𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 43

3.7K 182 51
                                    

Pintu kereta ditutup dengan kuat. Kakinya melangkah dengan laju tanpa menghiraukan suara orang memanggil namanya.

"Awak! Tunggulah" jerit Aisya.

Kakinya cuba mengejar langkah Ashraf tetapi masih lagi tidak mampu kerana kakinya yang pendek menyukarkan untuk dia berjalan.

"Aduh..." Aisya mengadu sakit. Kini dia sudah selamat jatuh. Dia merintis kesakitan. Sedaya upaya dia menahan air matanya supaya tidak keluar. Bibirnya juga digigit kuat untuk mengelakkan keluarnya suara esakan.

Tapi gagal suara esakan nya semakin kuat. Ashraf memberhentikan langkahnya dan memandang ke arah isterinya yang jatuh terjelepok di atas jalan.

Ashraf mendengus perlahan sebelum dia bergerak ke arah Aisya.

"Kau ni jalan pun nak jatuh, menyusahkan betul lah, lain kali tak payah lah ikut aku buat malu je" marah Ashraf. Dalam marah pun tangan Aisya dan melihat ada luka kecil di tapak tangan gadis itu.

"Haish kau ni cuai lah, aku bawak isteri ke bawak anak ni?" Kata Ashraf.

Aisya hanya diam tetapi air matanya masih mengalir.

Ashraf mengeluarkan plaster yang memang kebetulan ada didalam poketnya. Disebabkan Ashraf ni suka budak-budak dia memang akan sediakan plaster dalam poket sebab selalunya dia akan ke taman permainan untuk menghilangkan penat. Jadi kanak-kanak yang bermain di taman itu kadangkala ada yang jatuh dan terluka kecil. Ashraf lah yang selalu bantu mereka. Sehingga Ashraf di gelar sebagai uncle bear. Sebab Ashraf memang akan memberikan teddy bear kecil kepada kanak-kanak yang menangis.

Tapi disebabkan dia mempunyai banyak masalah dah lama dia tidak menjejakkan kaki ke taman permainan kanak-kanak. Rindu pula dia pada kanak-kanak yang selalu bermain di situ.

Ashraf melekatkan plaster pada tapak tangan Aisya yang luka. Setelah itu tangannya naik mengelap air mata Aisya yang tidak berhenti turun membasahi pipi.

Comel! Puji Ashraf dalam hati tanpa dia sedar.

"Dah, jom kau nak balik atau beli baju?" Tanya Ashraf.

"Beli baju" kata Aisya.

"Kenapa nak beli baju? Kenapa tak nak pakai baju aku je?" Tanya Ashraf mengusik.

"Baju awak besar, Aisya tak muat tengok ni, besar" kata Aisya dengan bibirnya dimuncungkan ke depan.

"Ye lah, jom boleh jalan tak?" Tanya Ashraf.

"Boleh" balas Aisya. Dia memegang tangan Ashraf.

Ashraf hanya membiarkan. Karang tinggal jatuh lagi.

Mereka berdua jalan beriringan menuju ke dalam Deisy Mall.

Ashraf berasa geram melihat pandangan mata lelaki yang tidak habis mengintai wajah Aisya. Ada yang berani membuat bunyi kucing gatal.

Ashraf menanggalkan topi yang dipakainya dan diletakkan topi itu ke atas kepala Aisya.

Mata bulat milik Aisya memandang Ashraf dengan pandangan pelik.

"Pakai tu, aku tak suka orang tengok kau" kata Ashraf.

Aisya diam tidak membalas dia hanya mengikut sahaja langkah Ashraf.

Ashraf menarik tangan Aisya masuk ke dalam kedai pakaian.

"Pilihlah kau nak yang mana, cepat sikit" arah Ashraf.

Aisya menganggukkan kepalanya. Dia memilih pelbagai jenis baju. Begitu banyak baju yang dia dah pilih.

Ashraf membulatkan matanya melihat baju-baju yang diambil oleh Aisya. Bukan sebab kuantiti yang banyak tetapi jenis baju yang Aisya pilih.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now