ГЛАВА ДВАДЦАТЬ ТРЕТЬЯ 🗝

5.2K 414 64
                                    

"Ya Allah teruknya dia cakar." Healy menyapu ubat di pipi Hazzel dengan berhati hati. Hazzel memejam mata menahan rasa pedih di pipi.

"Kau okey tak Hazzel?" Noah meneliti kesan luka di pipi Hazzel. Jejaka itu angguk.

"Pelatih semua selamat?" Soal Hazzel. Noah pula angguk.

Hazzel menghela nafas.

"I tak rasa you okey. Noah, tengok. Darah tak berhenti keluar. I rasa luka ni dalam sangatlah." Healy menunjuk ke arah kain yang diguna untuk mengelap darah Hazzel. Kain putih itu sudah bertukar merah dengan darah.

"It will stop bleeding." Hazzel berkata.

"Bro, kau rehat je la. Biar aku urus mereka. Kau kena simpan tenaga. Lagi banyak kau bergerak, lagi laju darah keluar. Dekat sini tak ada medic pula tu." Noah bersuara. Hazzel menggeleng.

"Aku okey. Berapa kali nak cakap? Teruskan dengan latihan dan malam ni kita tidur disini. Kawasan khemah tu dah tak selamat." Hazzel bangun dari kerusi dan berjalan ke tengah kawasan.

Noah mengeluh.

"Noah.."

"Kita kena cari jalan keluar dari sini secepat mungkin. Keadaan Hazzel takkan boleh bertahan lama sebab luka tu berisiko untuk dijangkiti kuman. Hazzel takkan survive untuk enam bulan disini. Kita kena keluar juga untuk dapatkan bantuan." Noah bersuara. Healy meraup wajah dan air matanya kembali bertakung.

"Trust me, kita akan berjaya keluar dari sini." Noah memujuk Healy yang sudah menangis.

"I taknak hilang dia, Noah." Healy mengelap air matanya.

"Me too. We all too, Healy." Noah bersuara perlahan.

***

"See? Darah dah berhenti." Hazzel melihat kesan luka di pipinya. Bibir tersenyum nipis dan luka itu dicuci.

"Auch!" Hazzel mendesis sakit namun dicuci juga lukanya itu.

"Kau bercakap macam tak ada apa apa. Kami dah separuh mati tadi risaukan kau tahu tak? Bodohla kau ni." Noah menjeling Hazzel. Jejaka itu tersenyum kecil.

"Apa yang buatkan kau yakin bahawa kita takkan mati disini?" Soal Hazzel.

"Hah?" Noah berkerut dahi.

"Selain para pelatih, kita pun tandatangan perjanjian untuk bergadai nyawa jika perlu. Jadi tempat ni bukan pelatih je berisiko untuk maut, kita pun sama. Jadi walau apa pun, teruskan berjuang sampai titisan darah terakhir. Jangan jadi lemah Noah. Kalau aku cedera, tak bermakna aku perlu abaikan tanggungjawab aku untuk melatih peserta disini. Sebab amanah, kita bawa sampai mati. Jadi kalau kita sakit, nazak sekalipun.. Selagi boleh berjuang, kita berjuang." Hazzel bersuara.

Noah hanya diam sebelum bangun dan berjalan pergi ke dalam semak. Hazzel tersenyum nipis. Tahu yang Noah tidak suka berbicara hal sebegini.

Hal berkaitan sakit dan luka dirinya.

Hazzel mencabut baju yang terdapat kesan darah pipinya dan membilas baju tersebut sehingga hilang kesan darah.

Kemudian baju itu dijemur seketika diatas batu. Agak agak lembap nanti bolehla sarung balik.

Dari jauh pergerakannya diperhatikan seseorang. Healy tersenyum. Hazzel adalah anak Bernard dan Vanessa. Tetapi lihatlah, walau seteruk manapun perangai Bernard dan Vanessa, anak mereka menjadi sangat sempurna.

His parents didn't raise him, he raised himself.

Healy nampak selama bertahun kenal, jejaka itu tidak pernah mendapatkan sesuatu dengan cara mudah. Hazzel boleh je jika ingin menggunakan segala kemewahan yang ditawarkan oleh Skyler dan Victoria.

4 |   The Valiant  [C]Where stories live. Discover now