PB 18

982 71 3
                                    

"Ish. Saya nak balik lah hari ni. Tak tahan betullah duduk rumah bos. Tak sampai seminggu, dah 3 kali Jabatan Agama datang ambush. Macam tak buat kerja. Takkanlah tak ada record. Rumah dah banyak kali datang tapi laporan palsu." Rungut Auni sewaktu sedang makan tengahari dengan Sayf.

Sayf yang sedang menyuap nasi ayam ke mulutnya hanya memandang Auni. Dia mengunyah makanannya perlahan dan banyak kali sebelum ditelan. Auni pula sedang mencubit ayam dan dicuitnya sambal belacan dan digaul dengan nasi yang dibanjiri dengan kari.

"Ya lah. Orang kat situ tahu. Tu rumah saya. Seorang lelaki. Tiba-tiba ada perempuan masuk dalam rumah tu. Sebab tu dorang buat report. Tak nak bersubahat." Balas Sayf sebaik saja dia menelan makanan didalam mulutnya.

"Takkanlah kita bodoh. Nak duduk berdua. Macam lah kita tak tahu halal dan haram." Balas Auni.

"Auni, ramai yang tahu halal dan haram. Tapi berapa ramai yang menjaga soal itu? Ramai yang tahu, aurat tu wajib. Solat tu wajib. Tapi berapa ramai yang lalai dan tinggalkan." Hujah Sayf.

"Ya lah. Tapi kan dah berapa kali orang buat aduan dan bila datang, tak ada perkara sumbang yang berlaku. Takkan tak boleh fikir? Tak faham lagi yang kita ni tahu batasan kita sebagai seorang muslim? Kita tak duduk serumah. Bos tak ada bila saya ada. Saya tak ada bila bos ada. Takkanlah tu pun tak boleh nak fikir." Balas Auni.

"Setiap orang ada cara berfikir yang berbeza. Mungkin dia fikir, hari ni terlepas, esok masih ada. Tak payah nak marah-marah. Kita jaga diri kita, faham tugas mereka. Dan paling penting, kena yakin setiap apa yang terjadi itu pasti ada sebabnya. Mungkin ini petanda awak kena pinang saya cepat-cepat." Balas Sayf pula.

"Habis tu? Kita je kena faham tugas dorang? Dorang tak payah faham dengan privacy kita? Kita je yang kena faham pelapor itu melakukan fardu kifayah. Buat aduan berlaku maksiat tanpa usul periksa? Dah tu? Dorang tak payah faham ke yang kita ni nak rehat. Nak bermalas-malas dirumah." Kata Auni.

Auni abaikan ayat terakhir Sayf. Dia masih tak puas hati dengan perkara yang terjadi sewaktu dia berada dirumah Sayf. Ini bukan pertama kali pun hal ini terjadi. Hampir setiap kali dia bermalam dirumah Sayf, perkara ini terjadi. Dia hanya menumpang di rumah Sayf. Sama ada untuk mengelak dari Juan atau kerana kepanasan cuaca yang melampau sehingga dia rasa pening dan lemah. 

Sudah puas Juan memaksa untuk mereka memasang penghawa dingin dirumah tetapi dia yang tak setuju. Bil elektrik akan naik. Itu belum lagi mahu menyelenggara. Semua itu memerlukan duit. Dia tak mahu membazirkan wang untuk perkara yang tak perlu. Terutama, bukan selalu pun cuaca tersangat panas sehingga tak mampu untuk tahan. Tambahan pula, siang bekerja. Juan pula, setiap hujung minggu akan keluar atau balik ke rumah keluarganya. Jadi, dia tak nampak keperluan untuk mereka memasang penghawa dingin dirumah.

"Tu lah saya kata, kita kahwin. Settle masalah ni." Kata Sayf.

Auni mencebik.

"Dah muak lah bos dengan lawak gitu. Cuba kreatif sikit." Balas Auni.

"Bila pula saya melawak? Usik pun tak. Saya cakap betul ni." Tegas Sayf.

"Ah. Tak kuasa lah dengan bos. Dah lah cerewet nak mampus. Pening nak layan." Balas Auni.

"Ye ke?"

Auni angguk.

Dia kemudian bangun dan ke singki restoran untuk membasuh tangannya. Manakala Sayf menanti. Bila Auni sudah kembali, dia pula yang membasuh tangannya.

"Pakai sudu dengan garfu pun, nak basuh tangan." Kata Auni. Sengaja mencari titik pergaduhan.

"Ini namanya kebersihan." Balas Sayf

"Itu namanya cerewet." 

Sayf diam. Malas mahu melayan. Dia pun sudah selesai makan. Otaknya secara tiba-tiba teringatkan kerjanya. Terus ligat berputar hal ehwal kerjanya.

"Macam ni kan bos. Baik tak ada suami. Otak bos tu, asyik kerja-kerja. Stress jadi isteri bos. Nak manja-manja pun payah." Kata Auni yang benggang kerana Sayf tidak membalas kata-katanya.

"Bila awak manja-manja dengan saya?" Tanya Sayf.

"Urh!!! Stress lah dapat bos workaholic ni." Kata Auni dan terus bangun meninggalkan Sayf. Dia terus menuju ke kereta dan terus masuk menghidupkan enjin kereta. 

Panas!!

PA BosWhere stories live. Discover now