Bab 8

253 21 1
                                    

Luna menunggu Adrian dengan penuh sabar. Sekarang dia berada di depan pintu kelas Adrian. Dengan penuh selamba Luna berdiri betul-betul dihadapan pintu kelas Adrian di mana masih ada cikgu yang sedang mengajar di dalam kelas lelaki itu.

Sudah dipesan oleh Adrian supaya Luna menunggunya di kantin dahulu jika dia lambat. Tapi Luna tetap Luna. Penuh dengan keselambaan. Dia tidak kisah pandangan orang lain. Katanya dia ada Adrian untuk membelanya.

Adrian pula yang risau melihat kekasih hatinya berdiri di situ. Bukan setakat dia hilang fokus sekarang malah kawan-kawan sekelasnya dari tadi perhatikan Luna. Cikgu Raiha juga hilang fokus semasa mengajar. Jangan sampai pelajaran sejarah yang diajarnya sekarang menjadi sejarah dia menampar Luna di situ.

Sekejap Luna ke hulur sekejap Luna ke hilir. Ada juga orang yang nak kena marah ngan Cikgu Raiha nanti. Ayokkk.

Luna melemparkan pandangannya ke bawah bangunan. Tangannya menongkat dagu di atas koridor. Dari tingkat atas, Luna dapat melihat pelajar-pelajar lain sedang berjalan menuju ke arah pintu pagar sekolah ingin pulang ke rumah.

Luna mengeluh panjang. Lambatnya Adrian ni.

"Okay class, sampai sini sahaja pelajaran kita hari ini. Esok kita sambung bab seterusnya. Nanti saya akan bahagikan kumpulan untuk awak semua buat pembentangan."

Suara cikgu Raiha memutuskan lamunan Luna di luar koridor. Luna kembali berpaling menghadap muka pintu kelas Adrian. Dari luar dia sudah nampak Adrian yang sedang memasukkan buku ke dalam beg sekolah milik lelaki itu.

"Baik cikgu!" Balas seisi kelas.

"Satu lagi cikgu nak pesan. Buat yang ada girlfriend tu pesan dekat girlfriend kamu dekat depan kelas bukan tempat menunggu ya?" Ujar Cikgu Raiha lebih kepada perlian buat Luna dan Adrian.

Terletus tawa para pelajar di kelas itu. Mereka memandang ke arah Adrian kecuali Tasya. Muka gadis itu masam mencuka melihat orang lain mengusik Adrian dan Luna. Dia cemburu.

"Cikgu perli kau Ad." Bisik Haqim perlahan. Hanya dapat didengari oleh Adrian.

Adrian tersenyum senget. Luna Luna. Cari pasal betul budak ni. Menggeleng kecil Adrian dengan perangai Luna. Selamba tak sudah.

Wajah Luna cemberut apabila sedar akan perlian cikgu Raiha untuknya. Terasa. Sempat dia membebel di dalam hati.

Warga kelas tersebut mulai keluar mengikut pintu kelas depan tempat Luna berdiri. Bermula dari cikgu Raiha keluar dahulu. Luna memalingkan wajahnya ke arah lain. Tak nak tengok muka cikgu. Cikgu Raiha tertawa kecil. Eh eleh. Macamlah aku nak tengok sangat muka kau.

Cikgu Raiha mula mengatur langkah semakin jauh dari pandangan Luna. Hilang sahaja susuk tubuh Cikgu Raiha baru Luna berpaling menghadap pintu kelas kembali.

Dia berasa sedikit sesak kerana dihimpit oleh rakan sekelas Adrian yang berpusu-pusu ingin keluar dari kelas. Apa salahnya keluar sorang-sorang?

Luna mengeluh kecil. Dia menginjak ke tepi sedikit. Memberi ruang untuk mereka keluar dari kelas. Tak pasal-pasal bahunya yang menjadi mangsa perlanggaran.

"Hai cik adik. Tunggu sapa tu?..." Bisik Adrian rapat di telinga Luna menyebabkan Luna tersentak berpaling menghadap Adrian lantas tubuh tegap Adrian dipeluknya erat.

Adrian tertawa kecil. Dia membalas pelukan Luna.

"Sorry...lama tunggu." Pinta Adrian lembut. Adrian meleraikan pelukan mereka. Rambut Luna yang sedikit serabai Adrian rapikan. Diusap lembut kepala Luna.

"Tak pe. Selalu awak tunggu saya. Hari ni biar saya pula tunggu awak." Ujar Luna dengan sengihan lebar.

"Yelah, so sekarang jom kita gerak. Nanti lambat sampai lambat pula balik." Ujar Adrian memegangkan tangan Luna kemas.

DARK MOONWhere stories live. Discover now