Bab 13

205 22 2
                                    

"Tak nak! Saya tak nak kena check." Bersungguh-sungguh Luna menegah Doktor Wani dari memeriksa dirinya.

Dia tiada mood untuk diperiksa sekarang. Luna tidak suka orang lain menyentuhnya sesuka hati begitu. Luna sendiri tidak tahu kenapa sejak kebelakangan ini dia agak sensitif.

Sentuh pun tak boleh.

"Luna, saya takut kalau kamu keracunan makanan. Kamu jangan main-main dengan keracunan makanan. Mungkin bunyi dia macam perkara biasa tapi ada saja orang yang mati disebabkan keracunan makanan." Tutur Doktor Wani masih berkeras ingin memeriksa Luna.

Sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai doktor yang sememangnya berkhidmat khas di sekolah itu.

"Saya tak nak..." Rengek Luna. Mata Luna sudah berair akibat menahan tangisan.

Doktor Wani menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduih macam ni pun ada ke?

"Assalamualaikum."

Suara garau seseorang memberi salam menarik perhatian Doktor Wani yang sedang memikirkan cara untuk memeriksa Luna.

Doktor Wani melangkah mendekati pintu masuk bilik kesihatan.

"Waalaikumussalam. Ya? Kamu cari apa?" Soal Doktor Wani kepada pemilik suara itu tadi.

"Saya Adrian dari kelas 5 Samudra. Saya cari Luna. Dia ada dekat sini lagi kan?" Adrian memperkenalkan dirinya langsung bertanya tentang keberadaan Luna.

Dia yakin Luna masih berada di bilik kesihatan kerana tadi dia sudah pergi ke kelas Luna. Sarah dan Gia memberitahunya bahawa Luna masih berada di bilik kesihatan. Lantas dia berlari anak menuju ke bilik kesihatan.

Dia sudah hilang fokus semasa belajar tadi gara-gara memikirkan Luna. Sekarang waktu rehat tapi belum sempat dia makan kerana terburu-buru ingin berjumpa dengan Luna.

"Kamu siapa pada Luna? Abang dia?"

"Saya boyfriend Luna." Dengan muka selamba badak Adrian perkenalkan dirinya sebagai teman lelaki Luna.

"O-ouh o...okay. Luna ada dekat dalam bilik 01." Jawab Doktor Wani sedikit janggal dengan pengakuan Adrian.

Boyfriend?

Amboi budak muda zaman sekarang. Selamba je kau eh.

"Terima kasih Doktor." Tanpa menghiraukan reaksi Doktor Wani, Adrian yang masih dengan selambanya menerjah masuk ke dalam bilik 01.

"Luna?"

"Adrian..."

Adrian terus meluru mendapatkan Luna apabila sedar akan keadaan Luna yang nampak pucat dan tersisa air mata di pipi gebu gadis itu.

"Sayang. Kenapa ni? Kenapa nangis?" Adrian melabuhkan punggungnya di sebelah Luna yang duduk berlunjur kaki di atas katil.

Adrian menarik lembut kepala Luna dan dijatuhkan ke atas dada bidangnya. Luna kelihatan sangat lemah. Mahu bercakap saja gadis itu seperti tidak terdaya.

Luna tidak menjawab soalan Adrian malah dia hanya bersandar lemah pada dada bidang Adrian dan tangannya melingkar ke pinggang Adrian. Matanya dipejam rapat.

"Shush...shush." Adrian menepuk-nepuk lembut bahu Luna untuk menenangkan gadis itu. Gayanya seperti ingin mendodoi Luna tidur.

Dengkuran halus yang terhasil dari Luna menyedarkan Adrian yang ralit termenung jauh. Termenung memikirkan keadaan Luna. Adrian menilik jam tangannya sekilas.

Jam 10:45 a.m.

Jam sekarang menunjukkan bahawa waktu rehat sudah habis. Dia perlu kembali ke kelas semula.

DARK MOONWhere stories live. Discover now