"Zarul awak nak bawak saya pergi mana ni" soal Arina pelik. Dari tadi yang dia nampak hanya pokok,pokok dan pokok. Dah lah sunyi. Entah-entah dia nak buat sesuatu yang buruk dekat aku!
Dengan tiba-tiba Arina menjerit.
"Tolong!!!!!" Zarul yang sedang fokus memandu itu terus memalingkan wajahnya ke arah Arina yang sedang menjerit seperti orang gila."Kau apahal?" Soal Zarul pelik.
"A-awak baik cakap dekat saya yang awak nak bawak saya pergi mana sebenarnya?" Soal Arina lagi.
"Adalah"
"Awak nak jual saya kan? Ke awak nak apa-apa kan saya... Awak kalau itu niat awak tolong batalkan ye" tuduh Arina melulu.
Zarul mengerutkan dahinya. 'Apa masalah minah ni wayar putus ke? Tiba-tiba jerit then nak tuduh aku bukan-bukan'.
"Apa kau merepek ni? memang tak lah aku nak buat macam tu,ada nampak muka aku ni bapak ayam ke?" Soal Zarul.
Arina tersengih sebelum menjawab "ada...sikit".
Zarul membulatkan matanya sebelum memandang ke arah cermin, dia menilik wajahnya. 'muka aku yang handsome macam Leonardo DiCaprio version muda ni dia cakap macam muka bapak ayam'.
Arina tertawa kecil melihat tingkah Zarul. "Awak ni,saya gurau je"
Zarul menjeling Arina sekilas sebelum dia kembali fokus untuk memandu. Mujur kawasan ini tidak ramai orang jadi boleh lah dia memandu kereta mengikut suka hati dia. Disebabkan Zarul ingin membalas dendam terus dia pedal minyak ditekan dan kereta dipandu dengan laju.
Dia memandang ke arah Arina yang menjerit. Dia hanya ketawa. Padan muka cakap aku macam bapak ayam kan... Ni bapak ayam nya!.
🦋
Sampai sahaja ke destinasi terus sahaja Arina membuka pintu kereta sebelum dia berlari anak menuju ke persisir pantai.
Zarul yang baru sahaja keluar hanya tersenyum melihat gelagat Arina seperti budak kecil itu.
"Awak! Sini lah" panggil Arina. Disebabkan bunyi ombak yang kuat jadi dia terpaksa menjerit. Selendang yang dipakai oleh dia turut dia pegang,huh angin terlalu kuat.
Zarul hanya mengangkat tangan tanda sekejap. Pintu belakang kereta dibuka dan terus sahaja dia mengambil bakul yang berisi makanan,sempat juga dia mengambil tikar yang berada dibawah kerusi. Selesai sahaja terus dia berlari anak menuju ke sebatang pokok yang terdapat di situ.
Arina masih lagi tidak menyedari apa yang Zarul lakukan kerana dia terlalu sibuk dengan telefon. Selfie! Perkara wajib untuk semua perempuan.
Tanpa sedar Zarup menyelit dalam kamera Arina sambil membuat gaya peace! Arina terkejut lalu memusingkan badannya menghadap Zarul. Dia tersengih malu.
"Amboi kau, seronok sangat sampai lupa aku kan?" Soal Raiz mengusik.
"Mana ada, saya cuma happy,thank you awak bawak saya datang sini" ujar Arina sambil tersenyum manis.
Zarul menganggukkan kepalanya.
"Kau suka?" Soal Zarul.
"Suka...tempat ni cantik sangat,saya tak pernah pun tahu dekat KL ni ada pantai?" Tanya Arina.
"Memang tak ada siapa tahu melainkan keluarga aku, kau orang pertama yang aku bawak tau,Sara pun tak pernah datang sini" terang Zarul.
YOU ARE READING
C | DIAN MAISARA
Romance(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan selamanya ada dengan kau,tapi aku janji aku akan jaga kau selagi aku hidup" - Raiz Ashrif . . . . . ...