𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 22

4.8K 249 28
                                    

Dian yang baru sahaja selesai mandi terus tergesa-gesa keluar apabila mendengar telefon bimbit miliknya berbunyi.

Butang hijau diseretkan ke kanan sebelum didekatkan telefon bimbitnya ke telinga.

'Assalamualaikum'

"Waalaikumsalam,Raiz ada apa ni telefon saya?"

'Kau busy tak?'

"Kalau hari ni tak busy pun"

'Kalau macam tu kejap lagi keluar nak?'

"Nak buat apa?"

'Aku ada benda nak bincang dengan kau'

"Oh,pukul berapa?"

'Kejap lagi lepas Zohor'

"Okay"

Panggilan dimatikan sejurus itu Dian terus melangkah ke wardrobe untuk memilih baju yang sesuai.

Panggilan dimatikan sejurus itu Dian terus melangkah ke wardrobe untuk memilih baju yang sesuai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Satu persatu baju miliknya diletakkan di atas katil tidak tahu ingin memakai baju yang mana. Habis dipunggah semuanya.

Sedang dia sibuk mencari baju yang sesuai pintu biliknya diketuk dari luar. Tak perlu tanya siapa dia sudah tahu. Siapa lagi kalau bukan Arina.

"Babe aku masuk eh" laung Arina dari luar bilik.

"Masuk je lah" jerit Dian dari dalam. Jarak antara pintu bilik dan wardrobe agak jauh jadi dia terpaksa menjerit.

"Astaghfirullahalazim, Dian apa kau buat ni, bersepah nya" tanya Arina sambil memicit dahinya. Sakit betul kepala dia melihat benda bersepah macam ni.

"Weh, tolong aku" pinta Dian.

"Tolong apa? Tolong simpan balik semua baju yang kau dah keluarkan ni?"

"Itu pun ye,tapi ni lagi penting" ujar Dian sebelum menarik lengan Dian menuju ke katil. Baju-baju yang bersepah diatas katil di tolak ke tepi sehingga jatuh sebelum dia menarik Arina agar duduk disebelahnya.

"Apa yang penting sangat tu?" Soal Arina malas.

"Tadi Raiz call aku,dia ajak aku keluar" kata Dian. Arina yang pada mulanya malas untuk melayan Dian terus duduk menghadap Dian apabila nama Raiz meniti di bibir Dian.

"Omaigod, Ra-Raiz ajak kau keluar?" Ujar Arina sedikit menjerit.

"Ye,kan aku dah cakap tadi" balas Dian sambil menggulingkan mata ke atas. Menyampah betul dengan riaksi Arina ni, terlampau teruja.

"Alah kau ni,wah tak sangka Raiz ajak kau dating" seloroh Arina sambil menggoyangkan tangan Dian.

Dian menolak perlahan tangan Arina. Sebelum dia turut duduk menghadap Arina.

"Bukan dating lah,dia ajak aku keluar je" nafi Dian. Padahal dalam hati berharap agar Raiz benar-benar bawanya keluar dating.

"Tak kisahlah keluar ke, dating ke yang penting kau kena pakai lawa-lawa baru lah terbeliak sikit biji mata Raiz tu" kata Arina sambil tersengih.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now