"Auni kena bangun. Auni kena kuat. Untuk Ain. Untuk baby dalam kandungan tu. Ibu dah nak kena balik. Dah seminggu kami duduk sini. Sayf kena kerja. Auni kuatkan?" Kata Puan Bainun.
Dia bangun dan mencium ubun Auni yang masih terbaring diatas katil.
"Saya balik dulu, Auni. Nanti saya datang lagi. Berkenaan apa yang kita bincang hari tu dengan Aqif. Insya Allah, saya tertimbangkan." Kata Sayf pula.
Dia hanya mampu memberi pandangan simpati untuk wanita itu. Tidak mampu dipeluknya mahupun dipujuk. Wanita itu seakan sudah mati jiwa.
"Ain. Jaga mama." Pesan Puan Bainun kepada Ain.
Ain angguk.
"Apa-apa hal, call uncle." Pesan Sayf pula.
Ain angguk.
"Ain harap sangat uncle boleh duduk sini. Uruskan company dengan Ain." Balas Ain.
"Nantilah uncle fikirkan." Janji Sayf.
"Betul ni tak nak Ain hantar?" Tanya Ain.
"Tak apa. Kami dah tempah pun grab. Kejap lagi sampai. Ain jaga diri. Makan jangan lupa. Solat jangan tinggal." Pesan Puan Bainun sekali lagi.
"Baik, nek." Kata Ain dan terus tunduk bersalaman dengan Puan Bainun. Dia memeluk tubuh tua itu. Erat.
Sayf menolak kerusi roda Puan Bainun hingga ke lobi. Dia melihat aplikasi grab untuk mengesan keberadaan kereta yang ditempahnya.
"Jauh lagi ke?" Tanya Puan Bainun.
"Kalau ikutkan, dia dah sampai. Kejap. Sayf telefon." Jawab Sayf.
Dia menelefon pemandu grab dengan menggunakan aplikasi saja. Usai bercakap sepatah dua. Talian dimatikan.
"Dia tunggu kita kat bawah. Takut halang lalu lintas kat sini." Kata Sayf kepada Puan Bainun.
Puan Bainun angguk.
Tak sampai seminit, kereta grab sudah berada dipintu lobi hospital. Sayf memimpin Puan Bainun masuk ke dalam kereta kemudian, dia melipat kerusi roda dan diletakkan ditempat penyimpanan dibelakang. Segera dia duduk disebelah pemandu grab itu.
"Melawat orang sakit ke, bang?" Tanya pemandu grab itu.
Sayf angguk.
"Ni nak balik mana?" Tanya dia lagi.
"Klang." Jawab Sayf sepatah.
"Maaflah bang. Banyak tanya." Kata pemandu grab itu bila dilihat Sayf hanya menjawab sepatah. Bagai tidak sudi bersembang dengannya.
"Maaflah, nak. Anak makcik ni memang macam tu bila dia tengah berfikir. Dengan makcik pun macam tu juga la. Tengok lah tu. Kita ngumpat pasal dia pun, dia buat tak endah saja." Kata Puan Bainun. Menutup malu dengan perangai Sayf.
"Tak apa makcik. Saya ni memang suka bersembang. Kalau tak nanti, mengantuk." Jawab pemandu grab itu.
Akhirnya, Puan Bainun dan pemandu grab yang bernama Rauf itu bersembang berdua. Dari satu topik ke satu topik. Sayf masih diam. Langsung tak menyampuk.
"Alhamdulillah. Dah sampai dah." Kata Rauf.
"Awak nak kerja tetap?" Tiba-tiba Sayf bertanya.
"Saya memang tengah mencari kerja. So, yes. Saya nak." Jawab Rauf.
"Kalau jadi PA, awak okey tak?" Tanya Sayf.
"Any kerja. Saya okey." Jawab Rauf.
"Good. Hantar resume awak ke HH Holding. Esok. Bagi dekat receptionist. Kata dekat dia. Letak dekat meja CEO." Kata Sayf.
Dia keluar dan terus menuju ke belakang. Dia menepuk kereta itu memberi isyarat kepada Rauf untuk buka pintu tempat simpan barang. Dia mengeluarkan kerusi roda dan terus mengambil Puan Bainun.
"Tak ada beg pakaian ke?" Tanya Rauf bila menyedari tiada beg yang dikeluarkan dari keretanya.
"Kami selalu ulang-alik ke sini. Jadi, kami ada rumah kecil disini. Tak payah bawa pakaian. Semua ada disana. Lepas ni, makin kerap lah kami ke sini." Balas Puan Bainun.
Rauf angguk.
"Kami masuk dulu." Sayf meminta diri.
Sayf masuk dan terus menuju ke mesin untuk daftar masuknya dan ibunya. Selesai urusan, mereka menunggu untuk dipanggil masuk.
"Sayf nak ambil Rauf kerja dengan kamu ke?" Tanya Puan Bainun.
Sayf angguk.
"Hanis macam mana?" Tanya Puan Bainun lagi.
"Sayf nak rombak sikit. Hanis tu ada talent. Aqif pun ada cakap. So, Sayf ingat nak letak dia dalam team marketing. Lagipun, siapa lebih kenal client kalau bukan Hanis? Dia yang selalu dengan Aqif. Jadi, Sayf rasa dia patut diberi peluang untuk menonjol." Jawab Sayf.
Puan Bainun angguk.
"Maknanya, kamu dah buat keputusan? Akan jadi CEO?" Tanya Puan Bainun.
Sayf geleng.
"Tapi Sayf akan letak jawatan di Gegak. Kita akan pindah ke sini. Sayf hanya akan jadi penasihat Ain. Unofficial. So, kita mungkin akan kekurangan duit lepas Sayf berhenti. Tapi insyaallah. Duit simpanan Sayf boleh menampung hidup kita untuk 3-4 tahun akan datang." Kata Sayf.
"Tak apa. Ibu tau, kamu nak tolong Ain. Kan? Jalankan amanah yang Aqif bagi. Kan?" Kata Puan Bainun.
Sayf angguk.
Amanah paling besar. Aqif pernah bercakap dalam gurau. Andai dia tiada, dia minta Sayf untuk gantikan tempatnya. Lindungi Auni dan Ain.
Encik Sulaiman adalah salah satu ancaman yang dia nampak. Dan tanpa Ain ketahui, polis ada menghubunginya. Kata polis, kemalangan Aqif dan Auni terdapat unsur-unsur jenayah. Seperti dirancang.
Kerana itu, dia ambil keputusan yang drastik ini. Auni, Ain dan anak dalam kandungan Auni.
"Macam mana tiba-tiba boleh offer Rauf?" Tanya Puan Bainun.
"Sebab..."
Ting ting ting.
"Perhatian kepada penumpang Malindo ke Subang, diminta masuk ke pintu 3." Pengumuman yang dibuat didengar dengan jelas oleh Sayf.
"Dorang dah panggil tu. Jomlah ibu." Kata Sayf.
Puan Bainun angguk.
YOU ARE READING
PA Bos
RomanceThe real "Jaga jodoh orang". Cinta tak kenal siapa. Hadir tanpa dipaksa. -. Aris Ariwatan. Tahlah. Korang baca je lah. Aku pun tak tahu aku merepek apa dalam cerita ni. This is the real belasah. First time buat story yang langsung tak ada base st...