PB 42

1K 81 30
                                    

"Nak ikut tak?" Tanya Aqif setelah dia menamatkan talian telefon dengan setiausahanya.

Dia duduk disofa biliknya. Memandang Auni yang sedang melipat pakaian mereka diatas katil.

"Pergi mana?" Tanya Auni pula.

"Ada dinner dengan client." Jawab Aqif.

Auni angguk.

Sejak pernikahan mereka selamat didaftarkan 2 bulan yang lalu, Aqif selalu mengajaknya keluar. Kadang-kala menemaninya ke majlis-majlis rasmi syarikat. Mahupun kenduri kenalan-kenalannya. Ada masa, Auni akan ikut. Selalunya, Auni hanya menolak. Dia masih belum selesa diperkenalkan sebagai isteri Aqif. Tambahan soalan tentang keberadaannya selama ini.

"Ikut tak?" Tanya Aqif.

"Ramai ke?" Tanya Auni kembali.

"Tak. Dinner biasa saja. Bukan majlis pun. Client ni baru je dengan kita. Tapi taklah baru sangat. Setahun mungkin. Abang tak kenal dorang pun. Kira ni first time nak jumpa sebab yang deal dengan kita masa mula-mula dulu tu baru dinaikkan pangkat. Jadi COO. Kebetulan dia datang sini. Kira nak raikanlah." Balas Aqif.

Auni angguk.

"Ikutlah kalau tak ramai." Putus Auni.

"Siaplah. Lepas maghrib kita pergi." Kata Aqif.

"Ain ikut ke?" Tanya Auni.

"Pergilah tanya dia." Balas Aqif. Namun, dia segera mendail nombor Ain.

"Ain nak ikut papa dengan mama pergi dinner dengan client tak?" Tanya Aqif.

"Ok." Balas Ain.

Aqif terus mematikan talian. Dan hanya angguk bila Auni memandangnya.

"Tak payahlah saya masak." Kata Auni. Dia mula bergerak ke bilik pakaian untuk menyimpan pakaian yang sudah dilipat.

"Tapi kalau Auni masak, abang makan saja. Abang suka Auni masak." Kata Aqif dan berjalan duduk di katil.

"Dah nak makan kat luar. Buat apa masak lagi." Balas Auni yang kembali ke katil.

"Bangun kejap. Auni kibas katil tu. Takut habuk." Kata Auni menarik tangan Aqif untuk bangun.

Aqif senyum bila Auni sekarang sudah selamba menyentuhnya. Bila Auni membahasakan dirinya 'Auni'. Dia dapat rasakan penerimaan Auni sedikit demi sedikit. Itu saja sudah cukup buat dia rasa bahagia.

"Dulu, abang marah-marah Auni bukan sebab abang tak sayang. Bila saja lafaz akad tu abang terima, secara automatik perasaan sayang tu wujud." Tiba-tiba Aqif bersuara. Dia menarik Auni untuk duduk diatas katil berhadapan dengannya.

"Tapi, Auni terlalu muda. Atok Auni kata, Auni yang nak kita nikah. Bukan dipaksa. So, abang ingat, Auni pun macam atok Auni tu. Mata duitan. Kaki kikis. Abang memang tak nak. Abang memang tak suka dengan datuk Auni tu. Kaki judi. Suka minta duit dengan arwah ayah." Sambung Aqif.

Auni buka mulut untuk membela dirinya. Tapi cepat saja dihalang oleh Aqif.

"Tapi bila ayah sendiri mendesak. Mummy suruh abang terima just untuk anak. Abang kata, abang tak kisah kalau tak ada anak. Tapi mummy pujuk. Mummy kata dia tak nak legacy keluarganya mati disebabkan dia hanya boleh lahirkan abang seorang. Abang terima. Abang nikah dengan Auni dengan syarat, pernikahan kita tidak boleh didaftarkan. Abang memang niat nak hukum Auni. Seksa hidup Auni. Tapi dalam masa yang sama, Auni terikat dengan abang. Tak boleh nak minta keadilan dengan mahkamah. Memang itulah niat abang awal perkahwinan kita." Cerita Aqif.

"Tapi..."

"Lepas arwah ayah meninggal, atok datang jumpa abang. Minta duit. Dia ungkit semua jasa dia membantu ayah. Selamatkan nyawa ayah. Abang buat tak layan. Dia pernah nak ambil Ain. Dia guna alasan, Ain hak Auni sebab perkahwinan kita tak didaftarkan. Ain consider anak luar nikah." Sambung Aqif memotong kata Auni.

PA BosWhere stories live. Discover now