ГЛАВА ДВАДЦАТЬ СЕДЬМАЯ 🗝

4.7K 375 35
                                    

"Quinn Healy De Ezekiel, aku ceraikan kau talak satu."

Langkah Healy terhenti. Gadis itu terkaku di pintu wad sebelum dia berpusing kembali.

"What?" Soal Healy dengan nada tidak percaya.

Hazzel menentang mata Healy menandakan bahawa dia serius.

Healy tergelak.

"Abang gurau kan? Bagitahu Healy yang abang sedang bergurau dan tarik balik lafaz cerai abang." Healy masuk ke dalam wad kembali.

"Lafaz cerai tak boleh ditarik balik. Dah jatuh talak dah pun." Hazzel bersuara. Healy menggeleng.

"No. Kita takkan berpisah. That's it. Abang milik Healy. Ingat tu." Healy pantas menyelongkar beg tangannya sebelum telefon dikeluarkan.

"Kau nak telefon siapa?" Hazzel ingin mengambil telefon Healy namun gadis itu menjauhkan diri dan masih menekap telefon di telinga. Setelah beberapa minit berbicara, panggilan dimatikan.

Healy kembali mendekati Hazzel dan tangan Hazzel disentuh.

"Abang masih suami Healy."

"No. Kita dah tak apa apa tolonglah terima! Keluar sekarang dan jangan ganggu hidup aku lagi."

"Make me. You cabar I? I takkan lepaskan you Hazzel. You, milik I. Jadi jangan sampai I buat benda yang you sendiri tak boleh jangka." Healy bersuara.

Hazzel meraup wajah.

"Kita dah tak boleh bersama, Healy. Kalau kau sayang aku kau akan lepaskan aku. Dekat luar sana ramai lagi lelaki yang hebat untuk kau dan.."

"I nak you! You je! Pergi matilah dengan semua lelaki lain, I cuma nak you! I cinta you Hazzel." Healy mula menangis.

"I don't."

"Sure? You yakin you dah tak cintakan I?" Soal Healy. Hazzel terdiam. Healy mendekati Hazzel dan merapatkan wajah mereka.

"Healy!" Hazzel menolak Healy namun gadis itu mencengkam pipi Hazzel.

"Jangan cabar I."

Hazzel pantas menolak Healy apabila  bunyi pintu wad dibuka kedengaran.

"Hazzel, Healy! Apa jadi? Kenapa sampai bercerai berai malam malam buta ni?"

"Daddy tanyalah anak daddy tu! Dia ceraikan Healy, daddy." Healy mula menangis.

"Hazzel?" Quinn Davieka memandang menantunya.

"Hazzel minta maaf, mama."

"Hazzel dah fikir masak masak? Dah tak cintakan Healy?" Soal Hunter pula.

Hazzel mengetap bibir.

"Kenapa tak berani jawab? Jawablah! Cakap yang you tak cintakan I lagi!" Healy bersuara.

"Healy." Tegur Quinn Davieka apabila Healy meninggi suara. Nasib baiklah wad ini kalis bunyi kalau tidak habis satu hospital terjaga dengan pergaduhan mereka.

"Hazzel dah tak cintakan Healy."

"Demi Allah?"

Hazzel terkedu.

"I nak you bersumpah atas nama Allah, atas junjungan Al Quran yang you dah tak cintakan I lagi." Healy mengetap rahang.

"You nak ceraikan I sangat kan? I nak you bersumpah depan semua orang sekarang ni yang you dah tak cintakan I! Dan I akan terima lafaz talak you dengan senang hati!" Healy mengelap kasar air matanya dan berombak dada memandang Hazzel.

4 |   The Valiant  [C]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant