PB 49

812 73 11
                                    

"Hey, you senyum apa tu?" Usik Juan sewaktu dia melangkah ke taman dibumbung bangunan ini.

Dia ke bilik Sayf tadi tapi setiausahanya kata, Sayf disini. Jadi dia naik ke atas dan ternampak Sayf tersenyum gembira sambil memandang telefon bimbitnya.

"Tak. This girl is so funny." Kata Sayf. Bibirnya masih mengukir senyum walaupun matanya sudah memandang Juan. So mak buyung.

"Siapa?" Tanya Juan.

Sayf menunjukkan gambar profile si gadis kepada Juan. Juan perhati lama sebelum dia duduk semula. Mengekal jarak selamat dengan seorang lelaki ajnabi.

"Ain? Anak Auni?" Tanya Juan.

Sayf angguk.

"You tau?" Tanya Juan.

Sayf angguk.

Dia tahu tentang perjumpaan keluarga Auni dari Ain. Ain menceritakan ketidakpuasan hatinya dengan sikap paklong yang menengking ibunya. Dari situ dia tahu, bila Auni dah memperkenalkan suami dan anaknya pada keluarganya, bermakna memang langsung tiada harapan untuknya dan Auni.

Dia pasrah dan redha.

"Mana you tau? Ain bagitau?" Tanya Juan.

"I ada business deal dengan husband Auni. Then, masa tu I jumpa Auni, Ain dan Aqif. They are such a nice people especially Aqif. He cares about Auni so much and very understanding." Jawab Sayf.

"You tak terkejut masa tu?" Tanya Juan.

Syaf geleng.

Berkerut dahi Juan.

"I yang suruh Auni balik ke sana. I yang hantar Auni sampai Kedah, so, I balik KL, dia ke Perlis." Jawab Sayf.

"Maknanya you dah tau Auni isteri orang before I?" Tanya Juan. Naik seoktaf suaranya dek kerana terkejut.

Suasana kembali sunyi antara mereka. Juan masih tak boleh hadam kenapa Auni lebih bercerita kepada Sayf. Bukan dirinya. Sedangkan dia lebih rapat dengan Auni.

"Kenapa dia tak cerita dengan I?" Tanya Juan.

Sayf angkat bahu.

"Might be the same reason she always avoided you." Jawab Sayf.

"Tapi..."

Belum sempat dia habis bercakap, telefoh Sayf sudah berbunyi. Dengan segera, Sayf menjawab panggilan sambil tersenyum. Tangannya didepakan sedepa dari mukanya.

"Uncle Sayf!!! Handsome nya senyum macam tu." Suara Ain jelas kedengaran.

"Ain?" Tanya Juan lalu terus merampas telefon Sayf.

"Hai Mak Su Juan!!!" Sapa Ain bila melihat wajah Juan.

"Ain buat apa ni?" Tanya Juan.

"Ain dekat office. Saja rest sekejap sementara bos Ain pergi meeting." Jawab Ain.

"I mean, kenapa..." Pertanyaannya mati. Dia tak rasa dia patut tanya soalan itu kepada Ain.

"Kenapa? Apa, maksu?" Tanya Ain. Mendesak.

Juan hanya geleng.

"Ni. Mama mana?"

"Mama dekat mahkamah dengan papa."

"Buat apa?"

"Datuk nak bubarkan perkahwinan mama dengan papa."

Ternganga mulut Juan. Sayf yang mendengar hanya mendengar. Dia sudah tahu tentang itu. Ain sudah bercerita dengannya.

PA BosWhere stories live. Discover now