ГЛАВА ДВАДЦАТЬ ПЕРВАЯ 🗝

4.6K 404 115
                                    

"Are you ready?" Soal Noah sambil menepuk bahu Hazzel yang termenung.

Hazzel tersentak dan mengangguk. Beg sandangnya diambil dan digalas seketika.

"Kau jangan risau, aku yakin Healy boleh survive. Kau kan ada untuk jaga dia." Qayyum pula menyendeng ditepi Hazzel. Hazzel hanya diam. Lebih selesa diam.

"Hai." Suara seorang gadis kedengaran.

"Hai, Tasnim." Qayyum tersenyum. Tasnim membalas senyuman Qayyum dan memandang Fiona ditepi.

"Setakat ni 500 orang je bro yang masuk Bawaat Alhayaa. Yang lain semua tarik diri." Noah menyampaikan. Hazzel angguk.

"It's okay. 500 dah cukup untuk tentera baharu." Hazzel mengikat tali kasutnya.

Noah turut angguk sebelum matanya tertumpu pada satu arah. Rahang terketap rapat.

***

"Jaga diri."

Crystal tergelak kecil.

"Sepatutnya saya yang pesan macamtu. Awak jaga diri. Ingat, niat masuk kem ni untuk berjihad. InsyaAllah syurga untuk awak."

Nash angguk dan menghela nafas.

"Lepas kem ni saya nak masuk merisik awak. Jadi tunggu saya, boleh?" Soal Nash sambil memandang gadis berpurdah itu. Crystal terkedu.

"A.. Apa?"

"Saya nak lamar awak selepas kem ni selesai."

Crystal pantas menggeleng.

"Nash, saya tak boleh." Crystal bersuara dengan nada terketar. Nash mengerutkan dahi.

"Why? Crystal, tentang darjat tak penting. Umi pun cakap dia suka awak. Saya dah bincang dengan umi dan baba tentang hajat saya dan..."

"Saya isteri orang."

Serentak itu, dunia Nash terasa bagaikan hancur lebur dan jejaka itu memandang Crystal dengan riak tidak percaya.

"You're married?"

Crystal menunduk sebelum kepalanya mengangguk perlahan.

Nash masih terkedu. Crystal sudah berkahwin. Dia sudah menjadi isteri orang dan lelaki itu bukan dirinya!

"D.. Dengan siapa?" Nash bersuara perlahan. Crystal masih memandang tanah.

"Saya tak boleh bagitahu awak. Dan tolong rahsiakan benda ni dari semua orang. Jangan beritahu sesiapa pun." Crystal merayu.

Nash hanya mampu diam. Terkedu dengan kata kata yang lahir dari Crystal.

***

Noah kembali memandang ke hadapan apabila mendengar derapan tapak kasut seseorang.

"Babe!"

"Jangan peluk!" Hazzel menarik Viviana yang ingin memeluk Noah. Viviana memuncung.

"I nak ucap goodbye untuk boyfriend I lah!" Viviana membentak. Hazzel menjeling sebelum dahi Viviana dijentik oleh si abang.

"Auch!"

"Ucap tu ucap je lah. Tak payah nak peluk!" Hazzel memandang tajam wajah Viviana yang memuncung.

"Bye babe. I will be back, don't worry." Noah tersenyum memandang Viviana. Gadis itu angguk.

"Jaga diri you dan jangan berani dekat dengan perempuan lain tau!" Viviana mendekati Noah kembali.

4 |   The Valiant  [C]Where stories live. Discover now