"Esok kita kena pergi ke Perlis. Nanti, bolehlah singgah ke Padang Besar. Pergi tanya dorang, nak kirim apa-apa tak?" Arah Sayf.
"Perlis, bos?" Tanya Auni.
Sayf angguk.
"Kalau ganti dengan Kak Kat boleh tak bos?" Tanya Auni lagi.
"Kenapa?" Tanya Katrina yang kebetulan masuk ke bilik Sayf untuk menghantar dokumen.
"Kak. Teman bos pergi Perlis, boleh?" Tanya Auni.
"Ish. Kau ni. Mengamuk abang kau tu. Kau tak tau ke? Sebab akak tak payah ikut bos ke sana ke mari lah abang kau bagi akak kerja ni." Kata Katrina.
Sememangnya kerja Katrina hanya berlatarkan dalam pejabat. Dan dia dibenarkan untuk pulang tanpa menunggu Sayf. Seandainya Sayf kena berjumpa pelanggan dipejabat tapi diluar waktu pejabat, Auni yang akan ambil alih tugasnya. Dan Auni akan serahkan minit mesyuarat kepadanya.
"Macam tu. Bos pergi seorang lah." Kata Auni.
Sayf memandang Auni tajam.
Katrina keluar. Tak mahu masuk campur. Sayf dan Auni pun, tak suka perbualan mereka didengarinya. Selalu saja mereka berdua berbincang secara senyap.
"Saya tak boleh lah bos pergi Perlis." Kata Auni.
"Kenapa? Ada sumpahan?" Usik Sayf.
Auni angguk.
"Kalau awak masuk, jadi apa?" Tanya Sayf.
"Langgan sumpah." Jawab Auni.
"Ya lah. Jadi apa?" Tanya Sayf lagi.
Auni angkat bahu.
"Tak ada nak jadi apa-apa, kan? Tempah tiket flight petang esok. Book sekali hotel kat Kangar." Arah Sayf. Tegas.
"Ingat kapal terbang tu bos punya? Suka hati bos bila-bila nak fly?" Balas Auni. Nada mengejek dan meleret.
"Saya tak kira la pukul berapa pun. Saya tahu, lusa pagi pukul 8, kita dah terpacak dekat border Bukit Kayu Hitam." Kata Sayf. Tegas.
"Nak pergi BKH tapi duk Kangar. Pukul 8 dh kat sana. Stay la kat Changlun ke. Sintok ke. Dekat la juga. Ini sampai ke Kangar nak duduk." Bebel Auni lebih pada mengutuk.
"Make sure book return ticket for both of us. Dedua ambil petang kalau ada. Kita duduk sana 3 malam. Rental car juga. Axia..."
"What? Sampai 3 malam? Bos nak buat apa lama-lama kat sana?" Potong Auni yang kembali cuak.
Dia sudah merancang untuk mengambil tiket pada waktu malam atau awal pagi. Dan akan balik pada waktu petang. Tidaklah mereka akan berlama-lama di sana. Tapi bila Sayf mahu duduk disana sehingga 4hari 3 malam. Dia jadi risau. Terlalu lama.
"In case. So, kita still have time nak settle everything." Balas Sayf. Dia memandang wajah Auni yang berubah.
"Kita bawa kereta je lah, bos. Habis je kerja, kita terus shoot balik." Cadang Auni.
"Buang masa dan penat." Balas Sayf.
"Dah tu? Kalau stay sana tapi urusan dh settle. Tak ke buang masa juga? Buang duit lagi." Balas Auni.
"At least, saya boleh buat kerja masa dekat sana." Balas Sayf.
"Kita bertolak malam. Kalau bos tak nak drive, saya drive. Guarantee, before 8 kita dh kat BKH." Cadang Auni.
Sayf geleng.
"Please bos."
Sayf geleng lagi.
"Apa masalah awak ni? Kenapa yang tak nak sangat duduk sana lama-lama? Apa sumpahan awk ni?" Tanya Sayf.
"Kalau macam tu. Kita duduk Sintok la bos. Dekat sikit dengan BKH. Kangar tu. Jauh nak pergi ke sana. Buatnya pagi tu terbangun lambat. Dah tak sempat nak sampai before 8." Pujuk Auni.
Sayf geleng.
"Boleh lah bos." Pujuk Auni.
Sayf geleng.
"Kenapa tak boleh?" Tanya Auni.
"Saya ada urusan lagi dekat Kangar. Awak ingat saya nak pergi sana semata-mata untuk satu urusan saja ke?" Tanya Sayf menjawab soalan Auni.
Auni diam.
"Tercegat apa lagi? Pergi lah buat apa yg sy suruh tu." Sergah Sayf bila dilihat Auni masih cuba untuk mencari jalan untuk melawan kata-katanya.
"Ya lah. Nak pergilah ni." Auni mengalah. Dia menghadap komputer riba diatas mejanya.
"Macam tu, tak payah nak ambil order. Kang siapa nak bawa? Dengan beg baju lagi. Mesti besar punya. 4 hari tu. Pastu, balik, nak bawa order dorang lagi. Banyak sangat beg. Nanti kena charge luggage lagi. Nak kena check in luggage lagi. Leceh la." Rungut Auni.
Sayf memandang Auni sambil menggelengkan kepalanya. Jika dia bersuara, makin panjang bebelan Auni. Itu cara Auni nak protest. Yang dia pasti, Auni akan buat juga setiap arahannya. Jadi, biarkan saja.
YOU ARE READING
PA Bos
RomanceThe real "Jaga jodoh orang". Cinta tak kenal siapa. Hadir tanpa dipaksa. -. Aris Ariwatan. Tahlah. Korang baca je lah. Aku pun tak tahu aku merepek apa dalam cerita ni. This is the real belasah. First time buat story yang langsung tak ada base st...