Dian keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon Korea dengan senyuman dibibir. Lengan Raiz dirangkul kemas olehnya.
Thank you Encik Suami!
Korea merupakan salah satu negara yang dia impikan selama ni, selalunya dia tengok dalam Korea Drama je. Tapi kali ini dia dapat menjejakkan kaki ke bumi Korea.
"Abang kita nak pergi mana dulu ni?" Tanya Dian.
"Kita check in hotel dulu ya, esok pagi baru kita pergi jalan-jalan okay tak?" Tanya Raiz.
Dian hanya menganggukkan kepalanya. Boleh je mana-mana pun. Lagi pun dia memang dah penat, sakit habis belakang badan dia walaupun dia naik kapal terbang peribadi milik Raiz dia masih lagi rasa tidak selesa.
"Okay, mana-mana pun okay" kata Dian sambil tersenyum manis.
Raiz menggelengkan kepalanya. Dapat pergi jalan-jalan senyum tu kalau boleh sampai ke telinga!
Sepasang suami isteri itu berjalan ke arah kereta yang telah disediakan khas untuk mereka. Pakej percutian mereka ini sebenarnya di sponsor oleh Puan Kalsum. Katanya dia tak sabar nak menimang cucu.
Pada mulanya Raiz menolak kerana dia mempunyai banyak hal yang perlu diselesaikan tetapi Danny dan Carl kata yang mereka boleh mengambil alih. Jadi Raiz hanya mengikutkan sahaja, lagi pula kesian Dian mesti isterinya itu mahu bercuti.
🦋
"Abang tak sibuk ke? Bukan ke selalunya abang ada banyak kerja?" Tanya Dian. Manalah tahu disebabkan dia, Raiz tinggalkan kerja.
"Tak lah, abang tak sibuk pun, lagi pun kita baru je kahwin tak sampai seminggu, jadi abang nak luangkan masa lebih sikit dengan Dian sebelum kita masing-masing sibuk dengan kerja" kata Raiz sambil memegang tangan Dian.
"Oo okay! Esok kita nak pergi mana je?" Tanya Dian.
"Adalah rahsia, kita tidur dulu okay, dah lewat ni, nanti esok pagi lepas subuh kita terus pergi" kata Raiz lembut.
Dian mengangguk perlahan. Dia membaringkan badannya di atas katil begitu juga dengan Raiz. Mereka menghadap antara satu sama lain.
Raiz menarik Dian ke dalam pelukannya. Dian menyelesakan dirinya di atas lengan Raiz.
Malam itu mereka berdua hanyut dalam mimpi yang indah.
🦋
"Abang seriously? Cantiknya" kata Dian teruja.
"Jom masuk, honey nak pakai yang mana satu pilih je, abang bayar" kata Raiz.
Tanpa kata Dian terus memilih HanBok berwarna hijau cair begitu juga Raiz. Mereka sama-sama yang sepadan.
YOU ARE READING
C | DIAN MAISARA
Romance(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan selamanya ada dengan kau,tapi aku janji aku akan jaga kau selagi aku hidup" - Raiz Ashrif . . . . . ...