Puan Bainun memandang anaknya yang sedang termenung. Sejak Auni tiada, itu lah kerjanya. Walaupun sebenarnya sejak Auni dan Sayf dihampir ditangkap basah, Sayf selalu termenung. Wajahnya dah tak seceria selalu.
Walaupun anaknya itu bukan seorang yang selalu tersenyum, tapi bukan juga seorang yang suka termenung. Dalam hidup anaknya, kerja, kerja dan kerja. Otaknya sentiasa berfikir tentang kerja.
"Sayf ni dah kenapa?" Tanya Puan Bainun.
Sayf geleng. Dia cuba tersenyum. Namun hambar.
"Cuba cerita dekat ibu. Pasal Auni ke?" Tanya Puan Bainun.
Sayf geleng.
"Cuba cakap betul-betul." Pujuk Puan Bainun.
"Auni dah berhenti." Kata Sayf.
"Kenapa?"
Sayf hnaya senyum kelat. Tak mungkin dia akan ceritakan hal ini kepada Puan Bainun. Lagikan dengan Juan pun, Auni tak mahu bercerita. Apatah lagi orang lain. Dia hormati keputusan Auni.
"Tak nak cerita dengan ibu?" Tanya Puan Bainun.
Sayf angguk.
"Sebab tu kamu kemurungan macam ni?" Tanya Puan Bainun.
Dia tak mahu memaksa. Pasti ada sebab kenapa Sayf berahsia dengannya. Lagipun, dia tahu, Sayf pasti tahu apa yang terbaik untuknya.
"Ibu yakin Sayf lebih tahu apa yang perlu Sayf buat. Tapi, Sayf pun kena tahu. Ibu susah hati tengok Sayf termenung saja. Kalau Sayf nak share apa-apa dengan ibu. Ibu sentiasa ada." Kata Puan Bainun.
"Terima kasih, ibu. Tapi maaf. Ini amanah. Sayf tak boleh cerita pada sesiapa pun. Harap ibu faham." Balas Sayf.
Puan Bainun angguk.
"Sayf balik dulu, ibu." Kata Sayf. Dia bersalaman dengan Puan Bainun dan terus keluar ke keretanya. Memandu balik ke rumahnya.
Tetapi hatinya membawanya ke taman tasik Shah Alam. Dimana dia dan Auni selalu bersenam.
Tipu kalau kata dia tak kecewa bila Auni tak balik lagi. Sudah seminggu berlalu. Pastinya kerana suami Auni tak mahu melepaskannya.
Sayf beristighfar.
Bukan niatnya untuk mendoakan keruntuhan masjid Auni dan suaminya. Tapi dia sangat kecewa. Perasaan kepada Auni bukan baru. 7 tahun dia memendam perasaan.
Bila dia dah bersedia, tiba-tiba Auni mengatakan dia sudah berkahwin. Tentu saja dia rasa kecewa. Tapi tidak sampai mahu meruntuhkan rumahtangga Auni andai ianya masih boleh diselamatkan.
Makin buat dia rasa kecewa, saat dia sudah mahu redha dengan segala yang berlaku, Juan mengatakan yang Auni turut mencintainya. Sejak dulu lagi. Kisah cinta Auni dengan Syakir dan lain-lain lelaki itu, hanyalah cara untuk Auni menjauhinya.
Hati yang sudah patah mendengar khabar Auni sudah berkahwin dan masih isteri orang bertambah parah bila insan yang dicintainya itu turut punya rasa yang sama.
Bukan dia mahu menidakkan ketentuan ilahi tapi dia turut berhak untuk rasa sedih. Jadi, biarlah dia dengan keadaannya sekarang ini. Dia tak mahu terlalu melawan perasaan sehingga dia hidup dalam kepura-puraan yang menghancurkan emosinya. Dan dia juga tidaklah terlalu mengikut perasaan sehingga mengganggu kerjanya.
Sedih tapi dalam masa yang sama, dia masih boleh fokus dengan kerjanya. Kecewa tapi dalam masa yang sama dia cuba untuk redha.
Tak mudah tapi dia perlu lakukan. Kebisuan Auni membantu usahanya untuk melawan perasaan. Dia juga tak mahu menghubungi Auni. Dia tahu batasan hubungan mereka. Kerana itu, sejak Auni mengatakan dia masih isteri seseorang, dia terus menjaga batasan itu.
Kalau selama ini dia menjaga batasan dengan Auni kerana Auni adalah perempuan yang dicintainya. Bila dia tahu status Auni, dia menjaga batasan dan hatinya.
Ya. Tak dosa mencintai isteri orang tapi menjadi dosa bila kita melayan perasaan itu dan cuba untuk merampas isteri orang itu. Jadi, berikan dia masa untuk membuang perasaan ini.
Dalam doanya sentiasa minta agar Allah tutupkan hatinya kepada Auni dan bukalah bila sudah berjumpa dengan jodohnya.
YOU ARE READING
PA Bos
RomanceThe real "Jaga jodoh orang". Cinta tak kenal siapa. Hadir tanpa dipaksa. -. Aris Ariwatan. Tahlah. Korang baca je lah. Aku pun tak tahu aku merepek apa dalam cerita ni. This is the real belasah. First time buat story yang langsung tak ada base st...