Bab 4

302 21 4
                                    

Pagi itu Luna bangun dari tidur dalam keadaan moodnya yang agak barai. Tapi dia cuba juga untuk gembira kerana hari ini dia akan keluar jalan-jalan dengan kawan-kawannya, Sarah dan Gia.

Dua orang kawannya yang setia bersama dia. Walaupun kadang-kadang mereka ada juga bergaduh kecil. Biasalah kawan baik pasti ada time berbaik ada time bergaduh.

Seperti biasa bangun saja Luna dari tidur, telefon bimbitnya adalah benda pertama dia cari. Mahu tengok jam sudah pukul berapa sekarang.

6:30 pagi.

Alhamdulillah hari ini dia tidak lewat seperti selalu. Kalau tidak, cuti saja sekolah pasti bangun lewat sehingga terlepas subuh. Itulah tabiat Luna. Bila bangun tidur, tergopoh-gopoh dia mahu solat Subuh. Kalau bukan Puan Ramona yang kejutkan memang sampai ke petang pun belum tentu dia bangun.

Telefon yang tadi ingin dia letakkan ke tepi semula terbantut apabila melihat ada notification whatssap dari Adrian.

4 messages from Boyfriend👩‍❤️‍💋‍👨

Kenalan yang di pin paling atas sebagai 'Boyfriend👩‍❤️‍💋‍👨' itu ditekan olehnya.

Boyfriend👩‍❤️‍💋‍👨
Good morning Luna sayang🤍

Have a good day

I love you so much😘

Jom keluar?

Luna tersengih kecil melihat mesej dari Adrian. Moodnya yang tadi tidak baik bertukar serta merta. Adrian selalu begini. Walaupun bagi Luna mereka sedang bergaduh besar tapi Adrian sentiasa berlagak seperti tidak ada apa-apa.

Hal itu membuatkan mereka tidak bergaduh terlalu lama. Kerana Adrian sentiasa mengalah dengannya.

Baru Luna teringat yang dia belum memberitahu Adrian bahawa dia mahu keluar dengan Sarah dan Gia hari ini. Ragu-ragu Luna ingin membalas.

Tidak tidak.

Dia tidak akan balas lagi mesej itu. Pura-pura masih merajuk. Biar Adrian pujuk lagi. Ehek. Akhirnya hanya bluetick yang diberikan Luna untuk Adrian.

"Good morning Luna!" Teriak Luna sendiri sebelum dia bingkas bangun mencapai tuala yang tersangkut dan membolos masuk ke dalam tandas.

Tiada siapa nak wish good morning untuk dia, wish untuk diri sendiri sajalah. Yang single boleh ikut cara Luna.

Eh lupa Adrian baru wish good morning tadi.

_____

Luna menuruni anak tangga berjalan mendekati meja makan. Puan Ramona dan Encik Yusuf awal-awal lagi sudah ada di situ.

"Ha Luna awal pula bangun hari ni. Nak keluar dengan Adrian lagi ke?" Soal Puan Ramona. Tahu-tahu sahaja anaknya seorang itu kalau bukan mahu ke mana-mana memang tidaklah dia bangun awal begini.

"Nak keluar dengan Sarah dan Gia."

"Tak keluar dengan Adrian?" Tanya Encik Yusuf pula sambil meletakkan surat khabar yang di bacanya tadi ke tepi. Masanya untuk menikmati sarapan.

"Tak." Ringkas jawapan Luna.

"Bergaduh dengan Adrian ke?" Soal Puan Ramona pula. Masih belum tamat sesi soal jawab mereka.

"Tak."

"Esok keluar dengan Adrian tak?"

"Tak tahu."

DARK MOONWhere stories live. Discover now