.

"Happy birthday anak Daddy. Semoga Luna menjadi seorang anak yang mampu banggakan Mummy dan Daddy suatu hari hari nanti." Encik Yusuf bangun dari kerusi meja makan mendekati Luna. Ubun-ubun Luna juga dikucup sayang oleh Encik Yusuf.

Luna bagaikan baru tersedar dari mimpi memandang kedua-dua orang tuanya. Wajahnya yang tadinya berkerut berubah teruja.

"Ya Allah macam mana Luna boleh lupa!" Ujar Luna menampar lembut dahinya.

Dia benar-benar lupa. Hari tu bukan main excited dia menunggu hari lahirnya. Tup tup bila sudah sampai masa, dia pula yang terlupa. Lagi-lagi dia tidak dapat apa-apa ucapan birthday dari Sarah dan Gia semalam. Selalunya awal sahaja mereka berdua wish. Tapi semalam tak ada pun?

Luna menggelengkan kepalanya. Menghapuskan segala sangkaan buruk di hati. Tak mungkin mereka lupa. Adrian pun senyap saja.

"Luna. Kenapa ni? Tak happy ke?" Puan Ramona menyoal lembut.

"Eh bukan bukan. Bukan Luna tak happy. Luna happy sangat. Thank you Mummy Daddy." Ujar Luna teruja. Kedua-dua orang tuanya dibawa ke dalam dakapannya. Dipeluk erat Puan Ramona dan Encik Yusuf.

"Allahuakhbar! Patah tulang Daddy." Encik Yusuf membongkokkan badannya kebelakang. Pinggangnya dipicit-picit sedikit. Kuat betul Luna peluk.

Kelakuan Encik Yusuf mengundang tawa isteri dan anak gadis kesayangannya.

Luna sangat bahagia.

Dia mempunyai ibu bapa yang sentiasa menyayanginya walaupun kadang kala dia ada bergaduh kecil dengan Puan Ramona. Tetapi hubungan mereka anak beranak sentiasa akrab.

Dia juga mempunyai teman lelaki yang sangat menyayangi dirinya. Tidak pernah sekali pun Adrian mengabaikan dia dan Adrian selalu bersikap lembut dengannya. Bahkan, pelajar-pelajar di sekolahnya juga sangat menginginkan Adrian sebagai teman lelaki mereka.

Luna merasakan hidupnya sempurna. Terlalu sempurna.

"Luna. Jom kita makan nanti lewat Luna nak pergi sekolah." Suara Encik Yusuf memutuskan lamunan Luna.

"Alaa Luna tak puas lagi nak celebrate birthday. Tak payah sekolahlah hari ni." Ujar Luna memuncung bibirnya. Meminta simpati.

"Eh kamu jangan nak mengada! Aku puk jugak budak ni." Marah Puan Ramona. Tanganya berura-ura ingin menepuk bahu Luna.

Luna mengecilkan diri ditengah-tengah Mummy dan Daddynya. Luna meneguk liur kesat. Haih dah datang dah singa dia. Jangan main-main dengan Puan Ramona sorang ni.

"Daddy..." Rengek Luna meminta simpati Daddynya pula.

"Luna...Luna pergi sekolah dulunya. Nanti malam ni kita sambung celebrate birthday Luna. Nanti Mummy dan Daddy belikan hadiah special untuk Luna." Pujuk Encik Yusuf lembut.

"Wah betul ke ni?" Luna memandang Encik Yusuf dengan wajah teruja.

"Iya betullah. Takkan Daddy nak tipu Luna pula."

"Yeayh! Thank you Daddy." Luna memeluk Encik Yusuf erat.

"Sama-sama sayang." Encik Yusuf mengusap rambut Luna sayang.

Sempat Encik Yusuf mencuri-curi pandang wajah isterinya. Puan Ramona hanya menjeling geram.

'Mulalah tu. Suka sangat manjakan budak ni.' Bisik hati Puan Ramona geram.

DARK MOONWhere stories live. Discover now