Epilog

2K 90 44
                                    

"Kau tu mengandung. Buatlah cara mengandung. Ini ke hulu. Ke hilir. Tak reti duduk diam. Nak ke mana lagi ni?" Bebel Rauf.

Namun, dia masih membontoti langkah Ain yang tak tahu mana hala tujunya. Tadi dari bilik ke pantri. Kemudian, ke biliknya kembali. Tak sempat duduk, dia dah berjalan lagi.

"Eh. Aku yang mengandung. Kau yang hangat hati kenapa? Aku nak baliklah." Balas Ain.

"Aku ni risau." Kata Rauf.

"Risau apanya? Kau yang susun jadual aku. Kau yang buat aku busy. Sekarang, kau nak kata risau pula." Balas Ain. Mencebik.

"Salah aku juga? Kau yang nak juga ada staff meeting and management meeting. Every week without fail. Sekarang salah aku?" Tanya Rauf.

"Tapi takkanlah hari Sabtu? Hari ni pula tu. Dah la hari ni ada birthday party twins. Time ni jugalah kau nak buat meeting. Hari laib tak ada ke?" Balas Ain. Geram.

"Ok. Aku tanya kau. Isnin sampai Jumaat, pack tak schedule kau?" Tanya Rauf. Memintas langkah Ain. Berdiri didepan Ain.

Ain turut sama berhenti melangkah. Dia geleng sebagai jawapan.

Rauf angguk.

"Sekarang ni, aku salah?" Tanya Rauf.

Ain angguk.

"Yang kau asyik cancel meeting waktu petang tu, salah aku ke?" Tanya Rauf.

Ain angguk.

Rauf tarik nafas panjang. Dihembus keluar dengan perlahan. Cuba bertenang.

"Yang kau tu pergi terima project dengan tunang tak jadi kau tu. Sampai kau penat. Lepas tu, banyak meeting kau cancel sebab kau penat. Salah aku?" Tanya Rauf lagi.

Ain angguk.

"Suka hatilah." Rauf terus berlalu. Meninggalkan Ain.

"Merajuklah tu." Ejek Ain.

Dia turut sama berjalan. Dia ingin balik. Dia tak nak lewat menghadiri sambutan hari lahir pertama adik-adik kembarnya, Aini Solehah dan Aqif Aktar.

Sampai saja dikereta, Rauf sudah menunggu dengan muka tak puas hati.

"Kalau tak ikhlas, tak pe. Aku boleh panggil Rasul ambil aku." Kata Ain sebaik masuk ke dalam kereta.

Rauf diam dan terus memandu tanpa memandang Ain. Sepatah perkataan pun, tak keluar dari mulutnya hingga sampai ke rumah.

Sampai saja diperkarangan rumah banglo itu, khemah yang sudah dipasang dan dihias sejak semalam sudah dipenuhi dengan tetamu. Juan bertindak sebagai penyambut tetamu sedia berada dihadapan khemah.

"Kenapa tu?" Tanya Juan apabila Rauf hanya memberinya sebuah senyuman segaris tanpa berbual mesra dengannya seperti selalu.

"Merajuk." Jawab Ain.

"Kamu ni lah. Ada saja nak usik si Rauf tu. Kesian dekat dia." Kata Juan.

"Lelaki kesayangan Ain mana, maksu?" Tanya Ain.

"Sayf kat dalam rumah. Aini nak berak tadi. Akhtar pun ikut sama. Kejap lagi keluarlah tu. You just seat here. Tak payah nak banyak sangat gerak." Jawab Juan.

"Banyak gerak kan elok untuk membantu proses bersalin nanti." Kata Ain.

"Ain, awak tu baru lagi. First baby pula tu. Rahim tu belum betul kuat lagi." Nasihat Juan.

"Itulah yang saya risau. Tapi dia bukan nak dengar. Baru 3 bulan, tapi dah penat buat kerja macam dah masuk 8 bulan." Adu Rauf yang muncul entah dari mana.

PA BosWhere stories live. Discover now