"Macam mana ni, uncle?" Tanya Rauf.
Dia memandang Sayf yang sedang meneliti dokumen yang berada diatas mejanya. Kertas cadangan yang baru diterima Ain pagi tadi. Dia bersetuju. Kini meminta pandangan Sayf berkenaan perkara itu.
"Eh kau ni. Kau yang gelabah kenapa?" Tanya Ain pula.
Rauf memandang Ain dengan pandangan tajam. Rasa geram dengan ketenangan Ain ketika itu. Dia yang rasa mahu tercabut segala urat jantung setelah menerima panggilan untuk menetapkan tarikh kedatangan rombongan meminang Ain sebentar tadi.
Ain? Siap boleh senyum.
"Jangan gelabahlah. Kalau dh tertulis dia jodoh aku, itu lah dia. Kalau bukan, bukanlah." Kata Ain.
"Ini soal hidup dan mati tau." Kata Rauf. Cuba menyedarkan Ain tentang hakikat yang sedang dihadapi mereka tika ini.
"Lagilah senang. Tak hidup. Mati. Kan, uncle?" Balas Ain. Masih dalam nada mengusik.
Sayf langsung tak ambil endah. Kertas kerja dihadapannya itu lebih menarik perhatian. Idea baru dan bernas. Kertas kerja yang lengkap. Sudah dibuat kajian dan penelitian. Padanya, ini adalah satu kertas cadangan yang sempurna.
"Who did this?" Tanya Sayf.
"Asy from business development department." Jawab Rauf.
"Why uncle? Perfect, kan?" Tanya Ain.
Sayf angguk.
"Fired him." Kata Sayf.
Ternganga mulut Ain dan Rauf. Mereka telah menyemak dan menilai idea tersebut. Dirasakan ianya adalah cadangan yang baik untuk bekerjasama dengan pembekal tempatan disamping menambah cabang perniagaan yang sedia ada.
Tiba-tiba Sayf menyuruh mereka memecat seorang yang memberi idea yang hampir sempurna ini. Pastinya mereka terkejut.
"Kalau tak percaya. Do background check on him. Secretly. Believe me. He is industrial spy. Paling tak pun, dia mesti ada kepentingan dalam collaboration yang dia suggest ni." Kata Sayf.
Ain dan Rauf angguk.
"Ain dah buat istikharah macam yang uncle suruh?" Tanya Sayf.
Ain angguk.
"You get the answer?" Tanya Sayf.
Ain angguk dan senyum.
"Ok. Everything is settle. Right?" Tanya Sayf.
Ain angguk.
Rauf geleng.
"Apa lagi Rauf?" Tanya Sayf.
"Hal Ain ni." Jawab Rauf.
"Kan Ain kata dia dah ada jawapan." Balas Sayf.
"Apa jawapan dia?" Tanya Rauf.
"Tanyalah dia." Jawab Sayf.
Rauf memandang Ain. Menanti jawapan dari Ain. Tetapi Ain hanya senyum. Buat tak faham.
"Korang bincang ya. Uncle nak balik. Anak-anak uncle tu nanti menangis kalau uncle tak ada." Kata Sayf.
Dia bangun dan terus keluar dari biliknya. Tapi belum jauh dia dah berhenti.
"Keluar dari bilik uncle. Kunci pintu. Kalau nak gaduh, balik rumah." Kata Sayf.
Ain angguk.
Dia tahu kenapa Sayf berpesan begitu. Hanis telah menceritakan hal yang dilihatnya beberapa hari lepas kepada Sayf. Mujur Sayf tak mengamuk. Tapi, nampak perubahan muka Sayf marah. Siap Sayf pesan,
'Ingat papa, mama. Dorang bukan tak ajar Ain adab dan batas dalam hubungan. Walau sedih macam mana pun, jagalah diri. Minta Allah lindung kita dari bisikan syaitan yang melalaikan.'
