Bab 16

188 24 6
                                    

Dari jauh Luna sudah dapat melihat Adrian bersama 2 orang lelaki dan 3 orang perempuan yang sedang berkumpul di salah satu meja di kantin sekolah. Ahli kumpulan Adrian mungkin.

Semalam Adrian ada memberitahunya tentang pembentangan yang harus dia lakukan secara berkumpulan. Sudah Adrian menegah Luna untuk tidak menunggunya sehingga siap tapi Luna tetap mahu menunggunya.

Luna mengambil tempat duduk yang sedikit jauh dari Adrian. Kepalanya menoleh memandang Adrian dan yang lain. Diperhatikan satu-persatu ahli kumpulan Adrian.

Hanya Haqiem sahaja yang dia cukup kenal di situ kerana Haqiem satu-satunya kawan baik Adrian dari mula-mula dia mengenali Adrian sehinggalah kini.

Seorang pelajar lelaki lagi agak familiar di mata Luna, tidak silap dia Irzat namanya. Budak lelaki dari kelas Adrian yang sangat suka mengusik.

Tiga orang pelajar perempuan itu pula diperhatikan oleh Luna. Dia kenal dua orang dari mereka kerana sering juga terserempak. Namun, seorang gadis bertudung yang terlihat asing ditenung Luna lama.

Setelah seminggu dia tidak datang ke sekolah kerana demam membuatkan dia tidak mengetahui apa-apa cerita di sekolah.

Luna kembali menoleh memandang gadis bertudung tadi. Gadis itu terlihat cantik dan ayu. Tidak seperti dia yang kelihatan tidak bermaya sejak akhir-akhir ini.

Entah mengapa satu rasa yang tidak senang menyinggah di hatinya. Lebih-lebih lagi melihat gadis itu yang begitu dekat dengan Adrian. Gelak tawa mereka menambahkan lagi kerusingan Luna.

Luna mencebik bibir.

Terbit rasa sakit hati dan cemburu di hatinya.

"Perempuan ni nak berbincang ke nak menggedik dengan boyfriend orang." Gumam Luna perlahan melihat gadis itu seperti sengaja ingin mencuri perhatian Adrian.

Makin lama dia perhati, makin panas hati Luna menggelegak.

Luna menghembus nafas kuat.

Dia mengeluarkan beberapa kertas A4 kosong dan pensil faber castle miliknya. Seperti biasa, sesi cubaan melukis komik. Tak serik-serik dia melukis walaupun hasil lukisannya tidak cantik.

"Adrian, awak boleh pinjam gunting saya dulu kalau awak nak." Suara lembut gadis itu menarik perhatian Luna. Lebih-lebih lagi mendengar gadis itu menyebut nama Adrian.

Ergh! Sakitnya hati.

Tak betah Luna berdiam lama. Batang pensil dihentak kasar pada permukaan meja kantin itu. Laju Luna melangkah ke arah meja yang diduduki Adrian.

"Awak..." Dengan sengaja Luna meleretkan suaranya mendekati Adrian. Lengan Adrian dipaut oleh Luna. Luna menempelkan badannya pada sisi badan Adrian.

"Luna, dah lama keluar?" Soal Adrian membuatkan Luna mencebik bibir. Leka sangat melayan minah tu sampai tak sedar dia dah keluar?

Menyampah!

Luna sekadar mengangguk kecil. Badannya semakin menempel pada badan Adrian membuatkan Adrian tidak selesa ditontoni oleh ahli kumpulannya yang lain.

"Erk, Luna tunggu dekat sana dulu. Sikit je lagi ni nak siap." Adrian menarik kecil tangan Luna supaya kembali semula ke tempat asal Luna tadi. Belakang leher Adrian usap lembut menunjukkan dia berasa janggal dengan sikap manja Luna yang sengaja ditunjukkan depan rakannya yang lain.

Dia kena halau!?

Luna menghembus nafas kuat.

Adrian sudah tak sayangkan dia lagi.

"Tapi saya nak duduk dengan awak..." Rengek Luna manja. Tangannya naik memagut lengan Adrian. Badan pula dengan sengaja Luna menempel pada sisi badan Adrian.

DARK MOONWhere stories live. Discover now