ГЛАВА ПЯТАЯ 🗝

5.7K 434 118
                                    

"Jemput makan, tuan muda."

Hazzel melihat makanan mewah yang diletakkan di atas meja tepi katilnya. Pembantu wanita itu menundukkan badan tanda hormat dan mula keluar.

Sedikitpun tidak terliur meskipun sudah dua hari perutnya kosong.

"Is he eating?"

"Tidak. Macam biasa, dia cuma tengok je."

Suara orang bercakap di luar kedengaran sebelum pintu dibuka. Mr Brooke melangkah masuk ke dalam bilik dan duduk di birai katil.

"Hazzel, my lovely grandchild kenapa tak makan? Nanti macamana nak sembuh kalau tak makan?" Soal Mr Brooke sambil mengusap lembut kepala Hazzel.

"Hazzel tak lapar."

"Tak bolehla macamni, kena makan. Grandpa ada hadiah untuk Hazzel kalau Hazzel makan." Mr Brooke tersenyum dan menarik tangan Hazzel ke tingkap.

Mata Hazzel terus membulat melihat dua figura yang berada di tingkat bawah.

"Grandpa.."

"Aip, kena makan dulu kalau nak jumpa mummy dan daddy Hazzel. Grandpa suapkan ya?" Mr Brooke mengambil makanan dan mula menyuap Hazzel.

Hazzel hanya akur dan makan.

***

"Mummy! Daddy!"

Victoria tergelak apabila Hazzel masuk ke dalam pelukannya. Rambut Hazzel dicium.

"Manjanya." Victoria mencebik namun masih dipeluk anak lelakinya itu.

"Daddy." Hazzel melepaskan pelukan Victoria dan memeluk Skyler pula.

"Macamana kaki? Dah okey?" Skyler melihat buku lali Hazzel yang masih berbalut.

"Dah okey." Hazzel duduk di sofa.

"Terkejut mummy dengar Hazzel kena pukul! Kenapa tak bagitahu kami? Tengoklah muka tu, lebam situ sini." Bebel Victoria mula naik angin.

Hazzel tersengih.

"Sikit je ni mummy." Hazzel berkata. Kemudian Hazzel memandang Skyler.

"Kenapa ni?" Skyler mengusap rambut Hazzel.

"Hazzel nak balik." Kata Hazzel. Skyler tersenyum nipis dan mengangguk.

"You will. Tapi sekarang, Hazzel duduk dengan grandpa dulu sebab dia memang lebih berhak untuk jaga Hazzel. Hazzel jangan risau sebab lepas Hazzel sembuh je, Hazzel boleh balik." Jelas Skyler.

Memang itu perjanjian antara mereka. Sebaik sahaja Hazzel sembuh, Hazzel akan pulang ke Perancis kembali.

"Jadi Hazzel kena sembuh cepat. Tadi grandpa cakap Hazzel dah dua hari tak makan. Jangan buat macamtu. Kena makan." Victoria masih membebel.

"Okay mummy." Hazzel mengalah.

Mr Brooke memerhati tiga manusia yang sedang berborak di bawah itu.

"Huh, tengoklah apa yang jadi pada cucu aku. Lemah, manja. I shouldn't let them raised Hazzel. Kalau aku yang jaga Hazzel dulu pasti dia akan lebih kuat." Mr Brooke menggumam sendirian namun mata masih memerhati Hazzel yang berada di dalam pelukan Skyler.

"I rasa dia tidur lah." Victoria berbisik sambil melihat Hazzel yang terlena di dalam pelukan Skyler.

Skyler menunduk memandang Hazzel yang tertidur apabila berbual tadi sebelum bibirnya tersenyum.

4 |   The Valiant  [C]Where stories live. Discover now