PA 71

1.4K 77 4
                                    

Juan memandang seorang-seorang ahli keluarganya yang hadir untuk menyambut kedatangan rombongan meminang Ain. Tak sangka. Walaupun, Auni dan Aqif tiada, masih lagi mereka diingati oleh Ain. Masih dijemput dan diraikan.

Sekaligus menjadikan majlis ini sebagai waktu untuk berkumpul keluarga. Sudah macam percutian keluarga pula rasanya. Bezanya, inilah pertama kali untuk kebanyakan dari mereka menjejakkan kaki ke rumah ini. Sekaligus, negeri Perlis.

"Menung?" Tanya Sayf kemudian duduk disebelah Juan.

Juan senyum melihat Sayf yang menggendong dua orang bayi kecil.

"Macam dah ada pengalaman." Komen Juan.

"I yang besarkan adik-adik I bila my mom pergi kerja. So, dah biasa." Balas Sayf membalas senyuman Juan.

"How's life?" Tanya Sayf.

Juan angkat bahu. Mulalah air matanya mahu mengalir. Sebak dan sedih. Anak-anak tiada dengannya.

"You pindah sini je lah. Jaga budak berdua ni. Ganti anak-anak you." Cadang Sayf. Bagi menutup rasa sedih dihati Juan.

"Kerja I? Siapa nak bagi I duit?" Balas Juan.

"I pay you then."

"Kaya ya sekarang?"

"Alhamdulillah. Cukup."

Sayf senyum bila melihat senyuman dibibir Juan. Lega rasa hatinya. Jika Juan terus menangis seperti sewaktu diceraikan oleh Shahril dulu, dia tak tahu bagaimana mahu memujuk. Mujurlah waktu itu, Auni masih ada.

Auni bergegas ke Kuala Lumpur. Sudahlah dalam keadaan sarat. Tak boleh menaiki kapal terbang. Terpaksa Rasul memandu jauh. Bergilir dengannya dan Ain. Rauf juga turut ikut serta tika itu. Semata-mata demi menenangkan Juan.

"I still terkejut. Tiba-tiba dia balik dan ceraikan I. Ambil anak-anak. Tinggalkan I macam tu saja. I nak fight ambil anak-anak I. Tapi abah I tak bagi. Abah kata, anak-anak tanggungjawab dia. Biarkan sajalah. Bila I fikir balik, betul juga. Bergaduh pun, tak selesaikan masalah. Biarlah dia jaga anak-anak. Kalau I rindu, I pergi je rumah mak mertua I walaupun kena halau selalu." Kata Juan.

Sayf hanya mendengar. Tak mahu memberi apa-apa komen. Dia rasa lebih baik begitu.

"I tak tahu apa salah I. Dia kerja macam tu. Balik rumah tak tentu bila. Bila dia ada, I layan dia sebaik mungkin. Sebab tak tahu bila lagi boleh jumpa. Biasalah kalau gaduh-gaduh tu. Tapi, I pujuk hati sendiri. Fikir, dia tah bila akan dipanggil semula ke laut. Kalau dia ke laut, kadang-kadang berhari-hari tak boleh nak contact. I okey saja. Faham kerja dia macam tu. Tapi bila tiba-tiba dia balik dan ceraikan I. Otak I tak boleh nak terima. Tak ada penjelasan. I diceraikan. Hati mana tak terluka?" Luah Juan lagi.

"Biarlah dulu. Nanti suatu hari, dia akan cari you. Akan terangkan pada you. I percaya tu." Pujuk Sayf.

"Tak pe. I pun dah anggap jodoh kami setakat disitu. I relakan. I dah tak nak menangis macam ni. It takes time. Tapi I akan cuba. Mungkin betul apa you kata. I kena pindah sini. Jaga anak-anak arwah. Takkan nak biarkan Ain jaga adik-adik dia sendiri." Kata Juan.

"Siapa kata Ain jaga budak berdua ni? I yang jaga. Siang, I bawa ke sini. Malam, I bawa balik rumah I." Kata Sayf.

Juan ketawa. Tak percaya.

"Tanyalah Ain. Dia pun masih sedih. Tengok adik-adik dia, dia ingat kat papa dan mama dia. Macam mana nak jaga adik-adik dia." Kata Sayf lagi.

"Habis tu? You tak pergi kerja?" Tanya Juan.

"I bukan pekerja. I advisor je. Kalau perlu, I masuk. Bagi Siti dengan Ina jaga. Kalau tak, I lah yang jaga. Kadang, I tidur sini sebab Ain tu ada masa dia macam..." Sayf tak tahu mahu terangkan bagaimana.

"Tak pe lah you. I rasa, baik I pindah sini. Sementara before Ain kahwin. Nanti I bincang dengan Ain. Dia tu manja. Bila papa dengan mama dia dah tak ada, biasalah. Memberontak. Dia pun dah anggap you macam bapa dia dah." Kata Juan.

"Please. I ada limit dengan dia. Walaupun I anggap dia anak. Tapi, dia bukan anak I." Pinta Sayf.

Juan angguk.

Dia akan fikirkan apa yang dicadangkan oleh Sayf. Buat masa ni, dia juga merasakan cadangan Sayf adalah yang terbaik. Bina hidup baru. Lagipun, dia sendiri sudah mencecah umur 50 tahun beberapa bulan lagi. Sudah boleh keluar duit KWSP.

Buat masa ni, dalam tempoh dia pun mahu memulihkan semangatnya yang hilang. Diceraikan oleh suami. Dipisahkan dari anak-anak. Dan kehilangan sepupu yang paling dia rapat dan sayang. Dia rasa, dia perlu berhenti kerja. Agar kerjanya tak terganggu sekaligus, tidak menyusahkan orang lain kerana prestasi kerjanya yang terjejas.

"You tahu ke siapa yang datang pinang Ain?" Tanya Juan.

Sayf angguk.

"Ain pun?"

Sekali lagi Sayf angguk.

"You tahu keputusan Ain?"

Sayf masih lagi angguk.

"Siapa?"

Sayf senyum.

"Bagitahu la. Ain akan terima?" Tanya Juan. Mendesak.

Sayf angguk.

Membulat mata Juan.

Menurut kata Ain, moyangnya yang memilih bakal suaminya. Dia tak kenal. Dia sangka, Ain akan menolak. Tetapi, Sayf kata Ain akan menerima. Jadi, dia terkejut.

"Ain kata, manalah tahu jadi macam mama dan papa dia. Jodoh random. Tapi cinta sampai mati." Kata Sayf.

Makin terkejut Juan dengan kata Sayf itu. Susah nak percaya.

Ada lagi ke orang nak kahwin tanpa cinta?

PA BosWhere stories live. Discover now