Setelah lebih kurang 12 jam berada di atas jalan raya akhirnya mereka sampai juga ke destinasi yang dituju. Badan terlalu penat iya lah ingat kan boleh sampai sebelum maghrib alih-alih dah Isyak baru sampai.
"Arina Khalisha, bangun cepat! Kalau lambat aku tinggal kau macam tengahari tadi" ugut Dian. Dah kali ketiga dia cuba untuk mengejutkan Arina dari lena yang panjang. Sepanjang perjalanan Arina cuma tahu membuat tahi mata sahaja. Menyakitkan hati betul!
Terpisat-pisat Arina bangun dari lena. Matanya digosok dengan perlahan. Kabur sahaja penglihatannya sekarang kesan daripada terlalu lama tidur.
"Dah sampai ke?" Tanya Arina. Mulutnya ditutup menggunakan tapak tangan menahan diri dari menguap terlalu luas.
"Dah, jom turun, semua dah turun, tinggal kau dan aku je tak turun-turun lagi" tutur Dian.
Arina sekadar menganggukkan kepalanya. Beg tangannya diambil dan dia juga turut keluar dari kereta. Dia membulatkan matanya memandang ke kiri dan kanan. Huish dah gelap.
Tanpa berlengah terus dia mengejar langkah Dian. Para lelaki semua sedang duduk melepak di bawah pokok rambutan. Dapat Arina tangkap jelingan maut yang diberikan oleh Danny tetapi Arina dengan selambanya menjelirkan lidahnya ke arah Danny.
Melihat balasan yang kurang sopan dari Arina terus sahaja Danny ingin membaling biji rambutan tetapi sempat dihalang oleh Carl.
"Bro, sabar... Kita baru sampai jangan buat hal dulu" pujuk Carl. Sudahlah mereka dekat tempat orang tak kan nak buat kecoh.
"Tok Wan!" Jerit Dian. Tanpa kata terus dia memeluk erat tubuh tua Tok Wan nya. Setelah puas memeluk terus dia mengambil tangan tua milik Tok Wan dan mencium lembut tangan tua itu.
"Dian sihat?" Tanya Tok Wan.
"Sihat, malah terlebih sihat" kata Dian semangat.
"Baguslah kalau macam tu, ni siapa?" Tanya Tok Wan merujuk kepada Arina yang berada dibelakang Dian.
"Ni Rina, kawan baik Dian" balas Dian.
Arina tersenyum nipis sebelum menunduk menyalami tangan Tok Wan.
"Kenapa lambat sangat turun?" Tanya Tok Wan. Orang lain semua dah turun tapi cucunya dan kawan perempuan cucunya itu masih lagi berada dalam kereta.
"Dian kejut Rina ni Tok Wan, dia tidur tak nak bangun, tidur mati lah katakan" sindir Dian.
Arina menjeling Dian sekilas sebelum membalas. "Mana ada lah Tok Wan, Dian ni pandai-pandai je cakap macam tu".
Selesai sahaja menuturkan kata-kata dia mencubit lengan Dian. Dian hanya tergelak kecil.
"Dah lah tu,mari masuk... Dian pergi panggil dia orang yang melepak makan rambutan Tok Wan malam-malam buta macam ni, kena sampuk dengan hati rambutan baru dia orang tahu" gurau Tok Wan.
Puan Kalsum dah masuk berehat dalam bilik terlebih dahulu maklum lah tidak biasa dengan perjalanan jauh itu yang penat semacam. Rasa bersalah pula angkut mummy ikut sekali. Gumam Dian sendiri.
"Rina kau masuk lah dulu, nanti tanya Tok Wan bilik kita yang mana, kita share je lah ye bilik, esok pagi sedara aku yang lain datang sini takut tak cukup bilik pula" tutur Dian.
Arina menganggukkan kepalanya berulang kali tanda faham dan setuju.
Selepas itu terus sahaja Arina berlari ke bonet dan mengambil beg pakaiannya dan beg pakaian Dian. Mujur beg Dian kecil je. Jap, beg Dian kecik atau beg dia yang terlampau besar?"Erk hem" dehem Dian perlahan. Tapi cukup untuk menghentikan perbualan antara mereka.
"Kenapa?" Tanya Raiz.
YOU ARE READING
C | DIAN MAISARA
Romance(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan selamanya ada dengan kau,tapi aku janji aku akan jaga kau selagi aku hidup" - Raiz Ashrif . . . . . ...