"Abang nak pergi mana pagi-pagi macam ni?" Tanya Dian hairan.
"Abang ada kerja sikit nak buat, Dian okay ke tinggal dekat rumah? Kalau Dian tak okay abang boleh je tangguh dulu, sorry honey kita baru je kahwin dua hari lepas tapi abang sibuk sangat" kata Raiz serba-salah.
"Abang, It's okay Dian faham, lagi pun Dian pun nak keluar kejap lagi ni, ada hal sikit nak kena selesaikan" kata Dian.
"Hal apa tu?"
"Kan Dian nak kena uruskan syarikat arwah papa, baru sekarang Dian ada masa nak buat semua tu, mujur lah Kak Intan personal assistant papa sudi cover Dian" kata Dian separuh jujur. Memang betul dia hendak ke office arwah papanya. Tapi dia juga ada urusan dengan Syeera.
"Ooo nak abang hantarkan ke? Atau honey nak drive sendiri?" Tanya Raiz.
"Tak apa, nanti Dian pergi sendiri, abang tak sarapan dulu ke?" Tanya Dian.
"Honey masak apa?" Tanya Raiz.
"Err, roti bakar je, sebab tak tahu nak masak apa bahan dalam peti tak ada" balas Dian.
"Tak pe lah kalau macam tu, nanti abang makan dekat luar je, nanti kita keluar cari barang dapur ye" kata Raiz.
Dian menganggukkan kepalanya.
Dia menyalami tangan Raiz. Dan Raiz mencium lembut dahi Dian. Itulah rutin mereka setiap kali Raiz ingin keluar tak kisahlah kerja atau urusan lain.
"Bye abang hati-hati" pesan Dian.
Raiz menganggukkan kepalanya.
🦋
Kakinya laju melangkah masuk kedalam syarikat arwah papanya. Ini kali kedua dia menjejakkan kaki ke syarikat gah seperti ini.
Semua pekerja di syarikat itu telah dimaklumkan bahawa hari ini CEO baru akan masuk melawat. Jadi mereka telah bersedia didepan pintu masuk untuk menyambut kedatangan bos baharu mereka.
"Selamat datang Puan Dian" kata pekerja-pekerja yang berada di pintu masuk.
Dian menganggukkan kepalanya.
Dari jauh dia nampak kelibat Kak Intan yang sedang menunggu dirinya. Tanpa berlengah dia bergerak pantas ke arah Kak Intan.
"Selamat datang Puan Dian" kata Kak Intan.
"Terima kasih, Akak tak perlu panggil Dian Puan Dian just call me Dian okay?" Arah Dian.
"Baik" balas Kak Intan.
Dian dan Kak Intan masuk ke dalam bilik CEO yang mana asalnya bilik Dato'Darius.
Dian melabuhkan punggung di atas kerusi. Beg tangannya diletakkan di atas meja.
Kak Intan menghulurkan fail yang Dian minta semalam.
"Ni fail projek syarikat kita yang baharu" kata Kak Intan.
Dian menyambut huluran Kak Intan.
Dia membuka fail dan meneliti isi kandungan fail tersebut sebelum dia menurunkan tandatangan.
"Macam mana dengan kewangan syarikat ni? Ada peningkatan dari sebelum ini?" Tanya Dian.
"Alhamdulillah, setakat ni keuntungan syarikat melebihi target. Cuma ada satu perkara yang akak bimbangkan" kata Kak Intan.
YOU ARE READING
C | DIAN MAISARA
Romance(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan selamanya ada dengan kau,tapi aku janji aku akan jaga kau selagi aku hidup" - Raiz Ashrif . . . . . ...