Sejak itu, dia tak pernah panggil Rauf atau sesiapa pun masuk ke biliknya. Dia turut mengunci biliknya sebaik saja dia masuk ke dalam bilik. Jika ada apa-apa, pekerjanya akan ketuk pintu dan dia akan berurusan dengan mereka dimeja Rauf. Seandainya perlu perbincangan, dia akan panggil Rauf bersama. Tidak akan duduk berdua didalam bilik.
"Uncle tu sejak jaga adik-adik kau, dah macam bapa orang dah aku tengok." Kata Rauf.
Ain ketawa.
Mereka melangkah keluar dari bilik Sayf. Rauf mengunci bilik Sayf. Manakala Ain sudah berjalan menuju ke pantri. Rauf mengejar langkah Ain. Bersaing dengan Ain.
"Kalau tak sebab kami ni tak ada apa-apa hubungan, aku rasa, uncle dah pindah masuk rumah dah." Balas Ain. Sambil duduk dikerusi pantri bersama segelas air sejuk yang diambilnya dari mesin air tapisan.
"Aku dengar, kau pernah suka uncle. Betul ke?" Tanya Rauf setelah pasti tiada sesiapa di pantri tika itu. Dia duduk dihadapan Ain.
Sebenarnya, sudah lama dia tahu tapi dia rasa ianya gosip. Tapi entah kenapa hari ini dia mahu bertanya.
"Semua orang yang lama kerja kat sini, tahu. Uncle is my first love. And it is love at first sight." Jawab Ain.
"Sekarang?"
"Kenapa dengan sekarang?"
"Kau masih sukakan uncle?"
"Forever. Insya Allah."
"So, kau nak kahwin dengan uncle?"
Ain senyum.
"Serious la weh. Kau nak kahwin dengan uncle ke?" Desak Rauf bila Ain hanya senyum.
Makin lebar senyuman Ain.
"Tau lah uncle tu masih bujang. Tapi, uncle dah tua lah weh dengan kau. Walaupun uncle tu tak nampak tua sangat, tapi he already 50s. Jauh sangat beza umur dengan kau. Dah tahap bapa je weh." Nasihat Rauf. Dia merenung dalan mata Ain.
Kring!
Telefon Ain berbunyi. Dia senyum melihat si pemanggil.
"Maksu Juan. Assalamualaikum." Ain terus memberi salam sebaik saja menjawab panggilan itu.
Dia berjalan masuk ke dalam biliknya. Meninggalkan Rauf dengan isyarat tangan 'tolong basuhkan cawan'.
Rauf mengeluh.
Bukan kerana cawan tapi Ain. Dia risaukan masa depan Ain. Kalau berkahwin dengan Sayf, bolehkah dia bahagia? Sayf tiada gaya mencintai Ain. Lebih pada kasih sayang seorang bapa. Bahagiakah Ain nanti?
Bagaimana dengan calon yang dicari oleh Encik Sulaiman? Kalau itu bukan pilihan Ain, kenapa Ain terima untuk pinangan itu hadir. Bukannya mereka datang tanpa temujanji.
Tapi, dari cara mereka, tidak seperti keluarga biasa-biasa. Siap mengesahkan sama ada kehadiran mereka diterima atau tidak. Pening dia jadinya.
"Kenapa aku nak kena risau fikirkan siapa suami Ain?" Tanya Rauf pada diri sendiri.
Lama dia termenung mencari jawapan. Akhirnya dia putuskan,
"Kalau Ain tak bahagia, prestasi kerja dia akan terganggu. Nanti, syarikat bermasalah. Aku nak kerja kat mana?"
YOU ARE READING
PA Bos
RomanceThe real "Jaga jodoh orang". Cinta tak kenal siapa. Hadir tanpa dipaksa. -. Aris Ariwatan. Tahlah. Korang baca je lah. Aku pun tak tahu aku merepek apa dalam cerita ni. This is the real belasah. First time buat story yang langsung tak ada base st...