ГЛАВА ДЕСЯТАЯ 🗝

5.5K 430 44
                                    

"Hey Niko." Healy meletakkan bakul buah tangan di atas meja dan melabuhkan duduk di kerusi.

Nicholas tersenyum.

"Hey." Nicholas membalas sapaan sebelum mata jejaka itu melihat manusia di belakang Healy.

Hazzel memeluk tubuh dan memandang Nicholas tanpa riak.

"How are you?" Soal Healy memecah sunyi sekaligus mengalihkan pandangan Hazzel dan Nicholas.

"Better. Esok lusa dah boleh keluar discharge." Kata Nicholas. Healy angguk.

"Oh, I dengar pentadbir sekolah meninggal lepas lucutkan jawatan Hazzel?" Soal Nicholas tiba tiba.

Dahi Hazzel sedikit berkerut dahi.

Dia dilucutkan jawatan?

"Haah. Sekolah pun tutup sekejap sebab nak buat siasatan. Kitorang balik Itali nanti." Kata Healy sambil menoleh ke arah Hazzel dibelakangnya.

Hazzel turut memandang Healy. Memandai je budak ni. Bila masa pula dia nak balik Itali? Baik dia balik Perancis.

Telefon berdering mengalihkan perhatian. Healy melihat skrin telefonnya sebelum bangun.

"I jawab call kejap." Pamit gadis itu sebelum keluar.

Suasana sepi di dalam wad antara Hazzel dan Nicholas.

"Hands down, ketua tinju." Nicholas bersuara memecahkan sunyi. Hazzel hanya diam sebelum memandang Nicholas.

"What?"

"Dari mana kau tahu yang aku tak bisu?" Soal Hazzel. Nicholas tergelak sebelum mengambil gelas diatas meja dan air didalam gelas itu diteguk perlahan.

"Aku boleh tahu semua yang aku ingin tahu. Sekarang aku faham kenapa Healy tergilakan kau. Ambillah dia. Kau menang battle ni."

Hazzel memeluk tubuh.

"Kau cintakan Healy?"

"Yes." Penuh yakin Nicholas menjawab.

"Jadi kenapa kau mengalah dengan menyerahkan Healy pada aku dengan senang?"

Nicholas memandang baket buah tangan yang dibawa oleh Healy. Bibirnya tersenyum.

"Sebab aku betul betul cintakan dia. Aku taknak seksa dia. Take her dan bahagiakan dia untuk aku."

Hazzel terkedu.

"Hey." Healy kembali masuk ke dalam wad setelah selesai berbual dengan Fiona yang memberitahu dirinya bahawa Fiona berada di kawasan berdekatan hospital itu.

Gadis itu memandang dua jejaka yang diam sejak dia masuk ke dalam wad.

"Kenapa ni?" Soal Healy sambil memandang Hazzel dan Nicholas.

"Healy."

Healy memandang Nicholas.

"Ya?"

"You cintakan Hazzel?"

Healy angguk.

"I'm sorry." Healy menunduk. Nicholas tergelak.

"Kau, keluar." Nicholas menunjuk kepada Hazzel sebagai tanda agar Hazzel keluar dari wad kerana dia memerlukan privasi untuk bersuara dengan Healy.

Hazzel tanpa kata hanya keluar.

"Kenapa you suruh Hazzel keluar?"

"Janji dengan I yang you akan kahwin dengan Hazzel lepasni."

4 |   The Valiant  [C]Where stories live. Discover now