ГЛАВА ТРИДЦАТЬ ТРЕТЬЯ 🗝

5.1K 365 22
                                    

"Kenapa sayang abang masam je ni? Abang ada buat salah ke?" Soal Hazzel yang sedang memandu kereta Healy sambil mengerling ke arah si isteri sekilas.

Healy menggeleng.

"Abang, contoh lah kalau abang pukul Healy, abang rasa Healy patut berdiam diri ke?" Soal Healy geram.

"Kenapa sayang tanya?"

"Jawab jelah!"

"Uhm.. Tak. Abang rasa kalau sayang dipukul, sayang kena buat report lah. Tak pun sayang lawan balik. Isteri abang kan kuat. Haritu pun sampai masuk hospital abang sebab sayang." Hazzel tergelak kecil. Sebenarnya dia boleh sahaja lawan Healy sewaktu gadis itu menyakiti dia kerana tidak mampu menerima hakikat yang mereka bercerai dulu.

Tapi tak apalah, biar isteri lepas geram apa salahnya.

"Kan? Hisy! Kenapa nak diam diri kalau kena pukul dengan suami? Suami pun satu, dayus!" Healy hampir menjerit kerana geram.

"Sayang cakap tentang siapa ni?" Hazzel bernada pelik.

"Tak ada sesiapa lah." Healy mengeluh. Hazzel hanya diam. Tak apalah, mungkin nanti Healy akan datang memberitahu dia sendiri.

Tangan Healy dipegang.

"Dah, jangan marah marah. Takut abang." Hazzel memujuk sambil mencium tangan si isteri. Healy tersenyum dan menyandarkan kepala dibahu Hazzel yang sedang memandu. Tangan mengunyah hirisan buah tembikai yang diberi oleh umi sebelum berangkat pulang tadi.

Setelah hampir empat puluh minit, Hazzel memarkirkan kereta digaraj lalu memandang isteri yang terlena dibahunya.

Hazzel tersenyum.

Bidadari dunia akhirat.

Hazzel mengalihkan kepala Healy dari bahunya dan keluar dari kereta. Kemudian dia membuka pintu penumpang sebelum tubuh Healy dicempung. Tubuh macamni bolehla angkat. Nanti dah sembilan bulan dah tak larat rasanya.

Hazzel meletakkan Healy didalam bilik dan berlalu keluar membiarkan gadis itu lena.

***

PISH

PISH

PISH

PISH

Healy mengerutkan dahi dan bangun dari lena apabila terdengar bunyi libasan kuat. Terus gadis itu bangun dan mencari arah bunyi libasan tersebut.

Kaki melangkah ke arah salah satu bilik dan pintu dibuka.

"Abang! Abang stop!" Jerit Healy sambil mendekati Hazzel dan tubuh Hazzel dipeluk.

Hazzel berhenti melibas dan tali pinggang kulitnya dijatuhkan ke lantai.

"Sayang dah bangun?" Soal Hazzel tenang.

"Apa abang buat ni?! Noah, you berdarah dah tu!" Healy melihat belakang Noah yang sudah luka sehingga berdarah akibat dilibas dengan tali pinggang.

Noah bangun dan kelihatan rahangnya terketap rapat. Pastinya belakang jejaka itu terasa amat sakit.

"Sayang pergi pakai tudung." Ujar Hazzel lembut. Baru Healy tersedar yang dia tidak memakai tudung. Pantas sahaja gadis itu pergi menyarung tudung tanpa berhenti memikirkan kenapa Hazzel memukul Noah seteruk itu?

Kemudian gadis itu kembali mendekati Hazzel.

"Kenapa ni? Apa jadi? Kenapa abang pukul Noah?" Bertalu talu soalan dari Healy.

4 |   The Valiant  [C]Where stories live. Discover now