EPILOG

7K 393 151
                                    

"Everything is under the control, setakat ni semua pelatih masih menunjukkan prestasi yang baik." Sebuah dokumen diletakkan diatas meja.

Hazzel hanya angguk.

"By the way, saya nampak your wife dekat pantry."

Terus Hazzel mengangkat kepala. Dahinya berkerut dan memandang rakan kerjanya dengan riak tidak percaya.

"Betul. You may go and check dekat pantry."

Hazzel tanpa kata terus bangun dan berjalan ke pantry. Seriuslah? Kenapa Healy datang ke pejabat?

Hazzel melihat ke pantry dan kakinya kaku melihat si isteri yang sedang bergelak ketawa dengan cleaner.

Berkerut dahinya sambil terdiam memikirkan adakah itu benar benar Healy atau jelmaan isterinya.

"Eh, abang!" Healy melihat Hazzel di ruangan pantry dan mendapatkan si suami.

'Sayang buat apa disini? Siapa jaga Fayyadh?' Hazzel membuat bahasa isyarat. Healy tersengih.

"Fayyadh ada dekat rumah mama. Diorang culik anak kita." Ujar Healy. Hazzel terus diam. Pelik. Tidak pernah pernah Healy datang ke pejabatnya.

"By the way, Healy dengar ada orang baru yang kerja dengan abang. Perempuan, kan? Cantik ke?" Soal Healy sambil membetulkan topi diatas selendangnya dan melangkah keluar dari pantry. Kaki berjalan ke ruangan luar.

Hazzel tersenyum nipis. Oh.

'Sayang..'

'Sayang...'

'Sayang....'

Hazzel memegang bahu Healy dan dihadapkan ke arahnya.

"What? Perempuan tu mesti cantik kan? Lepastu nampak abang berharta terus nak jadi kaki sondol. Bukan Healy tak nampak dia cuba goda abang dalam video tu! Konon annual dinner lah kan? Sibuk nak menyondol laki..." Healy terdiam apabila badannya ditekap ke dinding dan bibirnya dicium lembut.

Terus percakapannya terhenti dan dia senyap.

Hazzel melepaskan ciuman dan tersenyum lembut.

'Do it.'

Healy mengerutkan dahi.

"Hah?"

'Kiss me like that in front of everyone that wanted me. So that they know that you are the only one who can have me. Only you.'

Healy terkedu. Hazzel mencium hidung Healy dan menarik tangan gadis itu ke dalam pejabatnya.

Kemudian tawa Hazzel keluar apabila melihat wajah Healy merah padam akibat malu.

'Jom, sayang duduk dulu ya. Abang nak pergi fotostat kertas ni kejap.' Hazzel mengambil fail diatas meja dan melangkah keluar.

Healy melabuhkan duduk diatas kerusi dan ruangan pejabat Hazzel dipandang. Pejabatnya dikongsi dengan dua pekerja lain. Wajarlah, Hazzel bukan CEO pun.

Satu meja untuk Noah dan satu lagi..

"Hazzel, kertas yang you fotostat..."

Healy memandang gadis yang baru masuk kedalam pejabat itu.

"Who are you? Cari siapa ya?" Soal gadis itu ramah. Healy turut senyum dan bangun.

4 |   The Valiant  [C]Where stories live. Discover now